Mungkin ade traveller yang tercari2 benda seumpama ni, jadi aku share la yang aku tau kat sini.
Aku cari benda2 seumpama ni sebab nak bagi souvenir kat host masa aku couchsurf time travel2. Macam2 idea hadiah memula tu aku pikir, fridge magnet, kain batik, blabla..tapi rasa nak cari 1 benda yang betul2 berguna lah. So pikir nak bagi buku organizer yg ade gambar2 pemandangan Malaysia..perfect sebab boleh buat menulis2 & pada masa sama ade gambar2 nice yang represent negara guest (aku le).
Tapi punya la susah nak dapat benda gitu. Takde jumpa, merata aku research info & cari. Tourism Malaysia yang aku pikir best shot pun takde produce merch yang macam ni. Tapi masa aku dah nak give up mencari, aku terjumpa benda Malaysia Notebook nih..not exactly organizer book la..dia takde kalendar dll, tapi ini yang paling hampir dengan apa yang ade dalam paleotak aku. Dan dia not bad jugak lah sebenarnya!
Notebook terbitan EDM Publication ni buku nota premium yang sangat kemas buatannya. Design dia solid, dia informatif dan sangat artsy. Dan of course lah functional. Selain ruangan untuk menulis, terselit dalam buku ni page2 yang ade artikel ringkas pasal sejarah & info spot2 menarik yang jadi minat traveller, lepastu ada banyak watercolor sketch pasal pemandangan & bangunan2 ikonik. Lukisan dia soo nice.
Harga dia RM37 flat rate. Boleh dibeli kat Borders,MPH, Kino..kalau kat Central Market pegi satu kedai nama Arch kat center court dia.
Harga dia RM37 flat rate. Boleh dibeli kat Borders,MPH, Kino..kalau kat Central Market pegi satu kedai nama Arch kat center court dia.
EDM Publication ada keluarkan beberapa jenis buku seumpama ni, untuk negara kita, ada Malaysia Notebook (yang jadi pilihan aku sebab subjek sketches dia cover semua dlm Malaysia). Tapi ade jugak yang berkenaan khusus pasal Kuala Lumpur & Penang. Dan ada lagi few others kot..boleh pegi cek ada kat website dia.
Jadi begitulah..bagi aku personally, ni boleh kira hadiah terbaik ntok dibagi kat foreign friend. Tak kisah la exchange student ke, foreign boss/co-worker ke, host yg kita tumpang rumah dia mase travel dan lain-lain. Sebab kalau aku pun, better kalau dapat hadiah yang boleh diguna dari something yang jadi hiasan semata2..sebab kalau semua dok pakat bagi hiasan sama lama- lama jadi sesak le.
Thanks for stopping by! You're alright.
No comments:
Post a Comment