Golongan gelandangan (homeless) ni bukan benda baru. Dah lama mereka menghuni kawasan tertentu disekeliling kita. Cuma mungkin 5 tahun kebelakangan ni perkataan ni lebih selalu didengar dan dapat liputan media, disebabkan isu politik, ekonomi, sentimen agama & kebajikan yg terkait dengan golongan ni.
Secara peribadi aku ade sikit pengalaman menyantuni group gelandangan dulu2. Masa tu join aktiviti luar, feed the homeless di Masjid Jamek KL. Masjid Jamek memang antara port singgahan gelandangan pun sebab lokasinya, tapi pengurusan masjid masih kawal supaya terjaga. Dua hari dalam seminggu (khamis & jumaat), pagar masjid dibuka hingga lewat malam untuk gelandangan.
Pada waktu ni di perkarangan masjid NGO2 & sukarelawan akan setup stesen medic untuk gelandangan dapat rawatan outpatient. Ade juga makeshift dapur yg masak n sediakan makanan free kat gelandangan. Pakaian terpakai longgok ala bundle pun ade untuk dipilih2 ambil. Dan disamping wayang pacak yg dibuat untuk hiburan mingguan gelandangan, ustaz masjid jugak akan buat majlis ilmu agama. Sukarelawan akan bergaul dengan orang gelandangan..borak2 sama, makan sama, duduk sama.
Aku refer mereka sebagai 'gelandangan' hanya untuk narrative convenience dalam menulis. Tidaklah wujud jurang atau apepun stigma prejudis terhadap mereka. Bila kenal mereka, baru aku lebih faham. Mereka jadi begitu sebab kejadian2 dan situasi yg dialami mereka. Their struggle is real. Jadi kita support sesame kita sebab semua ade struggle masing2.
Kalau nak diikutkan, bila aku travel solo ke negara orang, keadaan aku pun technically macam homeless jugak lebih kurang. Means aku banyak menerima ihsan dan budi masyarakat setempat sebab aku bukan ade rumah kat sana. Nak jimat budget, pernah tido kat airport & masjid, pegi makan free lepas smayang jumaat, gerak sana sini hitch hike tumpang stranger. Macam2 lah aku buat. Jadi aku dapat relate in a sense.
Harini dalam paper metro keluar berita melaporkan yg dlm kalangan gelandangan di Malaysia ni didapati ade yg berpendidikan tinggi..level degree,master dan even PhD. Ada yg dulunya org berkedudukan dalam syarikat, atau ahli dalam bidang kritikal macam kejuruteraan. Tak pelik pun..sebab semua orang ade life struggle masing2 dan part dia menyebabkan somehow dia end up dalam situasi tu. Jadi lihatlah dengan empati & compassion..
Ade banyak sebab orang jadi homeless. Kena tipu, kena usir, masalah ekonomi/dll. Apapun homeless ni bukan sentiasa keadaan yg 'dreaded' atau orang nak mintak jauh. Ade orang yang jadi homeless by choice, pilihan sendiri. Aku pernah jumpa orang macam ni dan dengar cerita dia.
Walau macam mane pun, untuk ade suatu tempat pulang, atau home ni adelah state of mind. Ultimately dia adalah mindset. Pasal tu orang kata 'a house is not a home'..mungkin orang homeless lebih gembira dari kita yang ade suatu binaan konkrit besar yang kita panggil 'rumah', sebab bagi mereka 'rumah' adelah dimana mereka diterima dan menerima kasih sayang dan ketenangan.
Pemikiran yang bebas dari sistem dan aturan hidup kapitalisma.
Pemikiran yang bebas dari sistem dan aturan hidup kapitalisma.
No comments:
Post a Comment