Masa solo travel, macam2 akan dilalui. Waktu 10 hari di Jakarta, aku dapat satu pengalaman macam ni ceritanya.
Aku menginap kat salah satu hostel backpackers @Jalan Jaksa, dapat bilik aku sorang je. Selepas 2 3 hari aku dah kenal beberapa petugas hostel yang aku selalu nampak. Kira perbualan kasual, gelak2 & silaturahmi dah ade.
Suatu malam tu aku pulang ke hostel agak lewat dari ronda2 kota Jakarta. Masuk je lobi aku duduk rilek2 situ dulu sebelum naik ke bilik, ada Pak Fitri di kaunter dia pon datang join. Dia tanya aku dah pegi mana harini, kami pun borak2.
"Mas lokman harus capeg (penat) berjalan sana sini, mau pijit2? (Picit2).kita ada.." dia tanya. Aku ingat wah hostel ni ada service masseur refleksologi ke ape..nice gak tu mungkin aku consider lepas lari marathon lusa nanti..macam tukang urut kat downtown la gamaknye kot.
"..cewek bagus2 muda2 semuanya kita ada. Mas mahu? Pilih yang mana mas saya akan hantarkan ke kamar sebentar lagi..Ngak ada yang tahu disini,bisa lakukan apa saja..besok pagi saya ambilnya kembali" Pak Fitri sambung ayat sambil bukak phone dia tunjuk gamba awek2 indo..dia nak bagi dua orang sebab aku 'sahabat'
Walawei. Tengah offer pompuan rupenye. Macam2 aku proses dalam kepala sambil aku gelak2 je la. Layan dia sembang sikit pastu tolak cara smooth " Malam lain mungkin ya pak!". Perbualan pasal tu mati situ. Smooth..
Balik bilik aku terus bukak sleeping bag bentang atas katil buat tido sebab pikir entah ape yg dah berlaku & cuci betul tak. Kahkahkah
Travel solo akan turut menguji sekuat mana kita bawak agama.
Peace outtt
Peace outtt
No comments:
Post a Comment