Lucid dreaming, awake in your dreams.
Sepanjang yang aku dapat ingat, memula tau pasal lucid dreaming ni masa dia jadi hot kat 9gag. Post2 pasal lucid dreaming popular masa tu dengan siap ade 1 meme hantu ni.
Lucid dreaming ni senang cakap, fenomena sedar semasa ade dalam mimpi (tengah tido). Jadinye kalo tak gelabah orang tu boleh ade control kat perjalanan mimpi dia. Cuba bayangkan sat, peh macam dalam alam magik baiii.semua hukum fizik & logik realiti tak apply dalam mimpi, kita boleh nak buat pape nak pergi memana jumpa sesapa..walawei
Benda sedar dlm mimpi ni dialami ramai orang seluruh dunia. Jadi ianya perkara yang nyata bukan propa. Bidang neurosains pon buat research2 untuk makin paham fenomena ni sebab bahagian2 otak & level of conscience ni banyak lg yg misteri. Antara penemuan terbaru adelah lucid dreaming berkait rapat dengan tabiat selalu self-reflect & keep in check dengan realiti. Memang make sense la, and i personally can identify myself with that aspect.
Aku pon pernah lucid dreaming. Dulu2 aku susah recall ape yg jadi lepas sedar dari lucid dreaming,jadi kabur2. Tapi dalam sesetengah situasi, aku self-reflect lebih, ingatan jadi lagi sharp dan boleh ingat apa yang terjadi. Contoh macam masa baru2 off dengan beliau, dan masa travel pegi Jepun.
Lepas aku off dengan beliau, biaselah aku agak struggle & selalu tune balik ingatkan diri sendiri tentang realiti supaya aku steady. Tak tahulah macam mana, masa tido satu malam ni datang mimpi ade beliau . Time2 tu jugak (still dalam mimpi) aku ingatkan kat diri sendiri "eh biar betik ni,aku dengan beliau kan dah over.." lepas tu macam kilat dia datang, zapp "aku tengah dalam mimpi nihh!".. So aku dapat kekal sedar dalam mimpi tu, dan bereksperimen dengan kemungkinan perhubungan kami jadi serius, macam suatu drama yang aku control plot nye. Tapi aku terjaga dari tido masa part aku & beliau bertunang, sebab aku jadi nervous gila. Seriously aku gamophobic rupanya fuhh.
2nd lucid dreaming, semasa aku travel solo ke Jepun pun, self reflect aku tinggi sebab kejap2 aku ingatkan diri yang aku tengah kat Jepun ni, sebab mcm tak percaye la pastu gelak sorang2 haha. Pastu satu malam aku tido ni (hari ke-5 aku kat sana), dalam mimpi tu aku tengah ade somewhere di Malaysia, so on the spot aku cakap kat diri " eh wait, aku kat Jepun lagi sekarang.." then zapp aku sedar yg sekarang body aku tengah tido kat Jepun dan ni cuma mimpi. So masa tu aku bersiar2 dalam mimpi, aku jalan di atas awan keemasan langit merah senja macam view dari kapalterbang..tapi susah nak bergerak, aku jalan jadi slow je mcm takde graviti. Tak pandai control kot. Aku ingat ade pintu2 macam pintu doraemon dicelah2 awan, setengah2 tertutup n ade yang terbuka, dan nampak cahaya yg sgt indah menerusinya. Aku nampak susuk2 manusia dari jauh dicelah2 awan, tapi jarak maintain jauh je even aku pegi kat dorang pun xsmpai2.
Apapun, lucid dreaming ni ade 1 persamaan yang dikongsi oleh semua yg mengalaminye berdasarkan pengalaman2. Iaitu nak sedar/jaga/exit dari lucid dreaming ni selalunya tak indah. Seseorang tu akan melalui pengalaman yg mengerikan macam kena kejar hantu bila nak bangun dari lucid dreaming. Transisi antara lucid dreaming dan jaga dari tidur tu terasa struggle, dan cemas. Seolah kena tindih sesuatu jadi kita terkaku diatas katilb tanpa mampu buat apa-apa. Part last tu dipanggil sleep paralysis pulak..
Aku pun alami macam tu setiap kali lucid dreaming..terjerit2 kadang2 tu tapi suara tak keluar. Jadi agak horror la part exit mimpi tu.
Sekarang ni, aku dah tahu rahsia untuk alami lucid dreaming..makin kerap terjadi. Dan aku cuba layan keajaibannya..(minus part kena sleep paralysis)
No comments:
Post a Comment