Tuesday, March 31, 2015

Doa,harapan dan ingatan

Beberapa jam lagi tibalah lagi (alhamdulillah) birthday aku, dan macam selalu kawan & kenalan akan wish melalui facebook. Twit-err & Stegrem aku takde.Whatsapp dan mesej ada wish jugak sikit. Call takde sebab begitulah bagaimana rapat aku dalam bersahabat. Krikk2

Apapun aku berterima kasih untuk semua ucapan dan ingatan yang mendoakan perkara-perkara baik terhadap aku.

Aku percaya benda-benda baik terus berlaku dalam kehidupan aku sebab doa-doa kalian ni..tanpa nya mungkin lain jadi. Oleh tu kita teruskan doa untuk kebaikan terhadap sesama kita supaya perkara best terus berlaku dalam hidup. Doa orang lain mungkin jadi asbab..

Walaubagaimanapun, payah untuk kita quantify dan qualify perkara yang susah diukur seperti doa ni. Simple je untuk kata, doa perlulah ikhlas & sepenuh hati untuk makbul. Ucapan doa yang sekadar cukup syarat tanpa apa-apa content 'rasa' mungkin tak kemana. Apapun doa tu rahsia Tuhan selaku pendengar & penunai doa-doa. With that being said, doa tak semestinya dizahir hingga ke pengetahuan yang didoakan.

Ada ilmuwan eropah pada zaman Enlightment eropah dulu yang sangat minat dengan kalkulus & statistik, sampai dia cuba untuk selidik peratus doa yang dimakbulkan. Aku lupa nama dia dan macam mana dia design eksperimen ni, tapi sementara aku berkecuali dalam mengulas kebenaran dalam kerja saintis ni, fizik dan matematik memang bahasa alam semesta pun sebenarnya. Dengannya semua benda boleh dicapai dan difahami.

Ada satu lagi lapangan 'sains' yang tengah berkembang, dikenali sebagai Noetic Sciece. Ianya sains yang lain dari apa yang komuniti saintifik amalkan..sebab ianya tentang elemen yang intangible. Antara teori dalam NS adelah berkenaan impak doa dan ingatan (thoughts)..secara ringkasnya, ambik analogi bulan; yang merupakan satu objek yang punya daya graviti sendiri untuk menarik objek kearah teras nya. Bulan dibina dari pasir2 kalau kita pecahkan dia keperingkat paling kecik, dan setiap butir pasir ni, walau sekecil/insignificant nya nilai tarikan graviti dia, akan akhirnya membentuk daya graviti yang cukup kuat bila bergabung jadi ketulan sebesar bulan.

Sama juga diumpamakan dengan doa/ingatan (thoughts)...semuanya mempunyai 'tarikan' masing-masing, dan bila ramai mendoakan perkara sama, semua 'tarikan' yang banyak ini boleh bergabung & kalau cukup kuat, akan menghasilkan suatu aruhan terarah (net induction) yang somehow membawa perkara2 yg berkaitan untuk fall into place & terjadi seperti yang didoakan.
Haaa agak susah nak terima ke? Macam mistik dan longgar, tapi itulah Noetic Science, yang bahkan punya fasiliti di Smithsonian Institute. Ianya mempunyai konsep tenaga dan dinamik berbeza dengan sains yang kita fahami..

Kot mana pun, berterima kasih lah kepada mereka yang mendoakan kita, dan sambunglah kitaran saling mendoakan sesama kita..

Balik kepada birthday, ni yang ke 26. Dalam tempoh setahun ni dari waktu masuk 25 tahun lepas, memang banyak gila yang berlaku.. Sememangnya quarter century crisis bak dikata. Selain dari pengalaman power dalam romance & relationship, aku juga dah buat beberapa benda macam solo travel dan belajar bahasa asing..so selepas ni mesti lagi banyak yang akan dialami..kita maintain ready & positif.

Azam umur baru aku, untuk teruskan berazam dalam berbuat apa-apa pun, sebab tanpa azam takdelah makna buat. Tak rasa excited dan seronok la takde jiwa,takde penggerak..nak tido pon perlu keazaman hehe.

Panjang dah berleter, tapi ni belum apa-apa.Aku banyak nak berkongsi,tapi berat nak bercakap sebab dah serik berkongsi dengan orang yang salah. Jadi terima kasih pada pembaca blog ni kalau ade la ,sebab baca. Padan muka kuang3

Thursday, March 26, 2015

Sedar dalam mimpi

Lucid dreaming, awake in your dreams.

Sepanjang yang aku dapat ingat,  memula tau pasal lucid dreaming ni masa dia jadi hot kat 9gag. Post2 pasal lucid dreaming popular masa tu dengan siap ade 1 meme hantu ni.

Lucid dreaming ni senang cakap, fenomena sedar semasa ade dalam mimpi (tengah tido). Jadinye kalo tak gelabah orang tu boleh ade control kat perjalanan mimpi dia.  Cuba bayangkan sat, peh macam dalam alam magik baiii.semua hukum fizik & logik realiti tak apply dalam mimpi, kita boleh nak buat pape nak pergi memana jumpa sesapa..walawei

Benda sedar dlm mimpi ni dialami ramai orang seluruh dunia. Jadi ianya perkara yang nyata bukan propa. Bidang neurosains pon buat research2 untuk makin paham fenomena ni sebab bahagian2 otak & level of conscience ni banyak lg yg misteri. Antara penemuan  terbaru adelah lucid dreaming berkait rapat dengan tabiat selalu self-reflect & keep in check dengan realiti. Memang make sense la, and i personally can identify myself with that aspect.

Aku pon pernah lucid dreaming. Dulu2 aku susah recall ape yg jadi lepas sedar dari lucid dreaming,jadi kabur2. Tapi dalam sesetengah situasi, aku self-reflect lebih, ingatan jadi lagi sharp dan boleh ingat apa yang terjadi. Contoh macam masa baru2 off dengan beliau,  dan masa travel pegi Jepun.

Lepas aku off dengan beliau, biaselah aku agak struggle & selalu tune balik ingatkan diri sendiri tentang realiti supaya aku steady. Tak tahulah macam mana, masa tido satu malam ni datang mimpi ade beliau . Time2 tu jugak (still dalam mimpi) aku ingatkan kat diri sendiri "eh biar betik ni,aku dengan beliau kan dah over.." lepas tu macam kilat dia datang, zapp "aku tengah dalam mimpi nihh!".. So aku dapat kekal sedar dalam mimpi tu, dan bereksperimen dengan kemungkinan perhubungan kami jadi serius, macam suatu drama yang aku control plot nye. Tapi aku terjaga dari tido masa part aku & beliau bertunang, sebab aku jadi nervous gila. Seriously aku gamophobic rupanya fuhh.

2nd lucid dreaming, semasa aku travel solo ke Jepun pun, self reflect aku tinggi sebab kejap2 aku ingatkan diri yang aku tengah kat Jepun ni, sebab mcm tak percaye la pastu gelak sorang2 haha. Pastu satu malam aku tido ni (hari ke-5 aku kat sana), dalam mimpi tu aku tengah ade somewhere di Malaysia, so on the spot aku cakap kat diri " eh wait, aku kat Jepun lagi  sekarang.." then zapp aku sedar yg sekarang body aku tengah tido kat Jepun dan ni cuma mimpi. So masa tu aku bersiar2 dalam mimpi, aku jalan di atas awan keemasan langit merah senja macam view dari kapalterbang..tapi susah nak bergerak, aku jalan jadi slow je mcm takde graviti. Tak pandai control kot. Aku ingat ade pintu2 macam pintu doraemon dicelah2 awan, setengah2 tertutup n ade yang terbuka, dan nampak cahaya yg sgt indah menerusinya. Aku nampak susuk2 manusia dari jauh dicelah2 awan, tapi jarak maintain jauh je even aku pegi kat dorang pun xsmpai2.

Apapun, lucid dreaming ni ade 1 persamaan yang dikongsi oleh semua yg mengalaminye berdasarkan pengalaman2. Iaitu nak sedar/jaga/exit dari lucid dreaming ni selalunya tak indah. Seseorang tu akan melalui pengalaman yg mengerikan macam kena kejar hantu bila nak bangun dari lucid dreaming. Transisi antara lucid dreaming dan jaga dari tidur tu terasa struggle, dan cemas. Seolah kena tindih sesuatu jadi kita terkaku diatas katilb tanpa mampu buat apa-apa. Part last tu dipanggil sleep paralysis pulak..

Aku pun alami macam tu setiap kali lucid dreaming..terjerit2 kadang2 tu tapi suara tak keluar. Jadi agak horror la part exit mimpi tu.

Sekarang ni, aku dah tahu rahsia untuk alami lucid dreaming..makin kerap terjadi. Dan aku cuba layan keajaibannya..(minus part kena sleep paralysis)

What if..

There are many types of pain exist in this world..the nature & intensity differ hence the suffering too. I don't know all of them, but I am sure one of those that occupy top of the list is the pain of being misunderstood.

To be fair, everyone experience this however it can get pretty rough when u got misunderstood ridiculously often,almost all the time.

If this happens, first it might be you that holds key to the problem. Failure to deliver the message through during communication will surely give a wrong understanding to the other party. But also very common, is that people are so easy to assume and quickly produce judgements from very weak grasp of the matter or even worse,non-existent efforts to do so.

In my case, getting misunderstood is almost my middle name if I can put it that way. While I do have problems in manifesting my true form,making myself laid bare for all to comprehend; people around me are also very aggressive in jumping into conclusions.

Their problem is that they don't yet understand that I have a lot love..to people,special people,to music & arts,to nature,to talents, to ideas & academia, to the world and universe! Utmost love to all the things I treasure in life. I express all of them whenever I get the chance..that's why I appear to involve and do what I did..if I mention the word 'love', then for them it's none other than about my dreaded romance tale. It doesn't feel nice when you are trying to show love & keep being referred & reminded to that one y'know..
Honestly speaking, I'm all grateful with the romance that I've experienced even it was short lived..quoting the lyrics if Senorita from one of my favourite bollywood film 'Zindegi na Milagi Doobara', "Even a short moment of love is never too less!" :) so I will forever rejoice it.

But what if...having a lot of love for all things..is the true problem?

Wednesday, March 25, 2015

Bersalin

Sejak 2 menjak ni selalu tengok movie yang ade babak mak2 nak bersalin. Ade sesetengah tu describe perasaan nak bersalin dengan cukup clear sampai aku yang dengar ni cuba bayangkan camna la rasa dia..

Walaupon beza antara aku ngan pompuan adelah aku takde rahim iaitu organ yang penting dalam pengalaman ni, tapi ade la beberapa benda yang jadi strong point sikit kat aku.

Contraction2...ni ayat yang banyak dengar kalo pasal labour pain. Masa bersalin, uterus akan lalu rhythmic contraction untuk kasi baby keluar..contraction dia macam agak ganas..so jadi sakit la sebab rhythmic muscle contraction yg involuntary ni macam cramp la. Muscle cramp memang la sakit..lain bahagian2 lain sakit dia..

Aku pernah cramp kat abs (perut) lepas terlebih buat crunch n pumping..peh sakit woii..
Dalam running marathon n hiking2 aku pernah cramp calf (belakang betis), quads (inner thigh) ngan glutes (punggung)..pon macam nk guling2 je feeling dia..layan berdenyut nyut nyutt bhaii!
So dari pengalaman2 contraction aku ni la aku try approximate rasa nak bersalin..macam cramp abs la agaknye..level paling tinggi lepastu abs ni kat dalam  perut pulak (rahim)..perghh  hilang akal dia punya sakit tuu

Tapi selain sakit cramp2, mase bersalin pon ade sakit opening vagina masa baby nak keluar..kena bukak lagi luas tak silap aku rasenye..kena gunting bagi lepas baby arghh sakit yang tu taktau macam mana la..aduii adess

Kalau sakit c-section tu..serupa sakit invasive procedure lain-lain kot..tapi mesti bius..tak sedar..

Apapun, power la siapa yang bersalin ni sebab intense sangat moment tu. So respect to all mum n steadyy! to all mum-to-be..ukenduit.
Love ya women boys..love all women kahkah

Monday, March 23, 2015

Pijit-pijit

Masa solo travel, macam2 akan dilalui. Waktu 10 hari di Jakarta, aku dapat satu pengalaman macam ni ceritanya.
Aku menginap kat salah satu hostel backpackers @Jalan Jaksa, dapat bilik aku sorang je. Selepas 2 3 hari aku dah kenal beberapa petugas hostel yang aku selalu nampak. Kira perbualan kasual, gelak2 & silaturahmi dah ade.
Suatu malam tu aku pulang ke hostel agak lewat dari ronda2 kota Jakarta. Masuk je lobi aku duduk rilek2 situ dulu sebelum naik ke bilik, ada Pak Fitri di kaunter dia pon datang join. Dia tanya aku  dah pegi mana harini, kami pun borak2.
"Mas lokman harus capeg (penat) berjalan sana sini, mau pijit2? (Picit2).kita ada.." dia tanya. Aku ingat wah hostel ni ada service masseur refleksologi ke ape..nice gak tu mungkin aku consider lepas lari marathon lusa nanti..macam tukang urut kat downtown la gamaknye kot.
"..cewek bagus2 muda2 semuanya kita ada. Mas mahu? Pilih yang mana mas saya akan hantarkan ke kamar sebentar lagi..Ngak ada yang tahu disini,bisa lakukan apa saja..besok pagi saya ambilnya kembali" Pak Fitri sambung ayat sambil bukak phone dia tunjuk gamba awek2 indo..dia nak bagi dua orang sebab aku 'sahabat'
Walawei. Tengah offer pompuan rupenye. Macam2 aku proses dalam kepala sambil aku gelak2 je la. Layan dia sembang sikit pastu tolak cara smooth " Malam lain mungkin ya pak!". Perbualan pasal tu mati situ. Smooth..
Balik bilik aku terus bukak sleeping bag bentang atas katil buat tido sebab pikir entah ape yg dah berlaku & cuci betul tak. Kahkahkah
Travel solo akan turut menguji sekuat mana kita bawak agama.
Peace outtt

Friday, March 20, 2015

Hadiah best untuk host semasa travel

Mungkin ade traveller yang tercari2 benda seumpama ni, jadi aku share la yang aku tau kat sini.
Aku cari benda2 seumpama ni sebab nak bagi souvenir kat host masa aku couchsurf time travel2. Macam2 idea hadiah memula tu aku pikir, fridge magnet, kain batik, blabla..tapi rasa nak cari 1 benda yang betul2 berguna lah. So pikir nak bagi buku organizer yg ade gambar2 pemandangan Malaysia..perfect sebab boleh buat menulis2 & pada masa sama ade gambar2 nice yang represent negara guest (aku le).
Tapi punya la susah nak dapat benda gitu. Takde jumpa, merata aku research info & cari. Tourism Malaysia yang aku pikir best shot pun takde produce merch yang macam ni. Tapi masa aku dah nak give up mencari, aku terjumpa benda Malaysia Notebook nih..not exactly organizer book la..dia takde kalendar dll, tapi ini yang paling hampir dengan apa yang ade dalam paleotak aku. Dan dia not bad jugak lah sebenarnya!
Notebook terbitan EDM Publication ni buku nota premium yang sangat kemas buatannya. Design dia solid, dia informatif dan sangat artsy. Dan of course lah functional. Selain ruangan untuk menulis, terselit dalam buku ni page2 yang ade artikel ringkas pasal sejarah & info spot2 menarik yang jadi minat traveller, lepastu ada banyak watercolor sketch pasal pemandangan & bangunan2 ikonik. Lukisan dia soo nice.
Harga dia RM37 flat rate. Boleh dibeli kat Borders,MPH, Kino..kalau kat Central Market pegi satu kedai nama Arch kat center court dia.
EDM Publication ada keluarkan beberapa jenis buku seumpama ni, untuk negara kita, ada Malaysia Notebook (yang jadi pilihan aku sebab subjek sketches dia cover semua dlm Malaysia). Tapi ade jugak yang berkenaan khusus pasal Kuala Lumpur & Penang. Dan ada lagi few others kot..boleh pegi cek ada kat website dia.
Jadi begitulah..bagi aku personally, ni boleh kira hadiah terbaik ntok dibagi kat foreign friend. Tak kisah la exchange student ke, foreign boss/co-worker ke, host yg kita tumpang rumah dia mase travel dan lain-lain. Sebab kalau aku pun, better kalau dapat hadiah yang boleh diguna dari something yang jadi hiasan semata2..sebab kalau semua dok pakat bagi hiasan sama lama- lama jadi sesak le.
Thanks for stopping by! You're alright.

Tuesday, March 17, 2015

Moments & stories

Stories died quickly when shared with people who just don't have the right kind of appreciation. Nothing sour on them that is just people being diverse. But appreciation dictates pretty much how things develop and unfold.
Often we share stories with people who couldn't care less. It's bad & sad for the story and spirit of connecting too. So it's always better to share it with a more appreciative resonating bunch, for that allows stories to develop & grow with no limits.
But you should appreciate your own story first. Only by submitting yourself to the moment you can capture its essence. Be present in the present, ride the high-or whatever people calls it. That's how stories with depth are born, stories that are so profound it takes you back when you rejoice it every now and then.
Then whether you share it or not afterwards it's up to you. Truth to be told, in the end of the day it is all about individual experience & gain.
So sharing/updating real-time via SNS can be  unhealthy in this sense, because moments are compromised when you are distracted out of them. Most of the time people lose attention by turning to their smartphone instead- checking likes and entertaining comments on posts about their still-ongoing 'moment'.
For me, I refrain from updating anything real time unless it's emergency related because I don't want to miss the moment. Plus I refain from posting anything fun I did at all (travel photos etc) to the general public to see because people tend to judge, and to be honest they don't care what u do. So I immortalized those moments and pictures into photobooks. These are the things that will be lying on my coffee table for years ahead, to spark conversation with my guests over a cuppa, and for my grandchild to see when the time comes.
Anyhow, just IMHO. You only live once. Carpe diem!

Monday, March 16, 2015

Home is where the heart is

Golongan gelandangan (homeless) ni bukan benda baru. Dah lama mereka menghuni kawasan tertentu disekeliling kita. Cuma mungkin 5 tahun kebelakangan ni perkataan ni lebih selalu didengar dan dapat liputan media, disebabkan isu politik, ekonomi, sentimen agama & kebajikan yg terkait dengan golongan ni.
Secara peribadi aku ade sikit pengalaman menyantuni group gelandangan dulu2. Masa tu join aktiviti luar, feed the homeless di Masjid Jamek KL. Masjid Jamek memang antara port singgahan gelandangan pun sebab lokasinya, tapi pengurusan masjid masih kawal supaya terjaga. Dua hari dalam seminggu (khamis & jumaat), pagar masjid dibuka hingga lewat malam untuk gelandangan.
Pada waktu ni di perkarangan masjid NGO2 & sukarelawan akan setup stesen medic untuk gelandangan dapat rawatan outpatient. Ade juga makeshift dapur yg masak n sediakan makanan free kat gelandangan. Pakaian terpakai longgok ala bundle pun ade untuk dipilih2 ambil. Dan disamping wayang pacak yg dibuat untuk hiburan mingguan gelandangan, ustaz masjid jugak akan buat majlis ilmu agama. Sukarelawan akan bergaul dengan orang gelandangan..borak2 sama, makan sama, duduk sama.
Aku refer mereka sebagai 'gelandangan' hanya untuk narrative convenience dalam menulis. Tidaklah wujud jurang atau apepun stigma prejudis terhadap mereka. Bila kenal mereka, baru aku lebih faham. Mereka jadi begitu sebab kejadian2 dan situasi yg dialami mereka. Their struggle is real. Jadi kita support sesame kita sebab semua ade struggle masing2.
Kalau nak diikutkan, bila aku travel solo ke negara orang, keadaan aku pun technically macam homeless jugak lebih kurang. Means aku banyak menerima ihsan dan budi masyarakat setempat sebab aku bukan ade rumah kat sana. Nak jimat budget, pernah tido kat airport & masjid, pegi makan free lepas smayang jumaat, gerak sana sini hitch hike tumpang stranger. Macam2 lah aku buat. Jadi aku dapat relate in a sense.
Harini dalam paper metro keluar berita melaporkan yg dlm kalangan gelandangan di Malaysia ni didapati ade yg berpendidikan tinggi..level degree,master dan even PhD. Ada yg dulunya org berkedudukan dalam syarikat, atau ahli dalam bidang kritikal macam kejuruteraan. Tak pelik pun..sebab semua orang ade life struggle masing2 dan part dia menyebabkan somehow dia end up dalam situasi tu. Jadi lihatlah dengan empati & compassion..
Ade banyak sebab orang jadi homeless. Kena tipu, kena usir, masalah ekonomi/dll. Apapun homeless ni bukan sentiasa keadaan yg 'dreaded' atau orang nak mintak jauh. Ade orang yang jadi homeless by choice, pilihan sendiri. Aku pernah jumpa orang macam ni dan dengar cerita dia.
Walau macam mane pun, untuk ade suatu tempat pulang, atau home ni adelah state of mind. Ultimately dia adalah mindset. Pasal tu orang kata 'a house is not a home'..mungkin orang homeless lebih gembira dari kita yang ade suatu binaan konkrit besar yang kita panggil 'rumah', sebab bagi mereka 'rumah' adelah dimana mereka diterima dan menerima kasih sayang dan ketenangan.
Pemikiran yang bebas dari sistem dan aturan hidup kapitalisma.

Sunday, March 15, 2015

sia complex

look at me

dont look at me!

here look

NO look away!

So this is the thing..

That's enough don't!

look at what I have

Shizt too many people I'm outta here!

This is what I think..

Okay stop enough STAHP!



the complex when you dont enjoy extended attention your doing has attaracted.
It freaks you out.

Friday, March 13, 2015

Validation

My 1st official couchsurfing experience.
For those who never heard of CS, it's an online portal where people open their place for travellers to come & stay. Kind of. But the center of CS culture is not profit making in any material sense, but rather mutual exchange of experience and culture. And of course, appreciation and company from the likewise-minded.
Jadi aku ada tinggal dengan stranger selama 4 hari semasa di Tokyo, bukan semata2 sebab nak jimat duit penginapan, tapi nak merasai budaya dan cerita orang tempatan yang tak dapat kalau duk hostel. Lepas tamat tempoh stay, masing2 (tuan rumah & tetamu) akan review untuk rekod.
Jadi baru tau aku ni setara mana mengikut mata orang luar..untuk penambahbaikan dan validasi diri.

Ada moteppp

Heyhoo
Hmm it's easy to write on personal things here nowadays, as compared to years back..maybe because there's a lot more drama these days :P or perhaps this blog has now become the best refuge I have since there aint much human interaction going on. Not that I have a lot of friends at the first place but to be frank after graduation all of those I had was pretty much gone.
So this blog space is where I come for solace.

While I will continue to put my life dramas and current state of mind/thoughts into words here for future reminisence (read:entertainment) hey I got a lot more to share..things that are more interesting. Things like travelling. (Plus it's not good to spill too much personal beans.)

I've picked up the travelling bug approximately a year ago (February 2014, travelled alone to Bangkok during the crisis). In the span of one year, I've travelled to Thailand, Singapore, Indonesia (twice), and Japan (twice)..Most of them are runcation trips (motivated by running events, extended trips were arranged around it). And most of them were solo trips..so yeah the depth of experience could be a nice story material.

Traveling solo is some sort of redemptive to myself. For me it's completely selfish. I'm out there  for all selfish reasons. I don't care if nobody ever knows where I went. It's a competely cathartic thing trodding the path.

When I started travelling solo it was purely out of enjoyment. But now it serves as a learning tool, I need the adventure backpacking solo gave me..to prepare myself for my destiny. I have been made to realize that there's a high chance for me to spend all my life..well,by myself. Since long ago I fall in this somewhat 'weirdo' category,and along the way I have experienced more convincing incidents. The climax must be when close friends think I am so weird that they decided to discourage her away from me 'for her own sake'. Well, actually she herself taught I'm weird I believe..because nothing can shake oneself without consent. She's the most kind person on earth, and she always see good even in all the people that have made her cry, she loves animal so much, yet she couldn't see anything inside me that can be loved. It was like a one-shot social experiment & she's the epitome of love, so the outcome is very decisive,most likely no one else can love me. I must be really messed up walaoweii. It's okay, whatever it takes for her happiness coz thats what she deserves. Plus they are majority, their collective opinions must have some truth to it. Anyhow I'm calmer now,and have decided to face the fact. Felt kinda doomed to know early on that u might have to soldier on this life alone really, but I'll try anyways.I am lacking in certain emotions that made me less human..so I travel to learn from people and maybe that will restore myself. 
Van gogh pon sama.."for they could not loved you, but still your love was trueee~." This happens.
Back to travel stories. So I will write some of them here..maybe it will catch the attention from the people who resonates and have the right appreciation, for it to exert some benefits and become helpful of course.

Travel solo dok main ambik gamba sendiri pesen ni je la..gamba tangan,pastu kaki..nak selfie xreti..nak suruh stranger ambikkan gamba bukan selalu berjaya.wakaka

Moteppp

Sekarang jam menunjukkan 12.09am..masih di makmal, mengadap pc tengah cuba selesaikan sesuatu. Ditemani lagu playlist spotify aku kat phone..tapi speaker bangunan ni pun tengah pasang ayat alquran di background.

Tak tahu lah ade orang lain atau aku je yang kat sini time 2 camni. Walau apepun, hidup perlu diteruskan.
Post ni takde motip pun kahkah..ok lah nak beli kopi baru kat mesin gedegang n sambung keje. Kbai..wakaka

Wednesday, March 11, 2015

Floaters

To float around aimlessly like those tiny lil  floaters in my eyes. Rasa macam terapung2 je sekarang ni..tanpa ade suatu magnitud dan arah vektor yang membawa menuju ke situ. Situ mane entahlah.

Sejak dua menjak ni mengalami kehilangan minat. I've lost interest in absolutely everything, including things that I've ever enjoyed (walawei!). Jadi rasa bosan dengan segalanya..tak best sungguh kehilangan minat ni. Passion is what keeps us going even when the going gets tough.

Hilang minat nak travel, hilang minat cari duit, hilang minat nak baca & menulis manuskrip ilmiah, hilang minat exercise, hilang minat berlari, hilang minat nak food hunt atau masak,  hilang minat nak tengok tv, hilang minat nak buat aktiviti lasak mcm naik gunung.semua hilang.

Tapi aku push buat jugak sesetengahnya walaupun agak struggle nak enjoy  seperti selalunya. Kepuasan tak dapat la.

Apakah ini semua gile betei perasaannya. Hari2 terasa slow je kosong dan kurang seronok. Harap tak kekal sebab i dont want to live like thiss aww naooooooo

Mencari titik perubahan

Tuesday, March 10, 2015

To err is human | Untuk silap adalah manusiawi

Peghh lepas naik satu entry terus menyusul entry lain pulak..betul la bak kata Khir Rahman dalam cerite (tak dapat ingat pulak tajuk, tapi pasal pahlawan Melayu) - "Pabila pintu empangan dibuka masakan dapat ditahan airnya" kahkahkah. Lebih kurang la boleh pakai la kahkah.

Sebenarnya kalau nak 'bagi betul2 lepas' dalam berkongsi pemikiran n cerita ni, aku selesa guna english..mungkin kekadang dianggap poyo dll, tapi dah aku rase seriyesli macam tu nak buat camna. Tapi try la selang seli pulak..kali ni guna BM. Bahasa ni medium yang penting jugak, silap gaya boleh jejas cerita tu..jadi tak sampai dengan betul..pastu disalah anggap..silap2 jadi makin keliru yang membace.

Tapi yang penting sekali kena terus communicate, tak kira lah melalui penulisan ke, lisan ke telepati ke. Asal keliaa..

Ade beberapa keadaan yang aku lalu agak tak best dan lepas aku reflect2 sebabnye adalah kelemahan sendiri dalam komunikasi.komunikasi pulak antara faktor utama dalam apa2 perhubungan..So kantoi kat situ la. Semua sekali dia debik.

Tapi semua orang mungkin akan lakukan kesilapan komunikasi pada suatu ketika..dan dihujung satu lagi dalam situasi ade pihak yang akan mentafsir dan buat keputusan (judgement) . Pihak2 ni boleh mengubah perjalanan peristiwa tu jadi camna. Macam reach out & counter communicate kepada orang yang dia sedar ada masalah berkomunikasi ni ke? Atau hold dulu segala tafsiran sementara belum dapat komunikasi yang jelas? Husnuzon? Perhaps camtu ke.

Apapun hidup ni jauhh dari ideal, dan manusia semua buat kesilapan. Dalam hidup ni dalam kita membesar dan belajar dari pengalaman2, tak kan terlepas dari menyakiti orang2 yg kita temui sepanjang perjalanan tu..diri sendiri toksah kata la tapi tu sendiri tanggung.

Mesti ade jadi punya, sama ade sengaja atau tak, sedar atau tak..contoh macam anak murid sekolah dia seronok sangat tanpa disedari ade kelakuan dia inappropriate terhadap guru dia, masa tu dia xsedar pun dah buat guru kecik hati..guru tu maafkan dalam diam walaupun. Pastu murid tu bila dia dah besar besok2 dia ingat balik dan sedar.. dapat pengajaran kat situ..epiphany..(que: oooh). 

Jadi kat sini la peluang kita masing2 jadi macam cikgu la kat orang lain. Kalau aku lah orang yang tersakit tu dalam proses korang untuk belajar sesuatu pengalaman hidup, aku sentiasa maafkan, kira settle..takde ape lahh biase la tu.

Tapi kalau berat sangat ko punya damage tu aku cakap.kasi deliver pengajaran tu teruih..takut2 nak tunggu saat kesedaran tu lama sangat lagi..takut tak sedar2 satu hal..kena kasi 'spark'. Kau orang pun kalau perlu bagi spark jugak kat aku.

Pisout.


Outta nowhere!!

Monday, March 9, 2015

Penampakan post

Salam.

Well this is only the 2nd write up for 2015, eventough there were many occasions in reality where I have thoughts like "ahah ni benda kena tulis ni." *sambil menulis mentally. But still none manage to materialize into new posts.

However I wrote many notes in my phone now..about things that I would like to elaborate more in blog entries. So I guess

Walaupun blog ni agak pasif (memang pun) tapi aku selalu teringatkannya, dan kekadang baca balik post2 nye. Lalu geleng dan gelak dan senyum sorang2. Banyak yang dah 'dicetak' di ruangan ni.

Jadi aku akan terus simpan blog ni, dan terus menulis..sebab banyak yg nak cetak lagi kat sini..sebab kira macam diari la..virtual form. Besok2 boleh tengok balik.

Lagipun facebook nampak tak sesuai nak tulis panjang2 pengalaman & pendapat. Jadi tak selesa betul bila orang like ramai2 & komen2..adakah mereka faham & menghargai content tu dengan cara yg aku bayangkan? Fb kekal untuk keep in touch dgn rakan2.

Peace outt

Disclaimer

All content provided on this blog is for leisure & informational purposes only. The owner of this blog makes no representations to any party he may be a part of, or guarentee the accuracy or completeness of any information on this site or found by following any link on this site. The owner will not be liable for any errors or omissions in this information nor for the availability of this information. The owner will not be liable for any losses, injuries, or damages from the display or use of this information. Contents are generally individual reflections of thought & stories of the blog.
Thanks for stopping by! you are alright.