Baru-baru ni viral di media sosial tentang kes mahasiswa tahan kelaparan sampai sakit di sebuah ipt. Susulan tu timbul jugak beberapa laporan lain tentang keadaan siswa/i yang tak mampu makan dengan proper di lain-lain ipt. Respons netizen macam-macam, ada yang bersimpati & ada yang suspicious macam mana boleh jadi sampai macam tu. Tak kurang juga yang main blame game.
Individu-individu yang dilaporkan media ni lebih tahu tentang keadaan sebenar situasi mereka. Pasti ada sebab jadi macam tu, walau apapun sebabnya. Aku pun tak follow sangat cerita ni, jadi aku suspend sebarang judgement dulu.
Perkara ni memang realiti di satu sudut kampus & perlu diberi perhatian, tapi melihat kepada sebegini cara coverage media dicampur pulak respons masyarakat ia jadi bad press untuk komuniti universiti. Kompetensi mahasiwa/i sedikit sebanyak jadi questionable . Mungkin belajar pandai, tapi lemah survival & praktikaliti sampai aspek penjagaan diri asas macam pemakanan pun tak terurus. Stigma ni of course tak bagus untuk mahasiswa yang dulunya satu perkumpulan yang dihormati & diharap2 untuk mengangkat masyarakat. Tapi chill dulu, sebab zaman di universiti ni sebahagian dari learning curve mereka juga. Belajar tentang segala.
Tapi betul ke kelaparan ni suatu penanda kelemahan? Isu ni memang sangat delicate, semuanya bergantung kat macam mana kita tengok situasi . Bila kita dengar berita orang kelaparan ni, memang emosi kita akan rasa simpati & tak boleh tahan kesian sebab kita bayangkan betapa sukarnya bagi mereka bila takde makanan macam kita.
(Tapi bagaimana kalau mereka sebenarnya happy & merasa kecukupan dalam simplicity tu?)
Yes.kelaparan nya bukan menggambarkan kelemahan & kedaifan..sehinggalah kita sendiri concede ianya sebegitu. Ada banyak school of thought yang menganjurkan kepentingan berlapar (secara deliberate) sebagai 'gerbang' ke tahap insani lebih tinggi. Contoh paling jelas ialah dalam Islam; bagaimana berlapar (berpuasa) jadi instrumen mengawal hawa nafsu & menanam sifat kehambaan. Selain tu, pemikir falsafah macam Aristotle, Plato & ramai lagi tokoh hebat setuju yang pemikiran lebih tajam bila berpuasa (lapar). Ajaran Buddha, Zen, dan lain-lain turut menganjurkan amalan berlapar dalam kaedah masing-masing untuk pensucian diri spiritually.
Cuma kalau tak cukup bersedia dan matang, pengalaman berlapar memang akan jadi serba tak kena. Perut kosong buat mood jadi cranky tak memasal, produktiviti drop sebab rasa tak bertenaga, jiwa kacau sebab tertekan bila membandingkan diri dengan orang lain, dan sebagainya.
Apapun, nutrisi badan adalah sesuatu yang no nonsense & patut diurus sebaiknya untuk kesihatan & performance aktiviti seharian. Dulu2 masa zaman universiti, aku pun ada ketikanya berlapar sampai rasa lembik je- bukan sebab ada masalah kewangan tapi sebab tak ada kawan nak makan sekali so aku pun skip skip skip je meal time dari makan seorang. Tapi dari situ akhirnya aku sedar, yang kita tak perlukan orang lain pun untuk sama-sama sertai buat sesuatu untuk gain sendiri (macam makan contohnya). Ever since, aku tak ada masalah buat semua benda sendiri2.
No comments:
Post a Comment