Cuti sekolah pun melabuhkan tirai, dan sesi 2016 kick start dengan magicnya (jalanraya tetiba penuh).
Pagi Isnin hari pertama persekolahan aku pergi singgah satu sekolah rendah dikawasan kejiranan ni. Kemain meriahnya..havoc penuh aksi. Bukan setakat ramai budak-budak, ramai orang tua sekali. Berikutan kelonggaran sehingga 4 hari yang diberikan kepada penjawat awam (T&C apply) untuk luangkan masa urus anak-anak yang baru mula bersekolah, tak pelik kenapa ramai betul parents kat sini.
Aku bukanlah ada anak baru daftar sekolah yang kena uruskan, saje je datang melawat kawasan...ambik feel, serap ambience.
Terlalu tinggi nilai moment ni pada aku tak tergambarkan. Ia mengingatkan balik pasal permulaan kita dulu2 macam mana. Suatu ketika dulu kita pernah berada ditempat budak2 ni, masuk dunia baru bernama sekolah dengan perasaan bercampur-baur, "Apa yang akan jadi kat sini?", " Siapa ramai-ramai tak kenal ni?", "Mama papa don't leave me!!" Tidak sedikit air mata yang tumpah. Kahkah.
Kedatangan aku masuk dalam sekolah ni pun perasaan tetap bercampur-baur melihat semua yang berlaku disekeliling. Sengih sorang-sorang tengok wajah2 kecil confuse dan 'pemantau' mereka yang resah gelisah diluar kelas. Terasa sentimental pulak mengenangkan mak & ayah punya kasih sayang time2 aku masuk darjah satu dulu pun. Satu persatu memori digamit sebab apa yang nampak depan mata, semuanya pengkisahan yang sama. Dramatik tak payah kata lah, ada nangis tak nak berenggang dengan mak. Ada jugak yang mak ayah lebih, anak rileks je.
Terasa sayu melihat dalam kalangan anak-anak cilik ni, ada yang notably beruniform rapi namun lusuh, kasut bersih namun lama , berbanding rakan-rakan yang serba serbi baru. Bukak fb pulak ternampak post-post perkongsian guru-guru tentang alkisah anak-anak didik mereka cekal yang dalam kedaifan tapi tetap semangat untuk menimba ilmu. Ada kena bergilir uniform baru boleh datang sekolah, ada yang beg tembus terlalu usang, ada yang xmampu beli makanan waktu rehat. Makin terkengsot jiwa bila baca cerita-cerita ni.
Dipermulaan alam sekolah ni berbagai ragamnya yang dapat dilihat. Melihat zahirnya kasih sayang ibubapa kepada anak, melihat kenaifan kekudusan anak-anak kecil (cerminan kita suatu masa dulu), melihat dugaan Tuhan terhadap hambaNya, melihat semangat yang anak-anak ini tunjukkan. Bagi aku sekali sekala kita kena revisit balik benda2 macamni, untuk jumpa balik diri kita yang mungkin dah lama sangat kita tinggalkan..dan terlupakan..
Memang sentimental. Ini sekolah bawang ke apa sampai pedih2 mata ni!
No comments:
Post a Comment