Musim Jerebu kembali melanda Malaysia & Singapura..thanks a lot la Indonesia. Tiap tahun benda sama ni.
Seriously musim jerebu ni tak patut ada pun..dia bukannya musim yang legit macam four seasons, apatah lagi musim kahwin atau musim buah. Dia dah lah bukan semulajadi, langsung takde manfaat lagi. Sebabnya: alleged forest fire, tapi sebenarnya banyak pembakaran terancang tanah pertanian lepas menuai. Haihh rage betul aku. Rageeee. *fliptablesomersault
Frustrating betul sebab bila jerebu bermakna susah nak spend masa outdoor- bagi komuniti rekreasi itu memang big deal. Terpaksa back-off sebab risiko beraktiviti dalam kualiti udara tercemar memang ternyata, lagi-lagi bila berlari atau kayuh basikal pernafasan memang rapid. Level oksigen yang dapat dari setiap nafas udara jerebu dah rendah, jadi jantung dipaksa kerja lebih keras pam darah, plus partikel pollutant dalam udara buat mata pedih & tekak perit. Macam-macam bahaya boleh jadi kalau nasib tak baik. Makanya, yilleeeek la para penggiat rekreasi. Training plan yang dah dirancang habis kacau, lalu mood pon jadi cranky & tak best. Chain effect.
Tadi lepas subuh aku dah siap2 dengan attire lari, menu hari cuti ni long run la macam yang dah dirancang. Nyam2. Excited dia ni dari semalam lagi, ternanti-nanti tazabarnyeww. Check kejap IPU update kat internet, pukul 6am tunjuk 127..whattt tapi takpe sabar jap tunggu tengok sejam lagi, ada harapan improve turun bawah seratus ni. Check 7am- IPU 138.
Asap jerebu nampak kat luar, asap dalam hati siapa yang tahu.
Booo jerebu booo.
*minum banyak-banyak air masak, ianya penting untuk production mukus di rongga pernafasan & pelembap di mata- dua ciri yang memerangkap habuk jerebu yang memasuki badan.
No comments:
Post a Comment