Sunday, September 20, 2015

10 Panduan Hidup Solitary

Sesiapa pun tak mahu hidup keseorangan. Tapi dalam dunia ada macam2 sebab boleh buat seseorang tak jumpa atau kehilangan pasangan lalu berkesudahan bujang, duda/janda, atau ibu/bapa tunggal. Andai kata ia terjadi & anda berdepan kenyataan mencabar ini, berikut adalah beberapa point untuk membantu hidup solitary, dengan steady.

1) Belajar urus diri dengan baik. Satu kelebihan mempunyai pasangan hidup ni, dia bantu sediakan makan minum pakaian dll. Jadi walaupun takde life partner, tetap kena pastikan diri terurus dengan baik malah lebih baik lagi dari average people. Jangan biarkan diri kelihatan serabai, rumah tak kemas, pakaian selekeh, dan badan tak cukup zat. Belajar grooming, deco ruang, kemaskini wardrobe, dan berlatih masak sendiri. Selitkan elemen kepelbagaian dalam semua ni supaya ia menarik, seronok dilakukan & tak membosankan. Buktikan anda boleh.

2) Amalkan gaya hidup sihat. Amalkan diet seimbang berkualiti dan bersenam dengan kerap. Ambik suplemen kalau perlu. Jaga BMI, paras gula & tekanan darah. Kekal berada dalam shape & fitness terbaik, sebab selain bagi keyakinan diri ia menjadi kunci untuk explore peluang2 yang ada. Bila anda kelihatan sihat ia juga menjadi indikator pengurusan diri yang baik. Lagipun kesihatan ni harta paling berharga.

3) Elakkan berhutang seboleh mungkin. Jangan mudah terpengaruh dengan trend berhutang untuk memiliki itu ini. Sebaliknya, hidup dengan simple tapi selesa, dengan milikan serta simpanan yang munasabah. Aset & milikan harta yang melebihi keperluan boleh menyebabkan kehidupan seorang diri rasa lebih kosong, lalu boleh memberi tekanan kepada diri sendiri. Di kemudian hari, semua harta itu pula perlu diuruskan oleh anda. Pasangan & keluarga yang ada selalunya menjadi inspirasi & kestabilan emosi dalam cabaran mencari rezeki kerana untuk merekalah kita melakukannya, semua disediakan untuk kesejahteraan bersama.  Namun jika hidup seorang, semua pengurusan harta ini hanya akan menjadi kerja tambahan yang tidak tahu untuk siapa akhirnya.

4) Ambil skim insurans medical card yang baik. Anda mungkin rasa takde masalah hidup seorang diri, enjoy kebebasan. Tapi apa akan jadi bila sakit? Satu peranan pasangan hidup adalah tolong jaga bila sakit. Bila takde pasangan suatu alternatif perlu ada sebab waktu sakit anda lemah tak berdaya, selain risiko kesihatan anda juga mentally vulnerable. Anda cenderung memikirkan hal2 sedih yang berlaku lalu kemurungan. Alternatif terbaik adalah ambil insurans & medical card coverage yang bagus..bulan2 bayar premium. Demam sikit je pun terus pergi duduk wad, ada nurse & doktor jagakan semua keperluan.

5) Perbanyakkan sedekah & amal jariah. Bila tiada pasangan, maka tiadalah juga zuriat/waris. Satu hadis H.R Muslim berbunyi: Selepas mati anak Adam makan putuslah hubungan dengan dunia kecuali 3 iaitu amal jariah, ilmu bermanfaat & anak soleh. Jadi adakah bila hidup seorang & mati kita terus hilang punca pahala? Tidak semestinya. Alternatif terbaik adalah gandakan yang dua selebihnya itu. Sebarkan ilmu2 kepada generasi muda. Wakaf & infak harta ke jalan agama. Sedekah untuk bantu fakir & miskin. InsyaAllah bila mati kita didoakan oleh insan2 yang dibantu & pulangan saham manfaat ilmu2 yang dikongsi.

6) Mempunyai minat2 & dedikasi terhadapnya. Jangan biar ada terlalu banyak masa free sebab hati anda nakal dia boleh buat anda teringat benda yang melankolik. Oleh itu, cari suatu hobi atau misi yang mengujakan anda & berkerja keras untuk mencapainya. Proses explore minat & hobi ni boleh menjadi pengalaman power yang mengisi jiwa. Boleh jadi belajar bahasa asing, training untuk triathlon, mengembara keliling dunia, ataupun belajar pertukangan kayu. Ikut suka lah.

7) Belanja makan. Waktu makan boleh terasa kosong walaupun nampak penuh juadah diatas meja. Jadi anda kena kreatif dalam meluangkan waktu menjamu selera. Kalau anda memang tak kisah makan seorang takpe. Tapi andai rasa tak best, belanja lah orang makan bersama dengan anda. Tak kisah sama ada di kedai mahupun masak  sendiri, pelawaan untuk datang makan free selalunya akan disambut. Anda juga dapat spend masa dengan kawan-kawan bergelak ketawa. Sekali sekala bagus juga. Alternatif lain adalah makan ketika anda buat sesuatu yang lain untuk mengisi masa. Sebab kalau spend satu masa untuk makan semata-mata, seorang diri pulak, akan senang jadi bosan. Makanlah sambil driving (hati-hati) atau sambil berjalan-jalan di Pasar Malam atau ketika bersiar-siar. Cuma biarlah sesuai makanan tu, seeloknya pilih yang mudah dimakan sambil bergerak seperti wrap, takeways dll.

8) Jauhi situasi yang membuat anda mereput. Bak kata pepatah "You've got to do what you've got to do". Jadi andaikata anda akan rasa mereput dan terseksa didalam hati bila menghadapi sesuatu suasana atau sekelompok khusus manusia, maka elakkanlah punca perasaan itu. Ambil langkah pencegahan awal untuk selamatkan hati anda dari terus penat mereput. Tidaklah berbaloi hadapi semua itu semata-mata sebab nak puaskan hati orang lain dengan kehadiran anda. Jika mereka prihatin, mereka akan memahami keadaan dan turut cuba menjaga hati anda. Pandai-pandailah anda handle sebab orang lain tak akan fikirkan anda melainkan anda sendiri.

9) Bina, eratkan, raikan silaturahim.
Ketiadaan pasangan turut bererti kehilangan sebahagian besar human touch sebab dia jugalah teman, kawan baik, kaunselor & penyokong anda.  Walaupun seorang diri anda masih boleh memperolehinya, iaitu dengan memakmurkan hubungan sosial sesama manusia. Eratkan silaturahim dengan kaum keluarga, dan bila ikatan silaturahim baru setiap masa dengan rakan sekerja, jiran tetangga dan sahabat taulan. Anda juga petut mencuba libatkan diri dalam aktiviti kesukalerawanan yang mensasarkan kelompok kurang bernasib baik untuk merasai social shift dan membuka mata anda. Semua hubungan sosial ini memberikan anda perspektif tentang hal yang berlaku dalam hidup semua orang lain juga, ini membantu anda mensyukuri keadaan sendiri.

10) Bela haiwan peliharaan. Jika anda menjadi satu-satunya benda hidup dalam rumah, perkara itu sangatlah tidak selesa. Walaupun anda mungkin tak ambil kisah, tapi lebih happening jika ada yang lain menyerikan suasana. Dapatkanlah binatang peliharaan yang digemari, sebagai penceria dan peneman. Ia juga boleh mengisi masa anda dan mengajar tentang tanggungjawab sewaktu menjaganya. Tak kisah sama ada, kucing, ikan, burung, atau ular.

Sebagai penutup, kehidupan solitary tidaklah mudah, sebab manusia adalah haiwan sosial. Sebenarnya tiada persediaan yang cukup untuk mempersiapkan seseorang menjalani laluan yang ditakuti ini. Tapi manusia boleh cuba beradaptasi, kehidupan perlu dihargai walau apapun terjadi. Aku harap tiada siapa perlu guna point2 diatas ini.

No comments:

Disclaimer

All content provided on this blog is for leisure & informational purposes only. The owner of this blog makes no representations to any party he may be a part of, or guarentee the accuracy or completeness of any information on this site or found by following any link on this site. The owner will not be liable for any errors or omissions in this information nor for the availability of this information. The owner will not be liable for any losses, injuries, or damages from the display or use of this information. Contents are generally individual reflections of thought & stories of the blog.
Thanks for stopping by! you are alright.