Masih aku ingat dulu dah pernah buat satu blog post pasal subjek Ayah ni, masa tu cerita pasal Selamat Hari Bapa..plus share sekali lagu-lagu pasal bapa yang ade as opposed to lagu-lagu pasal ibu yang lebih selalu kita dengar.
Sekarang, 5 tahun kemudian, aku menulis pasal Ayah lagi. Ada beberapa perkara berkaitan subjek yang terkumpul dalam tempoh masa ni, jadi kali ni aku cuma nak piece them together dalam satu penulisan.
Baru-baru ni Altimet buat lagu baru featuring Tomok tajuk dia Aku Tahu. Kalau belum tau pergi Youtube la sana. Lagu ni pasal sentimental ayah & anak, macam biasa kekuatan karya Altimet kat lirik dia.. pehh memang padu ngatt. Ada rasa pedih2 jugak hidung bila tarik nafas masa dengar..tanda2 nak berkaca la tu. Kudos & kipidap Altimet, sadly masih kurang lagu2 bermakna macam ni dalam industri seni Malaysia. Lirik lagu ni trigger banyak alarm dalam diri aku.
Bila fikir2kan pasal ayah aku, memang mengelamun juga jadinya. Agaknya semakin kita berusia (dan melihat dia jugak berusia) semakin macam-macam akan timbul dalam kotak fikiran. Terutama bagi anak lelaki sebab ayah lah sumber dia belajar jadi lelaki.
Ayah aku memang role model yang aku kagumi & banyak attribute yang aku berazam nak contohi.
Paling top adalah sifat family man dia, ayah aku memang mendepani isu silaturahim sesama kaum kerabat dekat & jauh ni..like seriously seriousss. Dia akan zahirkan tanda ingatan melalui ziarah, bantu membantu, dan macam2 effort lagi. Cakna, pesan dia kepada kami adik beradik. Part ni memang mencabar sikit sebab aku socially awkward..tapi ni legasi ayah aku yang aku perlu makmurkan.
Ayah aku banyak membaca & selalu beli buku2. Ada beratus buku memenuhi rak, kat meja sebelah katil dia pun bersusun bahan bacaan sebelum tidur dia. Part suka membaca ni memang influence sampai kat aku. Walaupun preference genre mungkin berbeza tapi penghargaan kepada buku sama.
Ayah aku jugak aktif bersukan, dia main dart & sebahagian dari team jabatan peringkat negeri sampai kebangsaan. Dan dia memang galakkan minat aku hiking, lari marathon & travel2 ni. Open minded betul walaupun anak-anak orang lain yang dikenalnya takde yang sama pun, pendek kata perkara ni boleh dikira agak asing/dagang dalam masyarakat kat environment kampung sana. Agaknya bila banyak membaca ni perspektif akan meluas & tranverse merentasi generasi.
Ayah aku adalah watak yang selalu buat kelakar bila berkumpul saudara mara, tak kering gusi orang-orang tua disakatnya. Tapi satu side yang aku admire adalah side beremosi dia. Walaupun karekter ayah aku sangat solid, ada kalanya dia termenangis didepan anak-anak & aku takkan dapat lupa saat2 tu.
Seingat aku ada 3 kali; sewaktu ziarah kubur Aidilfitri tahun pertama selepas TokMek meninggal, bila melihat Amri solat di lorong belakang convenience store semasa kami melawat dia di Jepun, & dalam telefon masa aku call bertanya khabar sewaktu banjir besar Kelantan 2014. Setiap kali melihat air mata ayah gugur, bercampur baur perasaan aku. It hit me hard. Sebab aku tak boleh nak menangis aku merasa ianya seakan suatu sumpahan.
Ayah sememangnya insan power, adiwira yang dunia sebenar ada. Aku tak tahu lah aku akan jadi seorang ayah ke tak suatu hari nanti, tak pasti jumpa jodoh atau ajal dulu. Tapi aku dah envision ayah macam mana aku nak jadi. Sporting, kelakar, aktif, berilmu luas, dan tak boroi ekeke.
Tempohari aku terbaca di laman sosial ada orang share yang semua anak lelaki sepatutnya interview ayah masing-masing, at least sekali. Dapatkan semua pengalaman & wisdom dia tentang hal-hal dunia dan tentang perkara-perkara mencabar dalam hidup sebagai lelaki. Sebelum sampai masa dia pergi. Pemergian ayah bermakna kehilangan lelaki pertama dalam hidup, mesti teruk rasanya kalau tak habis belajar dengannya. Apapun, menelusuri usia 20-an ni aku lebih selalu ingat hakikat yang ibu ayah juga makin tua dan semakin lemah...walaupun tak nak, kena terima & bersedia.
Dan aku rasa aku akan interview ayah aku lepas ni. Tengah prepare list soalan.
Masa zaman Universiti, aku ada sekumpulan kawan yang akrab seperti keluarga & masing-masing ada panggilan macam Kak Ngah, Mak Lang, dan lain-lain gelaran ahli keluarga. Nama-nama ni mungkin agak kurang aku guna sebab rasa kekok, tapi ianya sangat popular dalam kalangan geng perempuan. Sekarang masing-masing dah berjauhan, hidup berkeluarga dan beranak pinak. Tempohari aku & kawan2 ada singgah di rumah salah seorang rakan perempuan ni yang dah kahwin & ada anak, dah lama aku tak jumpa dia sejak 2 3 tahun kot. Bila masuk rumah, aku pun duduk bersila tepi pintu dia pun panggil
"Duduk atas tikar ni la sejuk lantai tu Ayah!"
and I was like
No comments:
Post a Comment