Friday, September 4, 2015

15 perkara dari aku pasal travelling solo

1) Mula2 ticket hunting. Ramai kata masa terbaik nak book online adalah hari isnin & selasa sebab harga lebih rendah, ada juga kata 6 minggu sebelum travel date, pergi Matta Fair , book guna web proxy, book guna apps & macam2 lagi. Bagi aku rajin2 lah check web airlines untuk dapat harga promo.

2) Plan ahead & plan rigorously. Study sumber2 internet pasal tempat yang nak pergi tu & senaraikan tempat/aktiviti yang dihajati kemudian susun jadi itinerary. Masuk tu ade bayaran berapa atau free ke? Waktu operasi dia macam mana? Dan macam2 info lagi. Rujuk itinerary traveller lain pun membantu dapat maklumat. Sentiasa check tarikh sumber tu bila. Dapatkan info terkini sebab benda2 ni selalu berubah. Peringkat plan personalized itinerary ni boleh jadi agak meletihkan tapi ni la satu proses travel yang true & ada kepuasan tersendiri.. pasal berdikarinya seorang musafir.

3) Stay di hostel backpackers yang lebih murah berbanding hotel, motel, guesthouse dll. Selalunya ia dorm simple & minimalis, tapi engkau travel sepatutnya bukan spend banyak masa dalam bilik pun. Compare pilihan2 yang ada untuk dapat best deal. Tips: selain lokasinya & usha review2 pelanggan, lihat juga usia hostel tu, ade free wifi? AC atau kipas? Ada free water dispenser tak? free breakfast pagi2? Self-service dobi & pantry ade ke etc. Buat tempahan online awal untuk dapat harga murah. Cuba cari kalau hostel tu ada sistem tempahan sendiri, very likely harga dia lebih murah berbanding proxy seperti Agoda, Booking.com, Trivago, etc. Tapi kalau booking guna proxy pun, contact direct hostel tersebut untuk cross check tempahan yang dibuat, just to be sure.

4) Lagi pilihan penginapan backpackers adalah tumpang rumah orang local. Ada portal yang boleh matchkan guest dengan host ni seperti Couchsurfing. Traveller boleh search hosts yang ada di destinasi & send request untuk tumpang duduk di ruang yang ditawarkan , pending host approval. Generally ianya free takde bayaran berbentuk wang, tapi suatu bentuk penghargaan material kepada host adalah wajar sebab budaya couchsurfing  berteraskan persahabatan & perkongsian cerita. Ada unspoken ethics yang perlu dihormati juga semuanya berkaitan common courtesy. Nak travel kena la berkawan & jaga adab sopan.

5) Consider banyakkan berjalan kaki untuk cover tempat2 yang dituju. Kelompokkan target2 yang berdekatan dengan mengambilkira pit stop untuk rest, makan,toilet break, solat dll. Selain boleh save duit, banyak pengalaman boleh dapat dengan explore by foot. Sesat2 sikit tu biasa la.

6) Untuk meminimumkan kesesatan bila jalan kaki, install apps navigasi offline yang boleh membantu pergerakan jalan kaki kesana kesini. Apps ni takde internet/data pun still boleh guna, provided that anda dah download map area tu sebelumnya (ni guna internet). Aku guna apps MAPS.ME dalam travel2 sebelum ni.

7) Aku gabungkan apps MAPS.ME dengan Google Maps untuk buat ultimate guide meronda2. Caranya mula2 bukak Google Maps di komputer & di peta destinasi tu tandakan tempat2 yang nak pergi kemudian export  sebagai .kmz file. Selain pinpoint lokasi, Google Maps juga boleh digunakan untuk annotate supplementary notes macam waktu operasi, alamat, etc. kat tempat2 ni. File .kmz yang dah export tadi boleh diload masuk dalam apps MAPS.ME di smartphone anda dan taraaa, anda dapat peta offline yang personalized.

8) Boleh juga sewa pocket wifi jika dirasakan perlu. Jadi anda stay connected semasa bergerak. Semua gadget2 kena prepare untuk berfungsi setiap masa. Powerbank, Universal charger, spare batt, standby semua.

9) Jelas sekali yang badan kena sihat untuk explore2 ni. Sama ada dalam cuaca panas atau sejuk, tekak mesti akan haus perut akan lapar. Jika meronda2 jalan kaki,  bawa bersama botol minuman sendiri sebab kena pastikan badan dihydrate dengan cukup. Pasal tu lagi cun kalau ada water dispenser kat hostel, boleh refill free je air minuman tiap kali keluar jalan2. Pasal makanan pulak kena berbelanja la takde free food dispenser kat mana2 pun. Tapi sentiasa ada pilihan ekonomik (masak sendiri kat pantry hostel/bawak bekal bila keluar). Apapun jangan abaikan bab makan walaupun nak saving duit. Bagi aku wajar untuk ada budget yang selesa untuk makan2 sebab selain bagi kau tenaga, merasai makanan lokal ditempat asing tu pengalaman travel yang penting. Kalau kau nak travel tapi takde tenaga memang yilleeekk je la semua plan tu.

11) Pemakaian pun penting untuk jaga kesihatan kau. Contoh kalau kasut tak sesuai, jalan sikit melecet la kaki. Kalau kau bawa barang, biar ada beg yang selesa tak mengganggu pergerakan kau. Oleh itu berpakaianlah sesuai ikut aktiviti & cuaca, dan juga sensitif terhadap keadaan setempat. Prepare juga lipbalm, sunblock, atau apa2 ubat yang kau rasa perlu kalau kau senang sakit. Bunyi macam no-brainer tapi ada juga aku kenal rakan yang sakit bahu pakai sling bag isi barang berat, dan rakan yang pakai heels/converse menapak lama2 sakitlah kaki. Yilleek.

12) Kalau perlu gerak naik bas/tren untuk ke daerah lain, ambik tiket belah malam yang sampai keesokan hari. Jadi jimat duit penginapan malam tu rest je dalam bas/tren. Bila sampai boleh guna waktu siang sepenuhnya untuk aktiviti yang dirancang. Sama juga la dengan beli tiket flight, elok ambik flight malam tido je bangun2 start hari baru. Dan jangan kekok tido kat airport.

13) Gunakan pengangkutan awam sesuatu tempat tu macam orang local, dengan knowledge ye jangan sampai kena tipu pulak. Kat situ ada pelajaran power juga, kalau ambik tour guide yang drive kau sana sini terlepas la part ni. Dia punya subway, train, bas, teksi, songtheaw, angkut2, ojek, tuktuk, macam2 lah apa yang tempat tu ada. Kalau rail & highway system tu kena study network laluan dia, pening pun pening la tapi berbaloi merasa. Part ni bab salah turun stesen la salah naik tren la, macam2 memang awesome.

14) Asingkan sejumlah duit sebagai emergency fund yang letak dekat tempat tersorok sikit yang selamat. Bawa bersama juga salinan passport+IC+ lesen dalam hardcopy & softcopy. Catat nombor telefon kedutaan & tempat anda menginap letak dalam poket incase anda ditemui tak sedarkan diri.

15) Ini terpulang kepada individu, tapi aku rasa elok ada buku jurnal buat catatan cerita2 perjalanan. Buku ni feel dia lain sikit, kalau gabung dengan gambar2 yang kau snap tambah pula video2 tu memang umph..material travelog yang padu. Harta paling bernilai kan pengalaman, jadi kau kena la simpan setiap titik cerita tu dengan kemas baru ia tak hilang. Kalau guna memori je lama2 makin terlupa.

Sewaktu study route tren & revise destinasi dalam permusafiran solo 15hari di Nihon. (sumber: album sendiri)

A photo of Hans Solo here seems relevant 
(Sumber: Google Image)

No comments:

Disclaimer

All content provided on this blog is for leisure & informational purposes only. The owner of this blog makes no representations to any party he may be a part of, or guarentee the accuracy or completeness of any information on this site or found by following any link on this site. The owner will not be liable for any errors or omissions in this information nor for the availability of this information. The owner will not be liable for any losses, injuries, or damages from the display or use of this information. Contents are generally individual reflections of thought & stories of the blog.
Thanks for stopping by! you are alright.