Monday, September 28, 2015

I ramble about my trip to the infirmary

Today I made a rare visit to the clinic to check on my back pain. Been having this nagging discomfort at the lower back since last Thursday where I might overexerted myself lifting around them damn heavy beef thighs (cow legs?) during Qurban. This is really alarming as  scklm is just around the corner..less than a week to go!

Thankfully the Doctor said that what it's a muscular issue, nothings skeletal. Well that must be SOME muscles pull there, because my whole core area aches. I feared for the worse to be honest, like a slip disc or something.  Anyway now entering taper period, I'll do my best to recover.

But before I managed to see the Doctor I've waited for 2.5 hours. I actually missed to notice when my name was first called to the Doctor's room then being oblivious, I patiently continued to wait for my name to be called. I guess reading a book while waiting didn't help, sure it gets you preoccupied through the wait but it can cave you in 'the zone'. To my defense, with all the background noises of people chatting & babies crying, anyone can miss the calling (yeah right).

The Doctor I consulted wore surgical face mask. Well the practice is justifiable, patients bring along their germs & what not so the mask can lessen risks of  airborne contraction. But masks hide a lot more, including emotions. I could not really piece together the full message of  words uttered behind a mask. You see, facial expression gives out a lot. Smiles, smirks, poutings, chuckles, etc.. all those give out signals too. In Japan where most people on the streets wear masks - not just for health reasons but also as a social statement that means 'Not interested in conversation don't talk to me'.

After I am assured that my back pain is attributed to minor tight muscles, on my way back I dropped by at the masjid to solat..and have a go with Ogawa sofa they have there. I don't use this reflexology sofas often, but wow mann I think his one have their power meter turned on full. I almost died in agony under the crushing force of those solid protrusions & knobs rolling on my back. I think it can crush my skull too. Anyway reflexology sofas' sizing should consider the different body frames people have. Because if one cannot sit properly on them then it defeats the purpose of getting proper contact of massage. I always sink in a bit too much in these things.

Adios.

Friday, September 25, 2015

Aidil adha 2015

Aidiladha tahun ni sekali lagi tak balik kampung. Masa zaman2 undergrad dulu pernah dah dua kali, tapi kali ni lain sekarang (lebih) berdikari camtu. Member serumah semua balik, jadi terpulang sepenuhnya kat aku la macam mana mencorak pengalaman Aidiladha. Plan simple, lepas sembahyang raya pergi ronda2 masjid yang buat korban & collect daging agihan lepastu simpan dalam fridge. Daging rm28 sekilo sekarang hockayy so rezeki kena grab (sebagai bujang ekonomikal this strategy is well-justified). Lepas tu aku expect maybe tempoh mereput kebosanan.

Tapi lain ceritanya.

Lepas settle sembahyang raya, aku balik rumah salin2 pakaian, pinjam pisau tajam jiran (nasib baik dapat) & pergi turun masjid join projek korban. Amboi 17 ekor lembu tumbang tahun ni. Aku tak kenal ramai orang kampung ni, tapi buat-buat confident je masuk campur itu ini dengan orang-orang tua. Pegang rebahkan lembu, skin them, angkut daging sana sini dan melapah sambil sembang-sembang 'matang' kahkah (aku try my best supaya tak merepek). Handle daging semua tu pun buat-buat reti gaya confident je..tapi terhiris jari jugak adeh. Aku kira cubaan aku blend in dengan masyarakat kampung buat korban kat sini ni berjaya dapat kenal-kenal orang baru. Sudahnya memang penat sungguh la. Sebagai upah membantu dapat la sekilo daging & sekilo tulang.

Petang tu aku pergi berlari sekejap 10km. Balik lepas tu jiran pelawa datang makan rumah dia lepas maghrib. Dan malam tu memang powerful. Dijamunya nasik dengan lauk-lauk ada sup tulang rendang daging, lemang dll. Tapi aku bantai sup tulang je lembut betul dagingnya tambah pulak sambal kicap memang terangkat. Semua jiran tetangga ada juga, kami makan di meja bukak kat luar berbumbung langit..sambil borak-borak mengerat ukhwah. Orang sini macam amused nak tahu cerita betul ke Aidiladha disambut meriah di Kelantan. Jadi aku share2 la cerita..memang betul sambutan sana lain. Malam tu habis borak dekat 12am juga.

All in all aku appreciate semua yang terjadi. Rasa bermakna Aidiladha sebagai perantau dengan human connections yang dirasai. Setiap benda aku ambik gambar untuk simpanan, di masa depan boleh jadi kenangan. Sekarang aku kena fikir daging dalam fridge ni nak masak apa sebelum dia bertukar jadi besi.

Monday, September 21, 2015

Avatar mode

Whenever the going gets tough.
With so much things around testing you.
Just pause for a while
Take a moment of silence & reflect
Gestalt them all
And just breathe
Slowly.

Such still, much peace. Wow

Sunday, September 20, 2015

10 Panduan Hidup Solitary

Sesiapa pun tak mahu hidup keseorangan. Tapi dalam dunia ada macam2 sebab boleh buat seseorang tak jumpa atau kehilangan pasangan lalu berkesudahan bujang, duda/janda, atau ibu/bapa tunggal. Andai kata ia terjadi & anda berdepan kenyataan mencabar ini, berikut adalah beberapa point untuk membantu hidup solitary, dengan steady.

1) Belajar urus diri dengan baik. Satu kelebihan mempunyai pasangan hidup ni, dia bantu sediakan makan minum pakaian dll. Jadi walaupun takde life partner, tetap kena pastikan diri terurus dengan baik malah lebih baik lagi dari average people. Jangan biarkan diri kelihatan serabai, rumah tak kemas, pakaian selekeh, dan badan tak cukup zat. Belajar grooming, deco ruang, kemaskini wardrobe, dan berlatih masak sendiri. Selitkan elemen kepelbagaian dalam semua ni supaya ia menarik, seronok dilakukan & tak membosankan. Buktikan anda boleh.

2) Amalkan gaya hidup sihat. Amalkan diet seimbang berkualiti dan bersenam dengan kerap. Ambik suplemen kalau perlu. Jaga BMI, paras gula & tekanan darah. Kekal berada dalam shape & fitness terbaik, sebab selain bagi keyakinan diri ia menjadi kunci untuk explore peluang2 yang ada. Bila anda kelihatan sihat ia juga menjadi indikator pengurusan diri yang baik. Lagipun kesihatan ni harta paling berharga.

3) Elakkan berhutang seboleh mungkin. Jangan mudah terpengaruh dengan trend berhutang untuk memiliki itu ini. Sebaliknya, hidup dengan simple tapi selesa, dengan milikan serta simpanan yang munasabah. Aset & milikan harta yang melebihi keperluan boleh menyebabkan kehidupan seorang diri rasa lebih kosong, lalu boleh memberi tekanan kepada diri sendiri. Di kemudian hari, semua harta itu pula perlu diuruskan oleh anda. Pasangan & keluarga yang ada selalunya menjadi inspirasi & kestabilan emosi dalam cabaran mencari rezeki kerana untuk merekalah kita melakukannya, semua disediakan untuk kesejahteraan bersama.  Namun jika hidup seorang, semua pengurusan harta ini hanya akan menjadi kerja tambahan yang tidak tahu untuk siapa akhirnya.

4) Ambil skim insurans medical card yang baik. Anda mungkin rasa takde masalah hidup seorang diri, enjoy kebebasan. Tapi apa akan jadi bila sakit? Satu peranan pasangan hidup adalah tolong jaga bila sakit. Bila takde pasangan suatu alternatif perlu ada sebab waktu sakit anda lemah tak berdaya, selain risiko kesihatan anda juga mentally vulnerable. Anda cenderung memikirkan hal2 sedih yang berlaku lalu kemurungan. Alternatif terbaik adalah ambil insurans & medical card coverage yang bagus..bulan2 bayar premium. Demam sikit je pun terus pergi duduk wad, ada nurse & doktor jagakan semua keperluan.

5) Perbanyakkan sedekah & amal jariah. Bila tiada pasangan, maka tiadalah juga zuriat/waris. Satu hadis H.R Muslim berbunyi: Selepas mati anak Adam makan putuslah hubungan dengan dunia kecuali 3 iaitu amal jariah, ilmu bermanfaat & anak soleh. Jadi adakah bila hidup seorang & mati kita terus hilang punca pahala? Tidak semestinya. Alternatif terbaik adalah gandakan yang dua selebihnya itu. Sebarkan ilmu2 kepada generasi muda. Wakaf & infak harta ke jalan agama. Sedekah untuk bantu fakir & miskin. InsyaAllah bila mati kita didoakan oleh insan2 yang dibantu & pulangan saham manfaat ilmu2 yang dikongsi.

6) Mempunyai minat2 & dedikasi terhadapnya. Jangan biar ada terlalu banyak masa free sebab hati anda nakal dia boleh buat anda teringat benda yang melankolik. Oleh itu, cari suatu hobi atau misi yang mengujakan anda & berkerja keras untuk mencapainya. Proses explore minat & hobi ni boleh menjadi pengalaman power yang mengisi jiwa. Boleh jadi belajar bahasa asing, training untuk triathlon, mengembara keliling dunia, ataupun belajar pertukangan kayu. Ikut suka lah.

7) Belanja makan. Waktu makan boleh terasa kosong walaupun nampak penuh juadah diatas meja. Jadi anda kena kreatif dalam meluangkan waktu menjamu selera. Kalau anda memang tak kisah makan seorang takpe. Tapi andai rasa tak best, belanja lah orang makan bersama dengan anda. Tak kisah sama ada di kedai mahupun masak  sendiri, pelawaan untuk datang makan free selalunya akan disambut. Anda juga dapat spend masa dengan kawan-kawan bergelak ketawa. Sekali sekala bagus juga. Alternatif lain adalah makan ketika anda buat sesuatu yang lain untuk mengisi masa. Sebab kalau spend satu masa untuk makan semata-mata, seorang diri pulak, akan senang jadi bosan. Makanlah sambil driving (hati-hati) atau sambil berjalan-jalan di Pasar Malam atau ketika bersiar-siar. Cuma biarlah sesuai makanan tu, seeloknya pilih yang mudah dimakan sambil bergerak seperti wrap, takeways dll.

8) Jauhi situasi yang membuat anda mereput. Bak kata pepatah "You've got to do what you've got to do". Jadi andaikata anda akan rasa mereput dan terseksa didalam hati bila menghadapi sesuatu suasana atau sekelompok khusus manusia, maka elakkanlah punca perasaan itu. Ambil langkah pencegahan awal untuk selamatkan hati anda dari terus penat mereput. Tidaklah berbaloi hadapi semua itu semata-mata sebab nak puaskan hati orang lain dengan kehadiran anda. Jika mereka prihatin, mereka akan memahami keadaan dan turut cuba menjaga hati anda. Pandai-pandailah anda handle sebab orang lain tak akan fikirkan anda melainkan anda sendiri.

9) Bina, eratkan, raikan silaturahim.
Ketiadaan pasangan turut bererti kehilangan sebahagian besar human touch sebab dia jugalah teman, kawan baik, kaunselor & penyokong anda.  Walaupun seorang diri anda masih boleh memperolehinya, iaitu dengan memakmurkan hubungan sosial sesama manusia. Eratkan silaturahim dengan kaum keluarga, dan bila ikatan silaturahim baru setiap masa dengan rakan sekerja, jiran tetangga dan sahabat taulan. Anda juga petut mencuba libatkan diri dalam aktiviti kesukalerawanan yang mensasarkan kelompok kurang bernasib baik untuk merasai social shift dan membuka mata anda. Semua hubungan sosial ini memberikan anda perspektif tentang hal yang berlaku dalam hidup semua orang lain juga, ini membantu anda mensyukuri keadaan sendiri.

10) Bela haiwan peliharaan. Jika anda menjadi satu-satunya benda hidup dalam rumah, perkara itu sangatlah tidak selesa. Walaupun anda mungkin tak ambil kisah, tapi lebih happening jika ada yang lain menyerikan suasana. Dapatkanlah binatang peliharaan yang digemari, sebagai penceria dan peneman. Ia juga boleh mengisi masa anda dan mengajar tentang tanggungjawab sewaktu menjaganya. Tak kisah sama ada, kucing, ikan, burung, atau ular.

Sebagai penutup, kehidupan solitary tidaklah mudah, sebab manusia adalah haiwan sosial. Sebenarnya tiada persediaan yang cukup untuk mempersiapkan seseorang menjalani laluan yang ditakuti ini. Tapi manusia boleh cuba beradaptasi, kehidupan perlu dihargai walau apapun terjadi. Aku harap tiada siapa perlu guna point2 diatas ini.

Thursday, September 17, 2015

Some clever stuffs I read this week

Japanese r undisputedly famous for having healthy & fair complexion that glows. I can concur on that from my observations of my annual Japan visit. Recently I was made aware of an interesting facial care product from the land of rising sun that come with claims to be the secret for Japanese beautiful skin- called the Black Paint soap. Well it's not actually soapy & foamy, it's organic mineral-rich mud that hails from Kyoto volcanoes. And it's black, and just melts when wet. Not actually a beautiful sight having that lump of mushy dark blob oozing out of your palm, but the idea of how the product work is very amazing. First, we have microorganisms living symbiotically with us called microbiomes, and on our skin- there's skin microbiome. Contrary to the popular practice that scrutinize skin microbiome & washing it all away alongside skin impurities with foamy detergents during 'facial cleansing', Black Soap somewhat 'celebrates' microbiome. The fact that it's not soapy is due to absence of any detergent at all. This product set consists of several item meant to be used in succession, but all in all it moisturizes the skin, pull out the impurities and feed the good microbiomes to prosper. The microbiome will take care of your skin, managing the excess sebum and keep the epidermis healthy. This concept is very cool, as man of Science that work in bioinformatics & have had some exposure with microbiome research , I dig.

Do you like eggs? I like eggs. It turns out that the best part on a egg is the thin membraneous film just underneath the eggshell. Often not included in egg after cooking, only retained with hard boiling. But peeled off from hard boiled eggs & discarded anyways. This thin layer is a to-date a non-allergen unlike the egg proteins to some, plus it stores a wealth of therapeutic factors for mobility to be precise. It is high in collagens ,growth factors related to joint care health & so much more. The membrane is the first food chicks will eat once they hatch to sustain them in the critical hours following, so yeah it's a superfood liddat. Well I guess the best way to eat eggs is by hard boiling 'em then. However that's a lot of eggs to eat daily if you were to get this eggcelent benefit in enough dose your joints, about 24 of them! Which will drive your cholestrol level off the roof! Luckily you don't have to, because a pharma company (Biova LLG) has come up with a supplement that concentrated the 24 eggs worth of egg membrane goodness into a single capsule.

Cooking is way better than eating raw. Not only it kills harmful bacterias, Body is able to absorb up to 90% more nutrition from well cooked food compared to when it's raw. And the advent of cooking methods, a subsequent from the discovery of fire, is believed to be the single major drive for human evolution.  Cooking is a turning point that allows primitive counterparts to access & harness the goodness from foods like proteins & carbs, which serve the body better as fuel & building blocks. This leads to the doubling up of brain size & and increase in species potency as a whole. Human race is driven forward by eating well cooked food! So knowing this all, eating sushi or rare steaks is not so great afterall, merely just tastebud-appealing hype.

Patagonia™ & The North Face™ became even more dear to me after I learnt their unorthodox approach in wilderness business. The fact that both the founders are best friends since their young & wild days makes it even cooler. Both companies believes in sustainable practice & prioritize conservation of the environment unlike any other. They instill this philosophy in their product lines and encourage smarter consumerism habit to protect nature from..us. I dig!

Monday, September 14, 2015

Wisataalam

Alam semulajadi memang menakjubkan- tapi here & there ada la kawasan2 yang eyecandy lebih sikit. Landskap cantik ke, air jernih ke, atau view menarik, lalu menarik pengunjung datang. Tempat2 sebegini dipanggil wisata alam. Istilah bahasa Indonesia.

Wisata alam ni boleh dikata masuk dalam dua kategori- jenis mainstream dengan jenis "underground". Bukan underground apa, cuma lokasi dia lebih terpencil tak senang2 orang tahu melainkan betul-betul mencari. Tak sepublic tempat mainstream.

Sejak dua menjak ni, beberapa wisata alam Malaysia jadi viral kat media sosial. Gambar2 Tadom Hill, Hutan Simpan Ayer Hitam, Pulau Harimau, Sungai Bangan & beberapa lain lagi tetiba macam meletup melimpah-ruah kat media sosial. Semua orang berlumba nak pergi. Aku bimbang, sebab perhatian yang diterima oleh tempat-tempat ni tak semestinya bagus untuk khazanah alamnya. Tengok saja Tadom Hill yang popular mendadak, semalam umum akan menghadkan pengunjung sebab mengakui trafik pengunjung yang tinggi turut mencemari kawasan dengan sampah sarap. Kalau ramai serbu memang la pihak2 terlibat masyuk, tapi apa maknanya kalau rosak tempat2 ni.

Pengunjung yang takde attitude akan membawa kerosakan, meninggalkan sampah, mencemarkan air, mengganggu ekosistem. Takde rasa menghargai alam, sebab diingat 'harga' yang dibayar dengan duit tu lah seadanya & bagi entitlement untuk buat/guna sukahati. Apatah lagi kalau tempat yang masuk free. Sepanjang pemerhatian aku meneroka wisata alam, kerap jumpa pesen camni..datang  lebih kepada cari stok gambar IG & profile picture. Lepas seronok2 sampah tak dilupuskan sebetulnya & tak pungut habis, jadi aku & rakan-rakan yang uruskan sebab tak sampai hati biarkan.

Aku cuma rasa protective & bimbang sebab sayangkan tempat-tempat ni yang aku dah berpeluang pergi sebelum dari kekecohan ini. Aku ada bonding dengannya. Sekarang ni Sungai Bangan dekat Gunung Chemerong-Berembun-Lansir pulak dah under the spotlight, harap tak jahanam dek pelancong gunung. Kalau aku pergi tengok sekali lagi dah rosak memang rageeee.

Sayangilah khazanah wisata alam kita.

Hai air terjun, cantiknya awak

Saturday, September 12, 2015

Booo

Musim Jerebu kembali melanda Malaysia & Singapura..thanks a lot la Indonesia. Tiap tahun benda sama ni.

Seriously musim jerebu ni tak patut ada pun..dia bukannya musim yang legit macam four seasons, apatah lagi musim kahwin atau musim buah. Dia dah lah bukan semulajadi, langsung takde manfaat lagi. Sebabnya: alleged forest fire, tapi sebenarnya banyak pembakaran terancang tanah pertanian lepas menuai. Haihh rage betul aku. Rageeee. *fliptablesomersault

Frustrating betul sebab bila jerebu bermakna susah nak spend masa outdoor- bagi komuniti rekreasi itu memang big deal. Terpaksa back-off sebab risiko beraktiviti dalam kualiti udara tercemar memang ternyata, lagi-lagi bila berlari atau kayuh basikal pernafasan memang rapid. Level oksigen yang dapat dari setiap nafas udara jerebu dah rendah, jadi jantung dipaksa kerja lebih keras pam darah, plus partikel pollutant dalam udara buat mata pedih & tekak perit. Macam-macam bahaya boleh jadi kalau nasib tak baik. Makanya, yilleeeek la para penggiat rekreasi. Training plan yang dah dirancang habis kacau, lalu mood pon jadi cranky & tak best. Chain effect.

Tadi lepas subuh aku dah siap2 dengan attire lari, menu hari cuti ni long run la macam yang dah dirancang. Nyam2. Excited dia ni dari semalam lagi, ternanti-nanti tazabarnyeww. Check kejap IPU update kat internet, pukul 6am tunjuk 127..whattt tapi takpe sabar jap tunggu tengok sejam lagi, ada harapan improve turun bawah seratus ni. Check 7am- IPU 138.

Asap jerebu nampak kat luar, asap dalam hati siapa yang tahu.
Booo jerebu booo.

*minum banyak-banyak air masak, ianya penting untuk production mukus di rongga pernafasan & pelembap di mata- dua ciri yang memerangkap habuk jerebu yang memasuki badan.

Thursday, September 10, 2015

Ayah

Masih aku ingat dulu dah pernah buat satu blog post pasal subjek Ayah ni, masa tu cerita pasal Selamat Hari Bapa..plus share sekali lagu-lagu pasal bapa yang ade as opposed to lagu-lagu pasal ibu yang lebih selalu kita dengar.

Sekarang, 5 tahun kemudian, aku menulis pasal Ayah lagi. Ada beberapa perkara berkaitan subjek yang terkumpul dalam tempoh masa ni, jadi kali ni aku cuma nak piece them together dalam satu penulisan.

Baru-baru ni Altimet buat lagu baru featuring Tomok tajuk dia Aku Tahu. Kalau belum tau pergi Youtube la sana. Lagu ni pasal sentimental ayah & anak, macam biasa kekuatan karya Altimet kat lirik dia.. pehh memang padu ngatt. Ada rasa pedih2 jugak hidung bila tarik nafas masa dengar..tanda2 nak berkaca la tu. Kudos & kipidap Altimet, sadly masih kurang lagu2 bermakna macam ni dalam industri seni Malaysia. Lirik lagu ni trigger banyak alarm dalam diri aku.

Bila fikir2kan pasal ayah aku, memang mengelamun juga jadinya. Agaknya semakin kita berusia (dan melihat dia jugak berusia) semakin macam-macam akan timbul dalam kotak fikiran. Terutama bagi anak lelaki sebab ayah lah sumber dia belajar jadi lelaki.
Ayah aku memang role model yang aku kagumi & banyak attribute yang aku berazam nak contohi.

Paling top adalah sifat family man dia, ayah aku memang mendepani isu silaturahim sesama kaum kerabat dekat & jauh ni..like seriously seriousss. Dia akan zahirkan tanda ingatan melalui ziarah, bantu membantu, dan macam2 effort lagi. Cakna, pesan dia kepada kami adik beradik. Part ni memang mencabar sikit sebab aku socially awkward..tapi ni legasi ayah aku yang aku perlu makmurkan.

Ayah aku banyak membaca & selalu beli buku2. Ada beratus buku memenuhi rak, kat meja sebelah katil dia pun bersusun bahan bacaan sebelum tidur dia. Part suka membaca ni memang influence sampai kat aku. Walaupun preference genre mungkin berbeza tapi penghargaan kepada buku sama.

Ayah aku jugak aktif bersukan, dia main dart & sebahagian dari team jabatan peringkat negeri sampai kebangsaan. Dan dia memang galakkan minat aku hiking, lari marathon & travel2 ni. Open minded betul walaupun anak-anak orang lain yang dikenalnya takde yang sama pun, pendek kata perkara ni boleh dikira agak asing/dagang dalam masyarakat kat environment kampung sana. Agaknya bila banyak membaca ni perspektif akan meluas & tranverse merentasi generasi.

Ayah aku adalah watak yang selalu buat kelakar bila berkumpul saudara mara, tak kering gusi orang-orang tua disakatnya. Tapi satu side yang aku admire adalah side beremosi dia. Walaupun karekter ayah aku sangat solid, ada kalanya dia termenangis didepan anak-anak & aku takkan dapat lupa saat2 tu.
Seingat aku ada 3 kali; sewaktu ziarah kubur Aidilfitri tahun pertama selepas TokMek meninggal, bila melihat Amri solat di lorong belakang convenience store semasa kami melawat dia di Jepun, &  dalam telefon masa aku call bertanya khabar sewaktu banjir besar Kelantan 2014. Setiap kali melihat air mata ayah gugur, bercampur baur perasaan aku. It hit me hard. Sebab aku tak boleh nak menangis aku merasa ianya seakan suatu sumpahan.

 Ayah sememangnya insan power, adiwira yang dunia sebenar ada. Aku tak tahu lah aku akan jadi seorang ayah ke tak suatu hari nanti, tak pasti jumpa jodoh atau ajal dulu. Tapi aku dah envision ayah macam mana aku nak jadi. Sporting, kelakar, aktif, berilmu luas, dan tak boroi ekeke. 

Tempohari aku terbaca di laman sosial ada orang share yang semua anak lelaki sepatutnya interview ayah masing-masing, at least sekali.  Dapatkan semua pengalaman & wisdom dia tentang hal-hal dunia dan tentang perkara-perkara mencabar dalam hidup sebagai lelaki. Sebelum sampai masa dia pergi. Pemergian ayah bermakna kehilangan lelaki pertama dalam hidup, mesti teruk rasanya kalau tak habis belajar dengannya. Apapun, menelusuri usia 20-an ni aku lebih selalu ingat hakikat yang ibu ayah juga makin tua dan semakin lemah...walaupun tak nak, kena terima & bersedia.
Dan aku rasa aku akan interview ayah aku lepas ni. Tengah prepare list soalan.

Masa zaman Universiti, aku ada sekumpulan kawan yang akrab seperti keluarga & masing-masing ada panggilan macam Kak Ngah, Mak Lang, dan lain-lain gelaran ahli keluarga. Nama-nama ni mungkin agak kurang aku guna sebab rasa kekok, tapi ianya sangat popular dalam kalangan geng perempuan. Sekarang masing-masing dah berjauhan, hidup berkeluarga dan beranak pinak. Tempohari aku & kawan2 ada singgah di rumah salah seorang rakan perempuan ni yang dah kahwin & ada anak, dah lama aku tak jumpa dia sejak 2 3 tahun kot. Bila masuk rumah, aku pun duduk bersila tepi pintu dia pun panggil
"Duduk atas tikar ni la sejuk lantai tu Ayah!"

and I was like

Tuesday, September 8, 2015

Talk show

Ntv7 have the bestest talk show imho. They used to air The Breakfast Show every morning, and my day will only start after the show ends at 9am. But for reasons I'm not aware of they discontinued that show in 2015 and breakfast has not been the same ever since. Such a loss.

But then come Bella@ntv7 on weekdays 11am-12pm. This talk show might appear to be slightly slanted toward women audience, but they varied the contents to appeal mens as well. I'm loving this show I watch it everyday.

Talk show certainly is a good way to get to know things. To watch articulated hosts discuss good contents can give you gains in a lot of ways.
For me to watch these two talk show is a serendipituous experience- always somehow come up with the topics that I can identify with. I mean really, they talk about epigenetics, marathons , eat clean nutritions, joints health, travelling and stuffs-just to point out out a few.
Kudos ntv7 team. Kipidap.
Written while watching Bella.

Friday, September 4, 2015

15 perkara dari aku pasal travelling solo

1) Mula2 ticket hunting. Ramai kata masa terbaik nak book online adalah hari isnin & selasa sebab harga lebih rendah, ada juga kata 6 minggu sebelum travel date, pergi Matta Fair , book guna web proxy, book guna apps & macam2 lagi. Bagi aku rajin2 lah check web airlines untuk dapat harga promo.

2) Plan ahead & plan rigorously. Study sumber2 internet pasal tempat yang nak pergi tu & senaraikan tempat/aktiviti yang dihajati kemudian susun jadi itinerary. Masuk tu ade bayaran berapa atau free ke? Waktu operasi dia macam mana? Dan macam2 info lagi. Rujuk itinerary traveller lain pun membantu dapat maklumat. Sentiasa check tarikh sumber tu bila. Dapatkan info terkini sebab benda2 ni selalu berubah. Peringkat plan personalized itinerary ni boleh jadi agak meletihkan tapi ni la satu proses travel yang true & ada kepuasan tersendiri.. pasal berdikarinya seorang musafir.

3) Stay di hostel backpackers yang lebih murah berbanding hotel, motel, guesthouse dll. Selalunya ia dorm simple & minimalis, tapi engkau travel sepatutnya bukan spend banyak masa dalam bilik pun. Compare pilihan2 yang ada untuk dapat best deal. Tips: selain lokasinya & usha review2 pelanggan, lihat juga usia hostel tu, ade free wifi? AC atau kipas? Ada free water dispenser tak? free breakfast pagi2? Self-service dobi & pantry ade ke etc. Buat tempahan online awal untuk dapat harga murah. Cuba cari kalau hostel tu ada sistem tempahan sendiri, very likely harga dia lebih murah berbanding proxy seperti Agoda, Booking.com, Trivago, etc. Tapi kalau booking guna proxy pun, contact direct hostel tersebut untuk cross check tempahan yang dibuat, just to be sure.

4) Lagi pilihan penginapan backpackers adalah tumpang rumah orang local. Ada portal yang boleh matchkan guest dengan host ni seperti Couchsurfing. Traveller boleh search hosts yang ada di destinasi & send request untuk tumpang duduk di ruang yang ditawarkan , pending host approval. Generally ianya free takde bayaran berbentuk wang, tapi suatu bentuk penghargaan material kepada host adalah wajar sebab budaya couchsurfing  berteraskan persahabatan & perkongsian cerita. Ada unspoken ethics yang perlu dihormati juga semuanya berkaitan common courtesy. Nak travel kena la berkawan & jaga adab sopan.

5) Consider banyakkan berjalan kaki untuk cover tempat2 yang dituju. Kelompokkan target2 yang berdekatan dengan mengambilkira pit stop untuk rest, makan,toilet break, solat dll. Selain boleh save duit, banyak pengalaman boleh dapat dengan explore by foot. Sesat2 sikit tu biasa la.

6) Untuk meminimumkan kesesatan bila jalan kaki, install apps navigasi offline yang boleh membantu pergerakan jalan kaki kesana kesini. Apps ni takde internet/data pun still boleh guna, provided that anda dah download map area tu sebelumnya (ni guna internet). Aku guna apps MAPS.ME dalam travel2 sebelum ni.

7) Aku gabungkan apps MAPS.ME dengan Google Maps untuk buat ultimate guide meronda2. Caranya mula2 bukak Google Maps di komputer & di peta destinasi tu tandakan tempat2 yang nak pergi kemudian export  sebagai .kmz file. Selain pinpoint lokasi, Google Maps juga boleh digunakan untuk annotate supplementary notes macam waktu operasi, alamat, etc. kat tempat2 ni. File .kmz yang dah export tadi boleh diload masuk dalam apps MAPS.ME di smartphone anda dan taraaa, anda dapat peta offline yang personalized.

8) Boleh juga sewa pocket wifi jika dirasakan perlu. Jadi anda stay connected semasa bergerak. Semua gadget2 kena prepare untuk berfungsi setiap masa. Powerbank, Universal charger, spare batt, standby semua.

9) Jelas sekali yang badan kena sihat untuk explore2 ni. Sama ada dalam cuaca panas atau sejuk, tekak mesti akan haus perut akan lapar. Jika meronda2 jalan kaki,  bawa bersama botol minuman sendiri sebab kena pastikan badan dihydrate dengan cukup. Pasal tu lagi cun kalau ada water dispenser kat hostel, boleh refill free je air minuman tiap kali keluar jalan2. Pasal makanan pulak kena berbelanja la takde free food dispenser kat mana2 pun. Tapi sentiasa ada pilihan ekonomik (masak sendiri kat pantry hostel/bawak bekal bila keluar). Apapun jangan abaikan bab makan walaupun nak saving duit. Bagi aku wajar untuk ada budget yang selesa untuk makan2 sebab selain bagi kau tenaga, merasai makanan lokal ditempat asing tu pengalaman travel yang penting. Kalau kau nak travel tapi takde tenaga memang yilleeekk je la semua plan tu.

11) Pemakaian pun penting untuk jaga kesihatan kau. Contoh kalau kasut tak sesuai, jalan sikit melecet la kaki. Kalau kau bawa barang, biar ada beg yang selesa tak mengganggu pergerakan kau. Oleh itu berpakaianlah sesuai ikut aktiviti & cuaca, dan juga sensitif terhadap keadaan setempat. Prepare juga lipbalm, sunblock, atau apa2 ubat yang kau rasa perlu kalau kau senang sakit. Bunyi macam no-brainer tapi ada juga aku kenal rakan yang sakit bahu pakai sling bag isi barang berat, dan rakan yang pakai heels/converse menapak lama2 sakitlah kaki. Yilleek.

12) Kalau perlu gerak naik bas/tren untuk ke daerah lain, ambik tiket belah malam yang sampai keesokan hari. Jadi jimat duit penginapan malam tu rest je dalam bas/tren. Bila sampai boleh guna waktu siang sepenuhnya untuk aktiviti yang dirancang. Sama juga la dengan beli tiket flight, elok ambik flight malam tido je bangun2 start hari baru. Dan jangan kekok tido kat airport.

13) Gunakan pengangkutan awam sesuatu tempat tu macam orang local, dengan knowledge ye jangan sampai kena tipu pulak. Kat situ ada pelajaran power juga, kalau ambik tour guide yang drive kau sana sini terlepas la part ni. Dia punya subway, train, bas, teksi, songtheaw, angkut2, ojek, tuktuk, macam2 lah apa yang tempat tu ada. Kalau rail & highway system tu kena study network laluan dia, pening pun pening la tapi berbaloi merasa. Part ni bab salah turun stesen la salah naik tren la, macam2 memang awesome.

14) Asingkan sejumlah duit sebagai emergency fund yang letak dekat tempat tersorok sikit yang selamat. Bawa bersama juga salinan passport+IC+ lesen dalam hardcopy & softcopy. Catat nombor telefon kedutaan & tempat anda menginap letak dalam poket incase anda ditemui tak sedarkan diri.

15) Ini terpulang kepada individu, tapi aku rasa elok ada buku jurnal buat catatan cerita2 perjalanan. Buku ni feel dia lain sikit, kalau gabung dengan gambar2 yang kau snap tambah pula video2 tu memang umph..material travelog yang padu. Harta paling bernilai kan pengalaman, jadi kau kena la simpan setiap titik cerita tu dengan kemas baru ia tak hilang. Kalau guna memori je lama2 makin terlupa.

Sewaktu study route tren & revise destinasi dalam permusafiran solo 15hari di Nihon. (sumber: album sendiri)

A photo of Hans Solo here seems relevant 
(Sumber: Google Image)

Just some humming

Da ram da ram da daa
Da rararam da ram da ram da raa

Du du du duu
Du du du

Hm hm mm hmmm
Hmm hm mmm

Tuesday, September 1, 2015

I went to the movies & I'm gonna write about it

I went to the movies couple of days ago to watch Inside Out and boy that was my second time going in five years maybe? I'm not a cinema person tbh. But I want to write about Inside Out that inspired the rare visit.

This animation is about Riley and the 'feelings' inside her head literally five of them characterized rightfully so- Joy, Sadness, Fear, Disgust, and Anger. The mind of Riley is depicted as a realm where there's place called Headquarters tower where the five feelings reside & work their thing, a vast distant land with life experience libraries, personality islands, etc and all these places have 'workers' keeping things in order. So the viewers will be taken through the events in Riley's physical life and how her memories & moods are brought about by the actions (or rather, reactions) of these 5 feelings in the aforementioned mental places. In short; it's about what happens inside when Riley feels something.

There were few bits in the story that I found particularly extra-interesting. The concepts of control pad in the Headquarters, the core memories that shape Personality Islands, the Imagination Park & forgotten imaginary friend, the Thought Train, the libraries of permanent subconscious memories and how they were curated. For me the whole premise of this story goes beyond entertainment, it has some serious knowledge content. There's psychological & biological feeling to it which compounds the appeal. This movie has got some depth.

I can talk so much about what this movie means to me, it's just a matter of pick and choose. Right after the trailer clip came to my attention weeks ago I've immediately identifed myself to the theme of the movie & set my eyes to watch it. It rang all the bells in me since the subject about  emotions-chemistry connection caught my interest for quite some time already & I've also blogged my thoughts about this recently.

The animation is smooth & Riley's adorable & the feelings quintet are fun to watch & the plot is good. Plus I've gained some perspective from this movie. I like it :)

4/5 star.

"Whether we realize it or not, all of our feelings actually take care of us"

Disclaimer

All content provided on this blog is for leisure & informational purposes only. The owner of this blog makes no representations to any party he may be a part of, or guarentee the accuracy or completeness of any information on this site or found by following any link on this site. The owner will not be liable for any errors or omissions in this information nor for the availability of this information. The owner will not be liable for any losses, injuries, or damages from the display or use of this information. Contents are generally individual reflections of thought & stories of the blog.
Thanks for stopping by! you are alright.