Aku, seolah dibawa melawat kembali diri lama. Tengok balik cetakan pemikiran yang rajin jugak aku post kat wall dulu. Ah, diriku yang dulu...lebih ekspresif dalam menzahirkan apa je yang difikirkan. Benda-benda random hal seharian je tapi dari sudut pandang yang berbeza; yang sampai sekarang bagi aku, ada nilai kualiti. Ada isi & pemberat. Sebab hasil fikiran luar kotak. Serius banyak antara post tu yang aku sendiri dah lupa.
Macam terkejut sikit tengok apa yang pernah dicoret. Rediscovery.
Facebook memories, satu arkib, vault yang timeless tentang sedikit cebisan watak diri pada waktu silam.
Atas sebab sama jugaklah blog ni masih dimaintain sampai kini. Untuk terus merekodkan pemikiran & cerita. Sekarang semuanya akan dititip disini, sebab facebook dah kurang sesuai.
Bukan sebab takde respon atau apa, tapi semuanya respon tersasar dari inti subjek yang cuba diketengahkan. Dan itu lebih menghampakan sedikit sebanyak.
Di blog, tak kisah orang boleh mengerti atau tak apa yang cuba dinyatakan, sebab bukan untuk dibaca sesiapa.
Kalau terima banyak perhatian, tapi tak satupun yang tulus memahami isi & inti sebenar dalam jiwa- sunyi tetap akan dirasai juga. Bahkan lebih sunyi dari keseorangan dari mula.
Kevin Barnes Of Montreal dalam Triumph of Disintegration:
It’s only natural to feel a little imbalanced, it’s a symptom of your hysterical need to be understood
No comments:
Post a Comment