Monday, August 22, 2016

doge

Kadang-kadang termenung sendiri mengenangkan nasib anjing-anjing liar yang aku nampak di Malaysia ni. Dulu-dulu aku tak terasa apa-apa pun nampak banyak anjing liar dalam kehidupan kanak-kanak, tapi sekarang..

Anjing ni haiwan canine yang wonderful. Dia bijak, setia & boleh diharap oleh tuannya.
Tapi anjing liar tak bertuan ni, terbiar tanpa penjaga & pelindung.
Terkengsot hati tengok mereka ni sampai kena selongkar sampah, tak tahulah apa yang masuk perut untuk teruskan hidup.
Bila didekati, depa cepat je alert & lari.
Oh trauma apa yang dah dialami depa..sampai begitu takut dengan manusia..
Hidup depa merayau-rayau, tapi diselubungi waspada ancaman manusia..
Tak tenteram & risau..Sedihnya.


Anjing pun hidupan. Makhluk Tuhan.
Hukumnya cuma HARAM disentuh orang Islam tanpa keperluan mendesak.
Bukannya haiwan tu sentiasa haram by default sampai nak lihat pun tak boleh.
Sampai boleh berlaku zalim, mendera dia..
Hukum2 ni langsung tak mengizinkan manusia berbuat suka hati.
Dia bukan haiwan yang haram kewujudannya..ada tujuan diciptakan bersama kita.
Bahkan ada dikisahkan,
Imam al-Bukhari dengan sanadnya meriwayatkan: diceritakan kepada kami oleh Sa`id bin Talid, diceritakan kepada kami oleh Ibnu Wahab, beliau berkata: diberitakan kepadaku oleh Jarir bin Hazim, daripada Ayyub, daripada Muhammad bin Sirin, daripada Abu Hurairah radhiyallahuanhu, beliau berkata: Rasulullah SAW bercerita:
«بَيْنَمَا كَلْبٌ يُطِيفُ بِرَكِيَّةٍ، كَادَ يَقْتُلُهُ العَطَشُ، إِذْ رَأَتْهُ بَغِيٌّ مِنْ بَغَايَا بَنِي إِسْرَائِيلَ، فَنَزَعَتْ مُوقَهَا فَسَقَتْهُ فَغُفِرَ لَهَا بِهِ»
Ketika seekor anjing mengelilingi sebuah perigi, hampir-hampir ia mati kerana dahaga. Tiba-tiba ia dilihat oleh salah seorang wanita pelacur daripada para pelacur Bani Israil. Lalu wanita itu menanggalkan sandalnya lantas memberi minum anjing berkenaan. Allah mengampunkan wanita itu kerana perlakuannya.
(HR al-Bukhari di dalam Sahih al-Bukhari, bilangan: 3467)





No comments:

Disclaimer

All content provided on this blog is for leisure & informational purposes only. The owner of this blog makes no representations to any party he may be a part of, or guarentee the accuracy or completeness of any information on this site or found by following any link on this site. The owner will not be liable for any errors or omissions in this information nor for the availability of this information. The owner will not be liable for any losses, injuries, or damages from the display or use of this information. Contents are generally individual reflections of thought & stories of the blog.
Thanks for stopping by! you are alright.