Friday, November 6, 2015

Suatu bebelan health conscious

Agak gempar jadinya masyarakat baru-baru ni dengan dua berita:
1) WHO isytiharkan produk daging proses sebagai karsinogen, daging merah dilabel sebagai 'mungkin karsinogen' (potential carcinogen).
2) Video viral pasal transformasi dialami seorang lelaki bila dia stop ambik gula & alkohol selama sebulan.

*karsinogen=agen penyebab kanser.

Well to be honest, bagi aku dua2 berita ni bukan benda breakthrough baru discover ke ape. It's kinda no-brainer actually, obvious kot. Komuniti saintifik & nutritionist dah lama sarankan idea pasal ni. Cuma sekarang ia baru 'officially reported' oleh badan terkemuka macam WHO kepada umum, lalu masyarakat awam pun baru bagi perhatian.

Definisi produk daging proses ni segala jenis produk daging yang dah ditambah itu ini & melalui pengubahsuaian dari daging mentah semulajadi. Semua la kalau kira: sausages, patty, nugget, meatballs, dll.
Dan WHO kelaskan produk daging proses sebagai karsinogen kelas pertama. Sama group dengan tembakau, radiasi & alkohol. Bukan runcit2 punya risiko tu..

Pengumuman ni menggemparkan semua, dan ada jugak yang meroyan. Mana taknya m, sebab produk daging proses ni dah deeply rooted dengan ekonomi & amalan pengeluar makanan. Industri makanan jual benda ni kat consumer dari duluuu lagi, dan sekarang pasaran diancam dakwaan2 solid sebegini. Sebab melibatkan keuntungan, pasal tu la ramai orang kalut melenting cuba spin kalau tak takdenye. Lebih kurang sama dengan isu rokok (dan kini Vape) yang walaupun dah diketahui fakta bahaya, tetap tak effectively diharam sebab menguntungkan pihak2 berkepentingan (dapat cukai dll). Jadi sekarang terpulang kat kita lah untuk tapis apa baik buruk, jaga diri sendiri.

Secara peribadi, sejak memilih lifestyle rekreasi aku dah particular mengenai apa yang masuk dalam badan ni. Lebih kerap masak sendiri berbanding makan luar, dan elakkan produk daging proses. Walaupun daging original ni agak leceh nak prepare (kena siang,basuh, nak masak kena potong2 atau celup tepung sendiri dulu etc.) tapi itu part of the choice la.

Tentang berita kedua  pasal gula tu pulak, pun no brainer. Gula berlebihan memang dah kita sedia maklum tak elok untuk kesihatan. Tapi untuk lebih tepat lagi, gula tambahan atau dietary sugar ni adalah culprit sebenarnya. Ada gula original (glukosa, fruktosa, galaktosa & derivatives darinya)- ni gula baik je. Yang tak baik ada dalam produk makanan kat pasaran sekarang, dah banyak ditambah dengan gula/pemanis artificial yang bagi perasa buatan. Nama pun lain2 dah. Definitely kacau metabolisma gula & keseimbangan kimia dalam badan.

Efek gula berlebihan ni pada banyak level & semuanya tak elok. Tapi aku ingat dalam kuliah oleh Prof Dato' Dr Mohd Noor Embi, dia ceritakan pasal bahaya gula dari sudut molecular pathway. Beliau ni pioneer dalam research GSK (Glycogen Synthase Kinase); satu signalling molecule dalam cascade pathway yang apparently turut dipengaruhi level gula dalam darah- boleh membawa kepada macam2 masalah kesihatan downstream. So pada waktu kuliah ni la aku dapat new outlook pasal bahaya gula banyak2 ni.

Apapun, dah masuk 3 tahun rasanya aku kurangkan gula dalam pemakanan, sekali dengan usaha aku memperbaharui kualiti nutrisi aku dalam gaya hidup aktif. Dah 3+ tahun lebih juga aku tak minum air gas, banyak minum air kosong, dan kurangkan gula kalau oder teh tarik & minum kat kedai (cannot tinggal meh).

Kalau aku boleh berpesan satu benda, naka pasal kesihatanlah ia. Sama-sama la kita utamakan kesihatan, setakat jaga tu belum cukup strong. Ni pun satu aspek bertanggungjawab juga, paling basic & close. Tanpa badan & minda yang sihat, sukar nak meneroka kehidupan.

Semoga Tuhan mengizinkan.

Rule dia simple:
1) Makanan halalan toyyiban
2) aktif secara fizikal
3) rehat yang berkualiti


No comments:

Disclaimer

All content provided on this blog is for leisure & informational purposes only. The owner of this blog makes no representations to any party he may be a part of, or guarentee the accuracy or completeness of any information on this site or found by following any link on this site. The owner will not be liable for any errors or omissions in this information nor for the availability of this information. The owner will not be liable for any losses, injuries, or damages from the display or use of this information. Contents are generally individual reflections of thought & stories of the blog.
Thanks for stopping by! you are alright.