Sooo,
baru-baru ni Earl bangkitkan pasal mengenang kembali moment2 special dengan cara SENARAIKANNYA. Yes buat proper simple list instead of pikir kosong sebab..why not? Earl senaraikan dalam 50 peristiwa special yang dapat dari pengalaman hidup. Well, bagi Earl hidup=travel sebab dia go nomadic dari 90s lagi. Apapun alright Earl, I'm all in with this moments thingy. So ni beberapa moment yang terpahat dalam otak aku, (tidak disusun mengikut apa2 kriteria)
1)
Awkward moment masa nak berpisah dengan Fah. Fah adalah kawan Thai pertama aku, kenal di Khao Yai sewaktu dia crewing untuk event TNF100 yang aku join - later lepas habis event kami kebetulan sama2 travel balik ke Bangkok & get to know each other more sepanjang 5 jam perjalanan. Di Bangkok dia teman jalan-jalan & story2. Akhirnya sampai masa nak separate bawa haluan masing2 with all the goodbye bla2, Fah depa tangan nak peluk, aku hulur tangan nak salam, dua2 merapat sambil adjust2 tangan ikut reaksi masing2, last2 sampai in the middle jadi position pelik gilbab. Just like in the movies. Sampai sekarang aku tepuk dahi bila mengenangkan wakaka. Apapun she's a nice Thai youth, truly embodies what people say about Thailand as the land with 1000 smiles.
2)
Creepy moment bila pengurus hostel di Jln Jaksa @Jakarta yang aku dah 'befriend' semasa stay disana approach & offer khidmat gadis peneman malam. Masa tu dah larut malam, aku solo travel, bilik pun ada aku sorang je, dan dia pulak sungguh2 recommend dengan tunjuk 'katalog' gadis2 yang boleh aku pilih dalam smartphone dia. Menurut dia ramai orang Malaysia yang datang melancong di sini, langgan perempuan. Pehh. For the sake of adventurousness aku layan je dia approach tu untuk korek lagi detail2. Nasib boleh escape tak terlajak terjebak mampus aku.
3)
Moment di Bali, bergaduh dengan driver teksi bila sampai di destinasi sebab dia cuba tipu tambang. Bali is very touristy, teksi bermeter adalah option popular untuk pengangkutan..tapi teksi ni tengah2 dalam perjalanan, dia offkan meter depan aku sambil2 borak. Agaknya bila borak tu & dia figure out aku 1st time datang, sorang pulak tu, dia ingat boleh kelepet. Silap la. Aku dah research distance perjalanan & tarif official per kilometer kot. Masa dalam teksi tu aku rileks je layan dia pancing berbual2 (macam tak salah ape2), tapi bila sampai aku kasi surprise. Dramatik jugak kami bertekak tepi jalan tu. Of course la aku menang. Aku bayar apa yang aku sanggup je. Rasainn.
4)
Ditahan polis di kota Surabaya sebab disyaki bawak ubat yang mencurigakan. Lepas kes nak kena tipu oleh teksi Bali, di Surabaya aku insaf & sewa motor bawak sendiri je nak kehulu kehilir. Tapi sesat pulak time ronda2 bandar Surabaya tu. Dalam pusing2 tu termasuk roadblock polis trafik, dia tahan & dah la passport takde dengan aku (sebab company rental pegang)..ada pulak pil2 & kapsul yang tak berlabel dalam poket. Semua tu sebenarnya salt pills & anti-imflammatory pills yang aku pack untuk marathon. Tapi yelah, memang jadi bahan la. Lama jugak kena hold kat situ, siap nak cas denda pulak. Tapi aku buat2 tak paham bahasa (lol) & akhirnya diorang give up nak pau duit aku & bebaskan aku. Tapi lepas tu aku lalu roadblock sama sekali lagi sebab masih sesat. Sighhh.
5)
Moment merempat di Jakarta lepas semayang Jumaat di Masjid Istiqlal. Duit aku kena copet ke tercicir agaknya sebab tetiba takde lepas bersesak2 keluar masjid. Tapi masa tu aku lapar gile dah jauh berjalan pagi tu. Diperkarangan masjid ada pasar tempatan jual2 barang ibadah & makanan, aku beli bubur ayam (IDR10,000=~RM2) je untuk lunch sebab jimat nak leverage kerugian duit hilang. Tapi lapar still. Waktu aku duduk rilek kat pokok sekitar pasar tu lepas makan, ada random family Jakarta yang duduk sebelah offer aku makanan yang diorang picnic kat situ. Antara juadah terenak aku pernah makan dengan penuh perasaan terharu betul. Aku anggap ni mungkin balasan Tuhan sebab masa makan bubur tadi aku kongsi dengan kucing liar yang datang. Betullah kata Allah dalam surah surah Al-Talaq ayat 2&3. Antara falsafah yang aku pegang setiap kali bermusafir.
6)
Masa merayau2 sorang di Ameyoko Street yang bersimpang siur tu, entah macam mana tersesat lagi masuk satu lorong belakang yang dipenuhi deretan kelab stripper. Di depan setiap kelab tu ada penjaga yang macam secret agent aku tengok, pakai full suit, dengan earpiece, dan spek hitam. Bila aku lalu semua approach nak tarik masuk langgan pakej2 yang ada. Aku buat2 tak paham bahasa (memang aku takreti cakap Jepun) tapi mereka ni tak putus asa. Diorang guna bahasa isyarat & body language 18sx untuk bagitau aku apa yang ada kahkahkah. Kelakar woi aku tengok. Tapi seram pulak lepas tu. Apepun aku dapat escape. Lepas tu baru aku dapat tau yang lorong tu adalah antara kawasan red light district yang masih dijaga oleh Japanese underworld=Yakuza. Pehh.
7) This one time ketika aku & rakan2 desa Jambi, Sumatra Barat. Dari homestay kami jalan kaki ke arah bunyi azan maghrib yang kedengaran, cari2 dan eventually sampai kat satu madrasah dicelah2 setinggan. Kehadiran kami (sekumpulan outsider) disambut rather strange dengan soalan2 (dari seorang lelaki diperkarangan madrasah) bila habis je solat, lelaki tadi & beberapa rakannya tampil kehadapan para jemaah & macam bagi ucapan. Sementara tu beberapa rakan dia berkawal di semua pintu masuk madrasah. Then baru aku perasan yang semua mereka ni berpakaian semacam uniform- baju kurta & vest hitam, seluar celoreng tentera. Aku & jemaah lain duduk diam je kena hold dalam tu. Aku & rakan2 terperangkap dalam some sort of pengkaderan suatu organisasi paramiliter dakwah Islamiyah Indonesia yg tour kampung2..dayyum. Aku tak paham apa sangat sebab diorang guna bahasa jawa local. Nasib baik last2 kami boleh balik dengan selamat. But nevertheless the suspense & anxiousness..
Baru 7 moment ni tapi cukupla buat masa ni. Ada lagi lain2 kemudian. Sementara menunggu adventure seterusnya, moment2 lah yang kita kena cherish.
No comments:
Post a Comment