Despite the 'outdoorsy' label people often identify me with- actually I am hopeless in large body of water. Yes I can't swim like really truly swim. In a pool, I'm as good as a brick.
Jadi ketidakretian berenang ni buat aku tak boleh fully layan segala air terjun,lata,jeram indah2 yang jumpa masa hiking bagai. Rugi tapi macam tu la. Boleh layan area yang tak lebih dari tinggi aku je..padahal port lagi dalam la yang macam dunia lain orang kata..air kristal clear hijau biruuu
Motif2 untuk belajar berenang terkumpul satu demi satu & keinginan bertambah2. Dah banyak terbaca artikel2 pasal how swimming can benefit long distance running, as a low impact active recovery, itu ini etc. Lepas tengok video baby pun pandai berenang aku macam tercabar dah. Tapi bila nampak video gajah berenang cross Tasik Kenyir tu yang aku terus terpelanting kejelesan..gajah pun boleh terapung baii.
Bila tengok kawan2 berjaya habiskan Ironman Langkawi minggu lepas, dalam diam aku teringin untuk capai feat yang sama satu masa nanti.
Namun lepas risik2 cari kelas berenang, takde jumpa yang sesuai atas faktor convenience..lokasi terlalu jauh2 semua. Yuran pun satu faktor.
Satu lightbulb moment berlaku mengingatkan aku kat sorang kawan yang hardcore pasal swim-dive sampai digelar 'anak laut'. Lepas adjust sikit, dia ok untuk ajar aku berenang, boleh practice pool kat apartment dia dekat area ni je. Terus start suruh datang petang tu jugak walaweiii. Tak pikir apa dah, redah je la.
Jadi selepas 2 sesi, 6 jam dalam pool, dan berteguk2 air klorin ditelan, sekarang aku dah boleh buat bubbling. Seronok pulak rasa hikhik.
Now I levelled up to become a brick with some sense of buoyancy. Today a brick, tomorrow swim, then dive, then tri, then IM, then to take over the worlddd muehehehe.
No comments:
Post a Comment