Hmmm
The world I am from might not exist anymore but this blog helps me remember
Monday, November 30, 2015
Monday, November 23, 2015
Caras
Caras, ataupun sailang ni selalu kita dengar2 dalam macam2 situasi. Dua istilah ni menggambarkan tindakan yang kurang patut dan membelakangkan nilai2 murni demi kepentingan peribadi. Sifat tamak pun selalu dikaitkan.
Macam tak percaya je aku baru alami peristiwa dicaras dalam alam pekerjaan. Aku rasa aku dah berbuat baik, tapi tuba yang dibalas.
Ada dua si polan A & B. Kedua2nya minta tolong aku recommendkan mereka supaya dapat sesuatu job ini. Apapun mereka ada kelayakan yang diperlukan, cuma sukar nak break masuk. Aku sebagai seorang yang boleh mempengaruhi keputusan dalam institusi, akhirnya berjaya membuka peluang untuk A & B. Tanpa mengabaikan meritokrasi, aku buat atas dasar persahabatan & berkongsi rezeki. Aku dapat masukkan A & B sebagai team yang aku handle bagi melaksanakan satu projek. Pada fikiran aku, bekerja dengan mereka2 yang dah dikenali pun mungkin lagi smooth & mudah. Mereka berterima kasih atas bantuan aku.
Tanpa aku perasan A & B aktif men'scan' peluang2 lain yang ada dalam institusi. Lalu B mendekati boss & ayat2..lalu mendapatkan satu niche yang dia rasa lebih menguntungkan. Lalu dia pun ajak A masuk bawah dia juga. Mereka berdua jump ship sebelum mula apa-apa lagi, meninggalkan aku tanpa team. Sedangkan projek dah nak mula beberapa hari lagi.
Memang bladihell betul rasanya
Sunday, November 22, 2015
Bubbling
Despite the 'outdoorsy' label people often identify me with- actually I am hopeless in large body of water. Yes I can't swim like really truly swim. In a pool, I'm as good as a brick.
Jadi ketidakretian berenang ni buat aku tak boleh fully layan segala air terjun,lata,jeram indah2 yang jumpa masa hiking bagai. Rugi tapi macam tu la. Boleh layan area yang tak lebih dari tinggi aku je..padahal port lagi dalam la yang macam dunia lain orang kata..air kristal clear hijau biruuu
Motif2 untuk belajar berenang terkumpul satu demi satu & keinginan bertambah2. Dah banyak terbaca artikel2 pasal how swimming can benefit long distance running, as a low impact active recovery, itu ini etc. Lepas tengok video baby pun pandai berenang aku macam tercabar dah. Tapi bila nampak video gajah berenang cross Tasik Kenyir tu yang aku terus terpelanting kejelesan..gajah pun boleh terapung baii.
Bila tengok kawan2 berjaya habiskan Ironman Langkawi minggu lepas, dalam diam aku teringin untuk capai feat yang sama satu masa nanti.
Namun lepas risik2 cari kelas berenang, takde jumpa yang sesuai atas faktor convenience..lokasi terlalu jauh2 semua. Yuran pun satu faktor.
Satu lightbulb moment berlaku mengingatkan aku kat sorang kawan yang hardcore pasal swim-dive sampai digelar 'anak laut'. Lepas adjust sikit, dia ok untuk ajar aku berenang, boleh practice pool kat apartment dia dekat area ni je. Terus start suruh datang petang tu jugak walaweiii. Tak pikir apa dah, redah je la.
Jadi selepas 2 sesi, 6 jam dalam pool, dan berteguk2 air klorin ditelan, sekarang aku dah boleh buat bubbling. Seronok pulak rasa hikhik.
Now I levelled up to become a brick with some sense of buoyancy. Today a brick, tomorrow swim, then dive, then tri, then IM, then to take over the worlddd muehehehe.
Saturday, November 21, 2015
'Aula
Sebelum ni kan sebenarnya aku ada fikirkan satu konsep...dan konsep tu aku apply jadi prinsip hidup sebab rasa ia sesuai dengan aku. Lebih lagi dari tu, aku rasa inilah yang sepatutnya. Fyi, it's a conscious choice, langsung bukan tindakan yang samberono tanpa pertimbangan mendalam.
Konsep ni dibentuk daripada pendedahan2 sepanjang bermusafir mengutip pengalaman, dari pembacaan tak selektif, perkongsian idea2 tanpa prejudis, dan thoughtful feed dari persekitaran- semuaa sekali yang diproses & ditekuni.
Struggle untuk meneranglan intipati konsep ni melalui ruang sebegini terhad sebab kelemahan aku menulis dengan lebih baik, jadi tak perlulah kita ke situ. Tapi pendek kata konsep ini memberikan sudut pandang (outlook) yang berbeza terhadap kehidupan...seolah melihat versi HD dengan wide screen. Oleh tu sudah pasti konsep ni jugak mungubah keutamaan/prioriti seseorang pasal perkara & kejadian sekeliling. Dan begitulah jadinya.
Pasal tu lah pendirian, pilihan & tindakan kita mungkin tak serupa. Sebab prinsip hidup tak sama. Keutamaan jadi berbeza. Raikan kepelbagaian lah, no?
Tapi apapun, againts all odds aku percaya dan berpendirian teguh dengan konsep ni, dalam masa yang sama terus sentiasa memurnikan pandangan terhadap kehidupan.
Sehinggalah tempohari aku dipandu Tuhan membaca sebuah buku yang aku belek2 random. Buku tu adalah Fiqh Aulawiyat oleh Syeikh Yusuf Al-Qardhawi. Fiqh maksudnya kefahaman yang mendalam, Aula pula maksudnya perihal terlebih utama. Memahami apa yang paling utama daripada beberapa perkara, dari sudut pelaksanaannya.
Kalau ada banyak benda nak dibuat, yang mana satu lebih aula?
Aulawiyat ini bukan ditentukan mengikut kehendak kita tapi mengikut kehendak syarak yang terbaik. Ada caranya untuk rungkaikan dilema prioriti ni dengan clear. Syeikh Yusuf Al Qardhawi dah formulate fiqh ni berdasarkan ilmu dari Al-Quran & hadith.
Seorang yang yang mengaku beriman, cara hidup dia tentulah kena berteraskan agama. Aku nak jadi beriman, jadi aku akan istiqamah crack cengkerang pemikiran yang mungkin ada untuk pasak ilmu islami bersama.
Semoga Tuhan redha.
Friday, November 13, 2015
JLo
Sekarang ni makin meriah scene long distance sport di Malaysia. Tiap weekend ada je event baik running, cycling swimming atau tri. People are spoilt for choices, sampai dilema nak decide join mana satu sebab tarikh multiple events clash. Banyak event-event baru naik jugak oleh organizer2 baru maybe sebab nampak market tinggi benda ni- konsumerisme. Aura menteri belia & sukan main peranan jugak dalam perubahan positif ni. Apapun, kapitalisme tetap menyerlah. Event2 seolah jadi medan profit making, yuran penyertaan meningkat berganda2 tapi pengalaman yg diperoleh runners belum tentu sama (dari segi entitlement runners & kualiti logistik event). Balerrr.
Aku bukan lama mana dalam persada rekreasi ni tapi dalam 5 tahun lepas masa aku mula terjebak pun, scene ni notably lebih simple & pool of participants lebih true. Yes, true dari segi attitude dan appreciation to the sport. Sekarang pool of participants dah caca marba, macam2 boleh jumpa dalam event yang samgat questionable apa yang mereka nak sebenarnya. Dengan glory hunters, dengan camwhores, dengan spesis yang oblivious pasal runners etiquette, dan spesis tak nak lari tapi nak medal.
Tapi semua ni lah yang feed the profits bagi organizer I guess. Mereka lah yang mengekalkan relevancy banyak2 event ni.
Yang bagusnya, rakyat Malaysia supposedly lebih sehat & cergas terlibat dalam aktiviti macam ni. Helokk sangat sebab Malaysia top kot dalam index obesiti SEA. Dan pasaran alatan sukan macam running pun makin luas dengan kemasukan top brands dengan outlet baru yang macam cendawan tumbuh lepas hujan.
Me? I opt to get back to basic seperti awal & fine with that. Tahun 2015 ni secara officialnye join baru 1 event which was Tokyo Marathon in Feb. Kalau sebelum ni ade mau 12-15 event register dalam setahun, kumpul medal la konon. Sekarang tak fokus benda2 tu dah, cuma enjoying lari waktu pagi & petang menikmati cuaca best je - personal time sendiri2 je. Kadang2 keluar test port lari lain2 (lajak masuk taman perumahan or ke apa2 kawasan yang ada jalan la) untuk kepelbagaian. Kembali seronok rasanya plain & simple, dalam masa yang sama brewing excitement untuk berada di starting line dalam event semula. Buat masa ni training kasi mantap sikit la dulu.
Tapiii
Baru minggu lepas, aku discover satu network laluan trail kat sekitar kawasan perkampungan tempat menyewa ni. Nice gila la profile trail dia..lokasi strategik lagi. Dan offer scene+ambience yang tranquil, I reckon I'm the only person yang tahu kewujudan trail ni & lari kat sini. Port ni kawasan lombong pasir, dan perkampungan orang asli. Trail ni membawa seseorang melalui denai laluan orang tempatan, lombong, kolam tadahan/mancing dengan ada tahi lembu peliharaan orang kampung situ sini.Tempat ni memang hidden, walaweiii huawei best wei wakakak. Setakat ni dah explore 8km dan nampak ada lagi prospek nak expand. Simple pleasure in life is to have meaningful things like these close to you. Tak payah lah aku pergi stadium atau taman atau putrajaya jauh2 lagi semata nak untuk spend lari..trail ni accessible dari belakang rumah aku je.
Trail ni aku namakan Jenderam Lombong Trail.ataupun JLo.
Friday, November 6, 2015
Suatu bebelan health conscious
Agak gempar jadinya masyarakat baru-baru ni dengan dua berita:
1) WHO isytiharkan produk daging proses sebagai karsinogen, daging merah dilabel sebagai 'mungkin karsinogen' (potential carcinogen).
2) Video viral pasal transformasi dialami seorang lelaki bila dia stop ambik gula & alkohol selama sebulan.
*karsinogen=agen penyebab kanser.
Well to be honest, bagi aku dua2 berita ni bukan benda breakthrough baru discover ke ape. It's kinda no-brainer actually, obvious kot. Komuniti saintifik & nutritionist dah lama sarankan idea pasal ni. Cuma sekarang ia baru 'officially reported' oleh badan terkemuka macam WHO kepada umum, lalu masyarakat awam pun baru bagi perhatian.
Definisi produk daging proses ni segala jenis produk daging yang dah ditambah itu ini & melalui pengubahsuaian dari daging mentah semulajadi. Semua la kalau kira: sausages, patty, nugget, meatballs, dll.
Dan WHO kelaskan produk daging proses sebagai karsinogen kelas pertama. Sama group dengan tembakau, radiasi & alkohol. Bukan runcit2 punya risiko tu..
Pengumuman ni menggemparkan semua, dan ada jugak yang meroyan. Mana taknya m, sebab produk daging proses ni dah deeply rooted dengan ekonomi & amalan pengeluar makanan. Industri makanan jual benda ni kat consumer dari duluuu lagi, dan sekarang pasaran diancam dakwaan2 solid sebegini. Sebab melibatkan keuntungan, pasal tu la ramai orang kalut melenting cuba spin kalau tak takdenye. Lebih kurang sama dengan isu rokok (dan kini Vape) yang walaupun dah diketahui fakta bahaya, tetap tak effectively diharam sebab menguntungkan pihak2 berkepentingan (dapat cukai dll). Jadi sekarang terpulang kat kita lah untuk tapis apa baik buruk, jaga diri sendiri.
Secara peribadi, sejak memilih lifestyle rekreasi aku dah particular mengenai apa yang masuk dalam badan ni. Lebih kerap masak sendiri berbanding makan luar, dan elakkan produk daging proses. Walaupun daging original ni agak leceh nak prepare (kena siang,basuh, nak masak kena potong2 atau celup tepung sendiri dulu etc.) tapi itu part of the choice la.
Tentang berita kedua pasal gula tu pulak, pun no brainer. Gula berlebihan memang dah kita sedia maklum tak elok untuk kesihatan. Tapi untuk lebih tepat lagi, gula tambahan atau dietary sugar ni adalah culprit sebenarnya. Ada gula original (glukosa, fruktosa, galaktosa & derivatives darinya)- ni gula baik je. Yang tak baik ada dalam produk makanan kat pasaran sekarang, dah banyak ditambah dengan gula/pemanis artificial yang bagi perasa buatan. Nama pun lain2 dah. Definitely kacau metabolisma gula & keseimbangan kimia dalam badan.
Efek gula berlebihan ni pada banyak level & semuanya tak elok. Tapi aku ingat dalam kuliah oleh Prof Dato' Dr Mohd Noor Embi, dia ceritakan pasal bahaya gula dari sudut molecular pathway. Beliau ni pioneer dalam research GSK (Glycogen Synthase Kinase); satu signalling molecule dalam cascade pathway yang apparently turut dipengaruhi level gula dalam darah- boleh membawa kepada macam2 masalah kesihatan downstream. So pada waktu kuliah ni la aku dapat new outlook pasal bahaya gula banyak2 ni.
Apapun, dah masuk 3 tahun rasanya aku kurangkan gula dalam pemakanan, sekali dengan usaha aku memperbaharui kualiti nutrisi aku dalam gaya hidup aktif. Dah 3+ tahun lebih juga aku tak minum air gas, banyak minum air kosong, dan kurangkan gula kalau oder teh tarik & minum kat kedai (cannot tinggal meh).
Kalau aku boleh berpesan satu benda, naka pasal kesihatanlah ia. Sama-sama la kita utamakan kesihatan, setakat jaga tu belum cukup strong. Ni pun satu aspek bertanggungjawab juga, paling basic & close. Tanpa badan & minda yang sihat, sukar nak meneroka kehidupan.
Semoga Tuhan mengizinkan.
Rule dia simple:
1) Makanan halalan toyyiban
2) aktif secara fizikal
3) rehat yang berkualiti
Wednesday, November 4, 2015
Momentos
Sooo,
baru-baru ni Earl bangkitkan pasal mengenang kembali moment2 special dengan cara SENARAIKANNYA. Yes buat proper simple list instead of pikir kosong sebab..why not? Earl senaraikan dalam 50 peristiwa special yang dapat dari pengalaman hidup. Well, bagi Earl hidup=travel sebab dia go nomadic dari 90s lagi. Apapun alright Earl, I'm all in with this moments thingy. So ni beberapa moment yang terpahat dalam otak aku, (tidak disusun mengikut apa2 kriteria)
1)
Awkward moment masa nak berpisah dengan Fah. Fah adalah kawan Thai pertama aku, kenal di Khao Yai sewaktu dia crewing untuk event TNF100 yang aku join - later lepas habis event kami kebetulan sama2 travel balik ke Bangkok & get to know each other more sepanjang 5 jam perjalanan. Di Bangkok dia teman jalan-jalan & story2. Akhirnya sampai masa nak separate bawa haluan masing2 with all the goodbye bla2, Fah depa tangan nak peluk, aku hulur tangan nak salam, dua2 merapat sambil adjust2 tangan ikut reaksi masing2, last2 sampai in the middle jadi position pelik gilbab. Just like in the movies. Sampai sekarang aku tepuk dahi bila mengenangkan wakaka. Apapun she's a nice Thai youth, truly embodies what people say about Thailand as the land with 1000 smiles.
2)
Creepy moment bila pengurus hostel di Jln Jaksa @Jakarta yang aku dah 'befriend' semasa stay disana approach & offer khidmat gadis peneman malam. Masa tu dah larut malam, aku solo travel, bilik pun ada aku sorang je, dan dia pulak sungguh2 recommend dengan tunjuk 'katalog' gadis2 yang boleh aku pilih dalam smartphone dia. Menurut dia ramai orang Malaysia yang datang melancong di sini, langgan perempuan. Pehh. For the sake of adventurousness aku layan je dia approach tu untuk korek lagi detail2. Nasib boleh escape tak terlajak terjebak mampus aku.
3)
Moment di Bali, bergaduh dengan driver teksi bila sampai di destinasi sebab dia cuba tipu tambang. Bali is very touristy, teksi bermeter adalah option popular untuk pengangkutan..tapi teksi ni tengah2 dalam perjalanan, dia offkan meter depan aku sambil2 borak. Agaknya bila borak tu & dia figure out aku 1st time datang, sorang pulak tu, dia ingat boleh kelepet. Silap la. Aku dah research distance perjalanan & tarif official per kilometer kot. Masa dalam teksi tu aku rileks je layan dia pancing berbual2 (macam tak salah ape2), tapi bila sampai aku kasi surprise. Dramatik jugak kami bertekak tepi jalan tu. Of course la aku menang. Aku bayar apa yang aku sanggup je. Rasainn.
4)
Ditahan polis di kota Surabaya sebab disyaki bawak ubat yang mencurigakan. Lepas kes nak kena tipu oleh teksi Bali, di Surabaya aku insaf & sewa motor bawak sendiri je nak kehulu kehilir. Tapi sesat pulak time ronda2 bandar Surabaya tu. Dalam pusing2 tu termasuk roadblock polis trafik, dia tahan & dah la passport takde dengan aku (sebab company rental pegang)..ada pulak pil2 & kapsul yang tak berlabel dalam poket. Semua tu sebenarnya salt pills & anti-imflammatory pills yang aku pack untuk marathon. Tapi yelah, memang jadi bahan la. Lama jugak kena hold kat situ, siap nak cas denda pulak. Tapi aku buat2 tak paham bahasa (lol) & akhirnya diorang give up nak pau duit aku & bebaskan aku. Tapi lepas tu aku lalu roadblock sama sekali lagi sebab masih sesat. Sighhh.
5)
Moment merempat di Jakarta lepas semayang Jumaat di Masjid Istiqlal. Duit aku kena copet ke tercicir agaknya sebab tetiba takde lepas bersesak2 keluar masjid. Tapi masa tu aku lapar gile dah jauh berjalan pagi tu. Diperkarangan masjid ada pasar tempatan jual2 barang ibadah & makanan, aku beli bubur ayam (IDR10,000=~RM2) je untuk lunch sebab jimat nak leverage kerugian duit hilang. Tapi lapar still. Waktu aku duduk rilek kat pokok sekitar pasar tu lepas makan, ada random family Jakarta yang duduk sebelah offer aku makanan yang diorang picnic kat situ. Antara juadah terenak aku pernah makan dengan penuh perasaan terharu betul. Aku anggap ni mungkin balasan Tuhan sebab masa makan bubur tadi aku kongsi dengan kucing liar yang datang. Betullah kata Allah dalam surah surah Al-Talaq ayat 2&3. Antara falsafah yang aku pegang setiap kali bermusafir.
6)
Masa merayau2 sorang di Ameyoko Street yang bersimpang siur tu, entah macam mana tersesat lagi masuk satu lorong belakang yang dipenuhi deretan kelab stripper. Di depan setiap kelab tu ada penjaga yang macam secret agent aku tengok, pakai full suit, dengan earpiece, dan spek hitam. Bila aku lalu semua approach nak tarik masuk langgan pakej2 yang ada. Aku buat2 tak paham bahasa (memang aku takreti cakap Jepun) tapi mereka ni tak putus asa. Diorang guna bahasa isyarat & body language 18sx untuk bagitau aku apa yang ada kahkahkah. Kelakar woi aku tengok. Tapi seram pulak lepas tu. Apepun aku dapat escape. Lepas tu baru aku dapat tau yang lorong tu adalah antara kawasan red light district yang masih dijaga oleh Japanese underworld=Yakuza. Pehh.
7) This one time ketika aku & rakan2 desa Jambi, Sumatra Barat. Dari homestay kami jalan kaki ke arah bunyi azan maghrib yang kedengaran, cari2 dan eventually sampai kat satu madrasah dicelah2 setinggan. Kehadiran kami (sekumpulan outsider) disambut rather strange dengan soalan2 (dari seorang lelaki diperkarangan madrasah) bila habis je solat, lelaki tadi & beberapa rakannya tampil kehadapan para jemaah & macam bagi ucapan. Sementara tu beberapa rakan dia berkawal di semua pintu masuk madrasah. Then baru aku perasan yang semua mereka ni berpakaian semacam uniform- baju kurta & vest hitam, seluar celoreng tentera. Aku & jemaah lain duduk diam je kena hold dalam tu. Aku & rakan2 terperangkap dalam some sort of pengkaderan suatu organisasi paramiliter dakwah Islamiyah Indonesia yg tour kampung2..dayyum. Aku tak paham apa sangat sebab diorang guna bahasa jawa local. Nasib baik last2 kami boleh balik dengan selamat. But nevertheless the suspense & anxiousness..
Baru 7 moment ni tapi cukupla buat masa ni. Ada lagi lain2 kemudian. Sementara menunggu adventure seterusnya, moment2 lah yang kita kena cherish.
Sunday, November 1, 2015
Sakit beranak
Kat pesbuk macam2 content boleh jumpa dipost oleh macam2 portal. Diruangan komen pulak satu benda yang entirely lain cerita.
Semalam aku perasan satu story kat facebook tentang isu baby baru lahir yang dijumpai dalam mesin basuh tu. Dari apa yang aku sempat faham, baby tu diletak situ oleh ibunya yang dari rumah sebelah je, yang jumpa & report baby tu kaum keluarga dia jugak. Motif perbuatan tu masih disiasat. It's complicated I guess.
Tapi spekulasi di ruangan komen memang tak nak kalah. Tapi dalam banyak2 komen yang menarik perhatian aku ada satu yang mendakwa baby ni mungkin anak tak sah taraf hence kejadian ni jadi & bagaimana si ibu nya 'ditarik nikmat jadi ibu awal2 oleh Tuhan' , 'tak diberi rasa kesakitan ibu bersalin yang hapus dosa' dan 'pasal tu lah senang lepas bersalin boleh jalan pergi letak baby dalam mesin basuh'. Dikaitkan sekali dengan kes2 accidental mom yang buang baby dalam desperation.
Komen tu ditempelak oleh seorang netizen belia yang terangan mengakui dia juga pernah melahirkan anak tak sah taraf. 'Biar betul awak bercakap ni, saya pernah lahirkan anak tak sah taraf sakit je' kata dia. Lepas tu mula lah para wanita fire balik kata beraninya buka aib sendiri, insaflah, tak perlu nafi fakta, macam2 lagi lah. Pesen holier than thou all the way bagi pendapat aku. Si pengaku tadi dia mempertahankan pendedahan kisah silam dia & menegaskan kini membesarkan anak dia sebagai ibu tunggal bertanggungjawab yang takkan digugat kata2 negatif. You go gurl!
Apapun, pasal isu sakit tak sakit bersalin baby sah atau tak sah ni buat aku terfikir. Dah banyak kita dengar pasal betapa hardcorenya proses bersalin ni. Ibarat nyawa ibu dihujung tanduk, boleh meninggal ibu kalau komplikasi, macam sejumlah tulang patah serentak la..dll. Sedangkan si ibu dah under anestetik pun kita tengok struggle lagi. Takkan lah boleh jadi tak sakit untuk sesetengah keadaan kan?
Sebenarnya aku rasa ada penjelasan saintifik untuk fenomena ni. Koordinasi & gerakbalas kita bersifat protektif kepada badan kita, jadi apa2 faktor atau keadaan yang berubah ketahap ekstrim badan akan apply buffer & corrective measure. Macam bila kita mengalami kesakitan yang kuat, hormon adrenalin antaranya dirembes dalam kuantiti banyak untuk mask kesakitan tu supaya kita mampu bertahan sementara melaluinya. Ini adalah mekanisma klasik badan handle situasi emergency. Dalam situasi bersalin, adrenalin jugak meningkatkan metabolisma untuk memenuhi keperluan tenaga bagi contraction. Tapi dalam kes accidental mom yang bersalin secara tak terjangka ni, perasaan cemas & cuak dia mungkin boleh jadi faktor tambahan yang further mask the pain. Psikologi dia tertumpu kearah perkara next. Jadi mungkin tu menjelaskan kenapa lepas terberanak dia kuat lagi boleh pergi tinggal baby kat depan masjid misalnya & seolah masih steady lepastu bagi seorang yang baby baru lepas keluar daripada dia. Nauzubillah kepada buang baby.
Ni teori je. Again, apa sangat yang aku tahu.
Aku takde ovaries takde uterus.