Antara perkara dalam 'pakej peranan2 seorang matang-dewasa' ni, ialah untuk menyertai hiruk pikuk partisan. Ya, kena bersikap partisan- sebagai unit masyarakat yang berfungsi (functional unit in society) seorang dewasa kena ada stand dalam isu-isu yang berkaitan. "Tak boleh ke sikap berkecuali, atas pagar je?" Mana boleh lagu tuuu..time muda2 hingusan boleh la kira cincai lagi. Sekarang ada suara, kuasa undi, ada pengaruh. Sikap berkecuali dihadapan kezaliman, lebih teruk dari zalim sebab membiarkannya walaupun sedar.
Ada banyak isu dan setiap satu tu pulak ada pelbagai macam pendirian/stand. Setiap front yang mewakili pendirian tu pulak boleh tahan meyakinkan masing-masing pada zahirnya..dengan berbagai instrumen2 fana dan permainan sentimen etc. Macam mana nak tahu yang mana betul salah? Kena study la.
Kenal mana jauhari mana manikam..intan dan kaca.
Tapi semua stand ni senang2 je boleh overwhelm kau sebab semuanya macam betul..kejap2 berubah. Penat kalau layan memikirkannya takkan habis la..
Jadi just fikir masak2 satu kali. Dan pick your side, then stick firmly with it. Kau perlu pilih nak masuk side mana, jadi partisan..setia dan istiqamah. Lagi-lagi kalau kau jenis idealis revolusioner nak mencetak perubahan, perlukan party kau lebih dari depa perlu kau. Kekuatan datang dalam jemaah.
So stop flip flopping, terawang dalam kekeliruan pendapat dan kekecewaan dengan macam mana hal pada zahirnya.
Jadi partisan, pilih side anda dan jalan terus!
Sehingga waktu anda evolusi.
No comments:
Post a Comment