Lama tak blogging, so..
Alejandro gonzales inurritu adalah hero layar perak aku dari kerusi pengarah. Baru berpeluang menonton karya dia..memang subtle. Alejandro akan masuk dalam list persona pujaan, bersama-sama Syed Naquib Al Attas, Samuel Adoquei, Van Gogh, Anton Krupicka, just to mention a few.
Kenapa orang putih macam makan sikit sangat portion dia? Fine dining tu memang dah..mungkin dia mengenai pengalaman tu & menikmati flavour menyeluruh. Kenyang ke? Leptin & ghrelin tak macam orang lain ke. Entohle.
Aku selalu terpegun dengan apa yang aku cakap dalam mimpi. Bukan mengigau, aku tidur normal je nampak di luaran. Tapi dalam mimpi aku tu aku bercakap macam-macam dengan pelbagai orang. aku tak control apa butiran yang dicakapkan, tapi aku aware- jadi pendengar. Kadang-kadang random betul apa yang 'dream me' cakapkan..sampai bila 'listener me' dengar terus terjaga sambil geleng2. Mana datang idea tu semua?
No comments:
Post a Comment