Saturday, December 12, 2015

Walimah wallah walaweii

Aku ingat lagi dalam satu khutbah jumaat ni khatib cerita pasal kewajiban2 seorang muslim terhadap muslim lainnya. Salah satunya adalah kewajiban memenuhi jemputan. Apa-apa jemputan majlis pun selagi kita mampu & ia tak bercanggah dengan syarak, kena all out cuba hadir. Kewajiban tu.

Jadi kiranya mengikut fiqh aulawiyyat, pegi kenduri kahwin ni sesuatu yang aula' lah. Patut didulukan dalam list prioriti.

Tapi honestly aku tak camtu. Jemputan2 kenduri punya weightage macam lemah sangat, kalau rasa renyah & struggle nak adjust pegi terus je ditch dari schedule. Memang selalu tak dapat pergi dari pergi.

Walaupun tak dapat datang kenduri tak bermakna aku tak gembira bagi pihak pengantin2, cuma position aku sekarang...inauspicious untuk dapat pegi. Kehadiran secara fizikal tak mengizinkan.

Tapi secara mental aku meraikan sama. Sebagai tanda ingatan aku try kirim hadiah + call & wish pengantin instead.

Ada jugak sikit bimbang pengantin kecik hati. Tapi tak kot sebab rasanya aku bukan kategori 'that close' dengan mana-mana kawan sampai presence/absence aku affect majlis diorang. Jemputan2 ni pun lebih kepada act of common courtesy kot. Motipp pengantin nak ada masa kecik2 hati pasal tetamu datang x datang, dia mesti la tengah happy gila dah kawin. Gigih pulak nak check satu2 muka datang koanz.

Tapi baru-baru ni sorang kawan macam kecik hati la rasanya sebab aku tak datang kenduri dia. Kawan aku yang pengantin baru ni perempuan. Aku tak rasa ade close attachment apa dlm friendship kami, tapi mungkin dia expect sangat aku hadir kot sebab aku penceria yang selalu buat dia terhibur ketawa manjang. Jenis mudah terhibur kot.

Masa aku call untuk congratulate the day after tu dengar macam ada bau perli2 sikit. Aku mintak maaf sambil berhehe pun dia punya sindir tu tetap tajam. Dia ada pesan "Jadi lelaki jangan belajar je pandai, hidup kena pandai jugak..baru la perempuan suka haha." Ouch. I guess bila dah kahwin u acquired all the credentials to give life lessons.

Tergores hati mula2 dengan ayat dia kata kat aku tu. Ayat tu kedengaran degrading, ego aku terjentik & i'm almost offended. Menggambarkan seolah aku tak pandai hidup, pasal tu aku belum kawin. Tapi aku tak jadi ambik hati sebab dia baru kahwin kan, taknak la rosakkan keadaan happy2 so maafkan saja & horey2. Lagipun aku yakin dengan kualiti diri sendiri. Kalau nak outline, ade banyak jugak trait2, skill, depth & breadth kat aku yang buatkan aku dalam kategori tersendiri. Plus, aku happy.

Apepun selama ni pun aku memang ada suatu perasaan respect & kagum sangat kat orang yang kahwin ni. Aku memandang perkahwinan ni satu epitome kejayaan sebagai manusia.
Sebab selain dari orang tu dah capai kematangan, kompeten, bertanggungjawab bla3 tu..

...dia berjaya dicintai sepenuh hati oleh seorang insan lain. Seseorang dah menjumpai ada separuh bahagian jiwanya dalam diri dia, lalu menerima untuk tua bersama. Bagi aku itulah tanda kau ni betul seorang insan, kebolehan untuk dicintai..suatu 'connection' istimewa antara jiwa.

Kalau seseorang tu tak boleh dicintai insan lain, itu jadi sumpahan terbesar dalam kewujudan dia. Macam dia ni tak berhati perasaan. Macam sesuatu produk yang rosak, broken. Seolah bukan manusia..oh dahsyatnya..

Tapi bukankah Vincent Van Gogh pun ditakdir bernasib sebegitu, dan ianya tak sedikitpun mengurangkan nilai kemanusiaan beliau? "For they could not love you, but still your love was true."

Bezita pun boleh dicintai Bulma.

Apapun ayat perli member tadi lekat dalam kepala...

"But I could have told you Vincent, the world was never meant for one as beautiful as you.."


2 comments:

...sarah n... said...

Maybe dia nak kenalkan kawan dia sorang kot masa kenduri tu. tu yg dia kecik hati plan x jalan.

keme said...

Heyyy! You're here!

Disclaimer

All content provided on this blog is for leisure & informational purposes only. The owner of this blog makes no representations to any party he may be a part of, or guarentee the accuracy or completeness of any information on this site or found by following any link on this site. The owner will not be liable for any errors or omissions in this information nor for the availability of this information. The owner will not be liable for any losses, injuries, or damages from the display or use of this information. Contents are generally individual reflections of thought & stories of the blog.
Thanks for stopping by! you are alright.