Bulan lepas, aku pergi konsert M. Nasir kat Stadium Melawati. Aku pergi sorang je sebab apparently circle of friends aku semua tak begitu minat M. Nasir. Dan dekat venue concert pun majoriti aku tengok orang2 yang 'dah besar'. Ok lah, musik ni personal preference kan. Pergi ramai-ramai pun bila enjoy muzik hal ehwal individu jugak.
Aku nak kata fanatik gila2 kat M.Nasir ni, tak berapa jugak. Banyak jugak rasanya lagu yang aku tak hafal. Memang overall aku appreciate karya Luncai Emas, karya Kembara, Pitahati bagi aku dia dalam league berbeza, lagu rakyat & lirik makrifat. Tapi ada beberapa karya M.Nasir yang betul-betul mempesonakan aku. Mabuk hakiki jadinya bila aku hayati karya-karya tersebut.
Sekarang aku kembali berhantu mendengar lagu Hijab Kekasih dari album Pheonix Bangkit (2002). Lagu ni salah satu lagu yang ada lirik makrifat. Ada beberapa tafsiran tentang lagu ni.
Antara reference popular adalah dengan satu kisah dizaman Rasulullah tentang pemuda bernama Saad As-sulami (dipanggil Julabib). Julabib digambarkan sebagai seorang Ansar yang baik namun berperawakan wajah & fizikal kurang menarik yang membuat pinangannya sering ditolak. Julabib bertemu Rasulullah untuk mengadu nasib & nasihat, kemudian Baginda memintanya pergi bertemu seorang sahabat bersama pinangan untuk anak gadisnya. Sahabat itu pada awalnya enggan melayan kedatangan Julabib kerana menyangkanya berbohong dihantar Rasulullah, lagi2 anak gadisnya paling cantik & bijak dalam kalangan masyarakat setempat. Kemudian selepas mengetahui perkara sebenar, anak gadisnya sudi menerima Julabib lalu mereka dinikahkan. Namun sebelum Julabib sempat bertemu isterinya, ada panggilan syiar ke medan perang dan Julabib orang yang pertama menyahut panggilan itu. Isterinya memberikan sehelai hijab buat ingatan & melepas kerinduan. "Kau kekasih antara lamunan..." Julabib telah syahid dalam perang tersebut.
Tearsss (T^T)
Pendapat kedua pula mentafsirkan lirik lagu ni ni menceritakan kisah diri kita hamba kepada Allah swt yg maha pencipta. Hijab itu figurative. Nama2 itu hijab..kata2 itu hijab..gambaran dunia ini hijab..dunia yg fana ini hijab antara kita hamba kepada Pencipta. Zat Allah yg tidak nyata di dunia hanya sifat-Nya saja...itu pun jika sudah mengenal apa itu sifat Dia. "Haram kelamin untuk kita bercerai" bait lirik ini berkisar tentang antara kita hamba dgn Dia maha pencipta .. bukan tertakluk pada jantina yg boleh di ceraikan .. kerana antara qadim dan muhadas itu bersama tapi tidak bersatu .. di mana ada sifat di situ ada zat nya .. tidak bercerai .. umpama buih laut dgn air laut .. penulis lirik mencari wajah yg di damba kan .. tapi tak jumpa di dunia nyata..bermaksud Allah yg maha pencipta .. cinta nya mendamba kan utk melihat wajah Allah swt .. apakah wajah allah itu .. wajah allah itu adalah sifat dan zat iaitu qodim sedari azali .. hati itu pintu nya ..
Bukan senang utk kita membuka hijab antara kita dengan Allah swt... hijab seperti langsir atau tembok kita boleh selak atau pecahkan...tapi bagaimana dengan hijab di hati?...hijab di hati kalau nak dipecahkan haruslah membersihkan hati....bagaimana hendak membersihkan hati?...haruslah dengan ingat Allah apabila celik mata hinggalah tertutup mata...baca al quran selalu...tapi bukan sekadar baca...kita baca,faham dan amalkan dalam kehidupan seharian kita...tapi kalau kita membaca sesuatu yg kita tidak faham bagaimana kita nak faham?...bila kita membaca sesuatu yg kits tak faham bagaimana kita nak amalkan?...buka lah hati kita seluas-luasnya...baru lah hijab di hati kita akan hancur satu persatu...
Tearsss jugak (T^T)
Lirik makrifat, disulam paduan indah irama akordion, seruling & rebana.Ya Tuhan..teresak-esak menghayati karya ni.
Semoga aku dipermudah menyingkap hijab dunia. Perkara lain didunia ini terkemudian pentingnya.
No comments:
Post a Comment