Perasan tak iklan2 yang ada dekat website yang kita bukak, kadang-kadang dia hias dekat tepi-tepi page tu, kadang-kadang dekat top,tengah atau bottom sesuatu post kalau dalam sesuatu entry blog/penulisan. Dia ada yang serupa macam banner, imej & teks bergerak-gerak. Ada juga yang sekadar recommendation page/suggested post kalau dekat laman sosial.
Setiap orang tak nampak iklan-iklan yang sama ye. Setiap orang akan dapat pengalaman melayari internet beriklan yang lain-lain. Sebab website2/page yang tunjuk iklan ni sebenarnya seolah-olah 'papan' je, ruangan yang muncul iklan tu adalah 'dynamic ads'. Dia akan diisi oleh iklan yang tertentu.
Macam mana iklan ni ditentukan? Ha dengar ni abang nak terangkan.
ruang 'Dynamic ads' pada semua page ni akan diisi dengan iklan yang khusus ditarget/sasarkan pada individu yang melayari internet ni. Macam mana dia buat macam tu? Jawapan: dia akan gunakan browsing behavior yang dah disimpan hasil dari penggunaan/pencarian dalam internet yang dah dibuat selama ni. Internet ni pandai, dia tak akan pukul rata je. Sebab dalam dunia pemasaran internet ni, dia nak sampaikan promosi yang khusus kepada pelanggan yang berpotensi lah.
Jadi, bergantung kepada tabiat penggunaan internet anda, anda akan diberikan iklan-iklan yang mempunyai kaitan dengan kecenderungan anda (seperti yang telah ditafsirkan oleh sistem cerdas internet ni). dan abang nak bagitahu yang penilaian internet ni 99.99% tepat lah.
jadi gadis-gadis malaya selalunya akan nampak lah iklan pasal online shopping, novel-novel, perkara-perkara korea, dan destinasi berjalan-jalan. Tu antara contohlah. Abang nampak iklan-iklan acara larian, pasal sains & teknologi dan perkara-perkara lain.
Abang tulis entry ni sebab facepalm. Nak pitam bila tengok dekat facebook ada rakan abang ni menulis status komentarnya tentang betapa internet dan laman sosial (seperti yang dilihatnya) terlalu terbuka, sebab katanya tunjuk iklan-iklan tidak bermoral, gadis-gadis seksi dan imej-imej yang NSFW semuanya. Katanya ini salah badan autoriti seperti SKMM kerana tidak senstitif dengan gejala iklan ni untuk rakyat Malaysia, dan macam-macam lagi lah yang dikarangnya dalam post panjang yang kelihatan kemas dan berstruktur penulisannya.Kawan abang tu juga menyeru para pengguna internet agar tidak terpengaruh dengan iklan kemaksiatan ini.
Abang tak tahulah. tapi kita akan disajikan iklan berdasarkan tabiat kita melayari internet. Jadi apa maknanya tu ya? Macam abang cakap tadilah.
Untuk orang yang tidak tahu, bila dia berdegar-degar mencari sesuatu untuk dibangkitkan, senang untuk dia mengkantoikan diri sendiri. Abang hanya mampu baca sambil menggeleng2kan kepala lalu menaip post ini sajalah. Kerana malas mahu merosakkan post dia serta perbincangan rancak dia dan penyokong2nya. Kawan abang tu berpewatakan suci dan warak orangnya. Selalu share hadis & dalil dan kata mutiara dari macam-macam sumber serta tak lupa kalimat2 cinta dari page2 kahwin muda.
Ha pasal ringan sangat jari nak meng'share' di laman sosial tu pun satu benda juga tu. Abang pun tak tahulah nak kata macam mana bab ni, main shareee suka hati je abang tengok ramai2 sekarang. Pasal tu nanti-nanti lah kalau rajin abang ulas.
p/s: Sebab dah tua ni, penulisan bahasa melayu akan guna kata ganti diri 'abang'. Ok.
Gojira pun facepalm. |
No comments:
Post a Comment