Monday, May 26, 2014

DNA Babi & Chocolate

Sehari dua ni Malaysia dikejutkan dengan skandal coklat yang mengandungi DNA babi.
Mula-mula Cadbury, dan kemudian beberapa jenama lain juga dah mula dikaitkan dengan kes ni.

Sebagai negara yang majoritinya beragama Islam, perkara ini memang menyentuh sensitiviti, yang membuatkan para pengguna merasa bimbang tentang kebolehpercayaan label dan dakwaan pengeluar ke atas makanan mereka. Iyalah, sebelum ni Cadbury dah keluarkan kenyataan yang produk mereka halal.

Tapi apa yang aku nak tahu adalah, macam mana kaedah yang dah digunapakai dalam penemuan kandungan ni dalam coklat. Dalam akhbar-akhbar dan sumber online yang melaporkan berita ni, aku dapati ianya adalah 'penemuan DNA babi (porcine) di dalam coklat'. Semua sumber quote perkara yang sama. Takde maklumat  lanjut tentang kandungan apakah dalam coklat tu yang membawa trace DNA babi ni, mahupun maklumat tentang makmal manakah yang telah menjalankan pemeriksaan ni.

Aku bukanlah penggemar coklat sangat. Aku terima berita ni dengan beberapa persoalan & curiosity:
  1. Macam mana trace DNA boleh ada dalam makanan yang dah diproses secara intensif seperti coklat?
  2. Apakah sebenarnya kandungan dalam coklat yang mengandungi DNA babi tu?
  3. Aku rasa yang mungkin kat sini adalah gelatin.
  4. Tapi macam mana DNA boleh ada dalam gelatin? Gelatin terhasil daripada hidrolisis kolagen, tak sepatutnya ada DNA. Semuanya protein tu.
  5. Kalau pengesanan berdasarkan motif peptida/protein, proses2 yang dilalui dalam pembuatan coklat dah menyahasli (denature) struktur protein.
Ini adalah persoalan pokok yang aku sangat ingin tahu. Aku ada juga baca jurnal-jurnal saintifik untuk membantu aku memahami kedudukan semua perkara ini. Tapi maklumat yang lebih jelas daripada pihak berkuasa yang tampil dengan dakwaan ini amatlah diperlukan.

Post ni akan diupdate/ post lain akan menyusul selepas persoalan2 ni dah diketahui.

No comments:

Disclaimer

All content provided on this blog is for leisure & informational purposes only. The owner of this blog makes no representations to any party he may be a part of, or guarentee the accuracy or completeness of any information on this site or found by following any link on this site. The owner will not be liable for any errors or omissions in this information nor for the availability of this information. The owner will not be liable for any losses, injuries, or damages from the display or use of this information. Contents are generally individual reflections of thought & stories of the blog.
Thanks for stopping by! you are alright.