feels at home
Kalau ditanya kawan2 yang dah mengenali aku sebelum tahun 2019 apa satu aktiviti untuk describe aku ni, barangkali 'gunung/berlari' tu antara jawapan ramai. Sebab pada waktu tu banyak masa diluang kepada dunia outdoor ni, sehingga bukan sekadar hobi tapi seolah jadi identiti. Lingkungan kawan dapat dari aktiviti outdoor ni pun ramai.
Jadi mana taknya every now and then,aku teringat dunia outdoor yang telah begitu lama ditinggalkan sejak pasca Covid ni. Terkenang macam-macam memori.
Termasuklah cerita ini.
Sewaktu kenduri kahwin aku (belah keluarga isteri), seperti kebiasaannya undangan adalah mendahulukan belah tuan majlis. Jadi tak semua kawan-kawan aku dijemput waktu ini, termasuklah dari lingkungan outdoor.
Sewaktu kenduri ketika sesi jemputan dipelawa bergambar bersama pengantin diatas pelamin, tibalah giliran Win & Nab yang aku tak kenal time ni. Pasangan muda ni kawan rapat isteri. Macam biasa - adalah bertukar ucapan ringkas tahniah & terima kasih. Tiba-tiba Win tanya "So ada buat outdoor ke?"
Disebabkan aku tak kenal Win ni, aku hairan macam mana dia boleh tanya macam tu. Adakah kami pernah on trek sama-sama dalam mana-mana trip gunung? Atau kami pernah berjiran campsite sebelum ni? Ke dalam group whatsapp outdoor/friends di socmed? Adakah sebab dia perasan jam Garmin Fenix yang aku sedang pakai? Atau isteri aku yang ceritakan?
Walau apa pun, sukalah hati ini berjumpa kawan sekepala sama minat.Lalu aku sambut pertanyaan Win dengan teruja. "Ada, plan2 jugak, tapi sekarang musim monsoon so taman negara/hutan simpan masih tutup lagi. Banyak pergi bukit-bukit yang boleh daytrip je sekarang, nak masuk hutan lama-lama pergi gunung jauh-jauh tak sempat masa. Ada trip ke?" reply aku.
Win tak sempat menjawab kerana ada tetamu lain dah naik nak bergambar bersama pengantin. Iyalah, nak borak berdiri lama-lama atas pentas ni tak sesuai. Bila aku pandang muka Win masa aku jawap tadi nampak dia seolah terpinga-pinga & blur- mungkin lepasni akan cari dia sambung borak.
Akhirnya majlis selesai, isteri pesan jangan tukar persalinan sebab akan ada sesi bergambar lepas ni- "pergi buat outdoor" katanya.
Ya Tuhann. Baru aku sedar yang Win sebenarnya tanya pasal photoshoot outdoor tadi. Patutlah aku boleh nampak raut muka dia berubah melalui fasa-fasa kehairanan sambil memproses reply aneh yang takda kaitan dengan apa yang dia tanya. Apalah yang dia fikir. Astaga.
Fast forward, sekarang Win & Nab jadi kawan rapat kami dan sering bertandang ke rumah. Anak kami pun berkawan. Tapi sampai sekarang aku tak bangkitkan lagi kisah outdoor ni. Mungkin dia lupa; atau dia tak nak aibkan aku hahah. Buat hal lahh.
The world I am from might not exist anymore but this blog helps me remember
Saturday, September 14, 2024
outdoor
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Disclaimer
All content provided on this blog is for leisure & informational purposes only. The owner of this blog makes no representations to any party he may be a part of, or guarentee the accuracy or completeness of any information on this site or found by following any link on this site. The owner will not be liable for any errors or omissions in this information nor for the availability of this information. The owner will not be liable for any losses, injuries, or damages from the display or use of this information. Contents are generally individual reflections of thought & stories of the blog.
Thanks for stopping by! you are alright.
No comments:
Post a Comment