Ramadan baru ni terasa tawar. Setiap hari macam repeat cycle. Bangkit sahur cukup syarat, skip2 mealtime siang, bila azan maghrib makan balik apa ade, kadang2 terawih. Sebab takde feel jugak tak jejak langsung bazar ramadan cari makan special ke apa, tak semangat terawih, tak semangat nak pulun ibadat. Awalnya aku suspek rasa monotonous ni sebab buat semuanya sorang. Sebab experience berpuasa dah masuk banyak tahun sama (bujang, diperantauan, sibuk etc).
Sehinggalah 15 ramadan, aku naik broga moreh dengan kawan-kawan. aku bersidai atas puncak batu dalam hening kelam dingin, merenung langit cerah bulan mengambang sambil cuba rungkai fenomena ramadan aku tak best ni. Then the thought struck me macam gedebush percikan air terjun bila terjuk tiruk (not my best analogy).
Aku patutnya takleh tunggu ada feel baru nak buat aktiviti2 ramadan. Tapi aku kena redah je buat dulu semua benda2, feeling tu akan hadir kemudian. Pegi je iftor masjid, paksa je diri terawih jemaah, terjun je join tadarus, seret je diri pegi makan berjenis sikit dengan kawan2. Sedekah hit & run style jangan pikir lama sangat. Lalu bila dibuat, ramadan aku terasa meriah..magic sekali. 2nd half yang lebih berkualiti.
So..adakah semua benda pun patut kita commit je diri dulu baru perasaan akan fill in menyusul masuk kemudian?
No comments:
Post a Comment