aku ada colleague & rakan yang sekolah mckk. Siapa tak kenal mckk? Kolej melayu kuala kangsar yang bersejarah & high profile. Ada pride & tradisi tersendiri, macam lain-lain pride & tradisi sekolah berasrama penuh & mrsm yang wujud.
hari tu aku terdengar dua kawan sesama alumnus mckk (Old Boys) bersembang. Pasal 'balik'
"Kau balik tak weekend ni?" tanya sorang. "Balik kejap je kot. Minggu satu lagi baru aku balik".
Hairan aku sebab dua2 ni bukan sekampung. Rupanya sembang pasal nak ziarah sekolah lama..istilah 'balik' ni semulajadi akan diguna old boys bila cakap pasal nak datang balik sekolah. Nampak kat situ sense of belonging kuat.
Sebab pada aku istilah balik ni kita guna untuk rumah. Balik rumah. Rumah- satu tempat dimana kita berasal & sentiasa dialukan.
Jadi notable sebab aku pernah ada kejadian pasal ni yang aku takkan lupa- masa zaman sekolah mrsm. Aku jenis time cuti pendek ke panjang ke memang aktif dengan aktiviti luar mrsm. Kalau takde aktiviti pun aku selalu tak balik rumah, berhuhahuha je kat maktab dengan kekawan yang sama jadi penunggu. Sampai satu tahap tu aku tak sedar, bila dalam telefon aku bagitau dgn parents aku "tak datang rumah cuti ni sebab ada program" dan "nanti abang datang rumah cuti hujung bulan" etc etc. Benda-benda camtu.
Parents aku perati je dia tak bagitau terus. Aku pun tak perasan dok guna ayat 'datang' untuk rumah. Eventually diorang tegur dan terasa hati lah. Aku pun insaf la kahhh
The world I am from might not exist anymore but this blog helps me remember
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Disclaimer
All content provided on this blog is for leisure & informational purposes only. The owner of this blog makes no representations to any party he may be a part of, or guarentee the accuracy or completeness of any information on this site or found by following any link on this site. The owner will not be liable for any errors or omissions in this information nor for the availability of this information. The owner will not be liable for any losses, injuries, or damages from the display or use of this information. Contents are generally individual reflections of thought & stories of the blog.
Thanks for stopping by! you are alright.
2 comments:
Suka genre post gini. Kipidap 👍👍
tq reader. kalau kita bertuah,boleh nampak la lebih banyak yang macam ni lagi. Blog ni banyak genre semua caca marba kahhh
Post a Comment