Wednesday, September 21, 2016

lain tunjuk lain nampak

baru-baru ni Apple umumkan yang mereka develop satu teknologi yang guna beam infra red untuk buat cubaan merakam video tak berhasil. Pancaram infra red ni tak visible pada pandangan mata kasar, tapi sensor elektronik dalam kamera yang merakam gambar berdekatan akan terkesan.Plannya, mereka nak guna teknologi ni letak depan stage time concert atau pementasan untuk counter trend pengunjung yang terlampau taksub dengan phone, time persembahan berlangsung pun semua tala phone merakam beramai2 tanpa live in the moment. So benda ni menggagalkan rakaman/ambik gambar menghala ke stage je.
Seniman & pemuzik tak suka trend masakini yang nak merakam jee. Selain dari kepentingan komersial & eksklusiviti, piracy etc... ia membuatkan masyarakat terlepas menghargai sesuatu iaitu :bakat yang ekspresi seni.

Benedict Cumberbatch ketika pementasan teater Hamlet tak lama dulu, terpaksa break character ditengah-tengah membawa watak dan menegur penonton yang merakam persembahan guna phone dalam auditorium tu. Dia tak boleh menyampaikan watak dalam naskhah berat karya William Shakespeare tu dengan fokus kerana terganggu dengan cahaya merah kamera & nyalaan skrin phone dalam kalangan audiens.

Pendek kata, karyawan terasa kesal & kecewa bila mereka cuba tonjolkan kualiti serta bakat seni yang begitu bermakna bagi mereka, tapi crowd miss melihat benda yang sama, terlepas menghargainya. Sebaliknya mereka fokus kepada perkara lain, yang bukan mereka bersungguh-sungguh sampaikan.


Memang palat rasanya, bila kita menerima perhatian sekeliling bukan kerana sebab yang kita inginkan. Rasa keliru, kesal, tak bahagia, Lain yang kita cuba kongsikan, lain yang diulas & dilihat oleh pihak lain. Tambah-tambah lagi perkara yang lebih diperhatikan tu bersifat superficial, pada permukaan saja..berbanding content berkualiti yang kita dengan jujur  zahirkan.

y

No comments:

Disclaimer

All content provided on this blog is for leisure & informational purposes only. The owner of this blog makes no representations to any party he may be a part of, or guarentee the accuracy or completeness of any information on this site or found by following any link on this site. The owner will not be liable for any errors or omissions in this information nor for the availability of this information. The owner will not be liable for any losses, injuries, or damages from the display or use of this information. Contents are generally individual reflections of thought & stories of the blog.
Thanks for stopping by! you are alright.