Thursday, June 16, 2016

Speedmart

Di kg.jenderam ni segala perusahaan yg ada semua dari anak tempatan. Kedai runcit Man Kodai, Warung Aman Shah, Bengkel Firosima..
Tapi semalam dah Speedmart99 rasmi start beroperasi. Kedai so-called ada 'nama' yang pertama bukak kat kg ni...rasanya susulan pembangunan giat 2 3 taman perumahan baru dlm tahun kebelakangan ni.

Aku tahu pasal Speedmart nak bukak ni  6 bulan yg lepas lagi, aku ingat time satu khutbah jumaat ni, khatib ada alert jemaah pasal minuman beralkohol yg turut di'carry' oleh semua kedai Speedmart, termasuk yg ura-ura nak bukak ni. Masyarakat kampung tak selesa ada benda seumpama tu dijual di bumi Jenderam, sebab penduduk sini semua Melayu Islam. Takut bala Tuhan, dan nak jauhkan pengaruh kpd anak2 kg.
Time tadi aku 1st time pergi singgah Speedmart sebelum berbuka, tengok ada jual je minuman keras semua tu. Selepas ni tak tahu lah.

Tapi unik terasa. Harini hari pertama, banyak kereta motor orang Kg singgah tengok Speedmart ni. Aku terperasan, bila pakcik masuk je dan disapa selamat datang (atau tak) oleh cashier, terus depa pergi salam tangan kat kaunter. Real macam datang rumah orang fulakss..
Aku suka juga ada Speedmart bukak ni. At least tak payah lagi aku pergi jauh nak beli susu segar dan groceries yg aku nak (kebanyakan kedai kg tak jual). Kalau lari2 weekend nanti pun ada lah juga tempat baru boleh singgah, refuel station.

Seusai aku siap beli barang  menuju motor, pakcik yg baru tiba tegur tanya. "Milo yg tu berapa". Aku jawab "rm 8.30 yang ni" sambil aku tunjuk tag harga kat dia yg belek2 tengok.
"Murah sikit la sini" tambah pakcik sambil angguk2 muka approval. "Ha murah barang kat sini, pilihan lebih sikit" sambung pakcik lain berdekatan yang terdengar perbualan kami. Seorang makcik berhampiran turut memberi komen, lalu menyaksikan borak2 harga barang dapur bermula didepan Speedmart sore itu..
Speedmart. Jenderamized.

UPDATE: seminggu kemudian aku pergi singgah lagi, semua alcoholic beverages dah tiada dalam freezer atau mana2 dalam Speedmart. None. Nada.

No comments:

Disclaimer

All content provided on this blog is for leisure & informational purposes only. The owner of this blog makes no representations to any party he may be a part of, or guarentee the accuracy or completeness of any information on this site or found by following any link on this site. The owner will not be liable for any errors or omissions in this information nor for the availability of this information. The owner will not be liable for any losses, injuries, or damages from the display or use of this information. Contents are generally individual reflections of thought & stories of the blog.
Thanks for stopping by! you are alright.