Monday, May 9, 2016

Pitahati a writeup

Hujung minggu baru ni aku pergi tengok Pitahati perform kat audi Muzium Negara..showcase album baru 'Selamat Datang ke Panggung Suara'. Pengalaman dia pegh..mabuk hakiki aku tersengguk termanggu melayan setlist karya yang datang dari hati ni.
Pasal Pitahati ni, panjang lebar jugak aku boleh menulis


  • Kumpulan gitar rancak. Dalam zaman industri sekarang yang bunyi instrumen bertali makin 'shy away' dengan fusion programming belaka ni, Pitahati pulak steady bold dengan bunyi gitar masing-masing. Sorang-sorang memang kencang main bunyi-bunyian Pitahati. Depa ada jugak pengaruh elektronika synth etc, tapi elok je balance. Ah..enak sekali.
  • Substance. Sama macam sifu M.Nasir, karya Pitahati semua ada substance, ada cerita & mesej. Bukan sekadar hiburan hedonisma dan ringan yang puas kat permukaan saja. Dia macam ada kompleksiti yang estetik bagi aku. Kompleksiti arrangement musik, dan depth pada lirik. Dua-dua ni lah yang bagi Pitahati menang di hati pengikut depa.
  • Full package seni. Depa ni semua segi nampak ekspresi seni tu. Dari design cover album, printables, baju, pentas, dan pembawaan imej senada bila beraksi. Dalam showcase SDKPS ni diorang gunakan konsep projection mapping kat pentas, feeling dia seolah masa main muzik tu apa yang terfikir kat kepala pun menghiasi background dalam segment2. Tak sama macam background konvensional yang screen tunggal besar-besar tu. Nice. Lightplay pun ngam..cuma aku risau je kot dia trigger epilepsi sesiapa dalam crowd haha.
  • Band Nusantara. Corak musik Nusantara fusion ni ada beberapa band yang bawak dan semuanya berbeza bunyi. Butterfingers (2nd half), monoloque, Salam..dll. Pitahati ni antara harapan persada, menarik untuk follow diorang punya interpretasi dan ekspresi muzik nusantara ni. Diadun dengan motif eksperimentasi alternatif psychedelic dengan kekuatan lirikal tersendiri. Setakat ni semuanya revolusionari..i dig. Aku ingat dalam satu interview The Wknd kot, depa petik kamus dewan sebagai influence mereka berkarya..nganga tukang tanya soalan kahkah.
Lepas Butterfingers, Komplot, OAG & kugiran local yang meninggalkan impresi zaman membesar dah tak aktif, aku pun dah lama dah tak berdedikasi turun tengok apa-apa band perform. Rasa dah kurang gigih, scene pun dah berubah. Tapi dengan Pitahati, terasa macam diselamatkan kembali, harapan restored, jumpa hero musik yang baru. Jadi aku akan try support journey dengan beli tiket tengok diorang main dll. Sebab antara sebab Butter berpecah dulu bila Emmet give up dengan profesion pemuzik yang tak berapa menguntungkan untuk hidup, (era tu tengah transisi dari bentuk kaset/cd ke bentuk digital mp3, pasaran dibadai kuat dengan piracy dll) jadi tak mau lah kebanggaan seni lain pula dipaksa ke situasi sama. Hargai menghargai.

Musik resonan dengan hati. Trippy. 





No comments:

Disclaimer

All content provided on this blog is for leisure & informational purposes only. The owner of this blog makes no representations to any party he may be a part of, or guarentee the accuracy or completeness of any information on this site or found by following any link on this site. The owner will not be liable for any errors or omissions in this information nor for the availability of this information. The owner will not be liable for any losses, injuries, or damages from the display or use of this information. Contents are generally individual reflections of thought & stories of the blog.
Thanks for stopping by! you are alright.