Saturday, October 31, 2015

Philantrophism

Dalam budget 2016 yang dibentangkan oleh PM Najib, salah satu highlight ialah pengurangan peruntukan kepada universiti awam. Semua IPTA punya budget kena cut kecuali UKM. Teka kenapa lol.

Benda ni dapat reaksi bercampur dari banyak pihak. Kesan pengurangan ni of course dijangka bagi impak besar kat aktiviti institusi yang besar seperti universiti. Pengurus-seliaan prasarana, penggajian sumber manusia, aktiviti penyelidikan, hal ehwal pelajar, operasi dan segala macam lagi semuanya pakai duit. Bagi kumpulan student yang nak anjurkan program2 kesan dia makin payah nak dapat financial injection dari pihak Uni. Tapi in repercussion tekanan ni patut push forward kualiti program2 ni jadi lagi mantap. Pasal kena bersaing dan hanya yang outstanding akan dapat duit. Tu secara idealnya la.

Menteri Pengajian Tinggi, Dato' Hj Seri Idris Jusoh komen pasal ni dengan berkata, universiti tak patut bergantung pada budget kerajaan dan kena berusaha untuk financially sustainable. Menarik dia kata macam tu. Makna kata, sandaran utama bagi institusi pengajian tinggi awam bukan lah lagi kerajaan (?)
Lelz.

In the west, people don't trust the government to get things done. So they develop a culture of philantropism to make things happen. Ya, mereka buat inisiatif secara crowdfund ramai2, ataupun satu pihak yang kaya gile terlibat membiayai supaya suatu perkara tu boleh jalan tanpa mengharapkan kerajaan. Ada banyak contoh kes macam ni, tapi favourite aku adalah macam mana lebih 1200hektar kawasan di Chile dibeli oleh dua billionaire pencinta alam untuk diwartakan sebagai kawasan perlindungan alam- Konservacion  Patagonica. Luas gila kawasan tu dengan landskap menakjubkan flora & fauna, semuanya dijaga dari kerosakan pembangunan. One of the coolest thing I know.

Di Malaysia, lain ceritanya. Bab rakyat kita tak puas hati dengan kerajaan tu lagi kuat rasanya kalau nak dibanding, tapi budaya philantropism tidak pula follow suit. Jadi keadaan stuck & stagnant. Ya memang kita ada philantropist gah macam Tan Sri Syed Mokhtar AlBukhary, tapi selain dia tak ada yang prominent dah. Mungkin ada lagi yang kurang publisiti kot. Dan memang orang kaya gile banyak kat negara kita cuma budaya philantropism tak serancak mana. Tak dilihat berbaloi agaknya. Jaga tembolok masing-masing ke macam mana. Atau dilihat suatu pelaburan yang rendah ROI nya. Malang sekali. Jadi kesudahannya, terperangkap dalam viscious cycle of hating the govt but have to be dependent on them..yang memendekkan umur sebab stress.

Jadi on the bright side ni satu sebab untuk jadi kaya. Walau ada banyak masalah yang akan follow bila banyak harta ni, tapi ia bagi kita kemampuan untuk menggerakkan perkara melalui philantropism. Tak perlu bergantung kat politician & kerajaan yang flip flop dalam mengutamakan kebajikan rakyat. Budaya philantropist ni boleh jadi effective force dalam check & balance sistem sosial sebenarnya.

Apapun, sektor pendidikan tinggi (university etc) ni satu prioriti utama untuk menjaga kualiti & kompetensi negara (melalui literasi rakyatnya). Keputusan dalam budget 2016 ni boleh menjejaskan aktiviti penyelidikan & pembelajaran kat Uni. Kalau iye pun nak ajar Uni untuk boleh survive secara stand alone, kena la lebih realistik. Keadaan ekonomi yang lembap dengan output/produk Uni yang masih volutile certainly needs all the support it can get. Jangan duit banyak diperuntuk kat tempat lain yang poorly-justified tapi kat Uni yang kutub khanah ni diketepikan pulak. Memang yilleekk la. Bagi aku keputusan untuk cut budget ni okay, tapi sekarang sekarang adalah untimely.

Screw politicians & government.
Dan harap ini keadaan ni jadi titik mula menyuburkan budaya philantropism dalam negara.
Supaya hidup sejahtera tanpa kerajaan korup. Eh dah macam punk pulak bunyinya ni dengan konsep self-governance.

Jangan pula keadaan ni membebankan Uni dan seterusnya membebankan pelajar. Pendidikan tak sepatutnya jadi medan profit-making. Kalau jadi gitu ia akan menyukarkan akses ramai orang kepada pendidikan tinggi. German (sekadar satu contoh) adalah antara negara yang mengamalkan polisi pendidikan free kat rakyatnya ditambah dengan philantropism yang subur. Dan kita boleh nampak betapa 'sihat' nya masyarakat & majunya mereka in the long run.

Ciao

Pesanan kepada sang penguasa

No comments:

Disclaimer

All content provided on this blog is for leisure & informational purposes only. The owner of this blog makes no representations to any party he may be a part of, or guarentee the accuracy or completeness of any information on this site or found by following any link on this site. The owner will not be liable for any errors or omissions in this information nor for the availability of this information. The owner will not be liable for any losses, injuries, or damages from the display or use of this information. Contents are generally individual reflections of thought & stories of the blog.
Thanks for stopping by! you are alright.