Saturday, October 31, 2015

Philantrophism

Dalam budget 2016 yang dibentangkan oleh PM Najib, salah satu highlight ialah pengurangan peruntukan kepada universiti awam. Semua IPTA punya budget kena cut kecuali UKM. Teka kenapa lol.

Benda ni dapat reaksi bercampur dari banyak pihak. Kesan pengurangan ni of course dijangka bagi impak besar kat aktiviti institusi yang besar seperti universiti. Pengurus-seliaan prasarana, penggajian sumber manusia, aktiviti penyelidikan, hal ehwal pelajar, operasi dan segala macam lagi semuanya pakai duit. Bagi kumpulan student yang nak anjurkan program2 kesan dia makin payah nak dapat financial injection dari pihak Uni. Tapi in repercussion tekanan ni patut push forward kualiti program2 ni jadi lagi mantap. Pasal kena bersaing dan hanya yang outstanding akan dapat duit. Tu secara idealnya la.

Menteri Pengajian Tinggi, Dato' Hj Seri Idris Jusoh komen pasal ni dengan berkata, universiti tak patut bergantung pada budget kerajaan dan kena berusaha untuk financially sustainable. Menarik dia kata macam tu. Makna kata, sandaran utama bagi institusi pengajian tinggi awam bukan lah lagi kerajaan (?)
Lelz.

In the west, people don't trust the government to get things done. So they develop a culture of philantropism to make things happen. Ya, mereka buat inisiatif secara crowdfund ramai2, ataupun satu pihak yang kaya gile terlibat membiayai supaya suatu perkara tu boleh jalan tanpa mengharapkan kerajaan. Ada banyak contoh kes macam ni, tapi favourite aku adalah macam mana lebih 1200hektar kawasan di Chile dibeli oleh dua billionaire pencinta alam untuk diwartakan sebagai kawasan perlindungan alam- Konservacion  Patagonica. Luas gila kawasan tu dengan landskap menakjubkan flora & fauna, semuanya dijaga dari kerosakan pembangunan. One of the coolest thing I know.

Di Malaysia, lain ceritanya. Bab rakyat kita tak puas hati dengan kerajaan tu lagi kuat rasanya kalau nak dibanding, tapi budaya philantropism tidak pula follow suit. Jadi keadaan stuck & stagnant. Ya memang kita ada philantropist gah macam Tan Sri Syed Mokhtar AlBukhary, tapi selain dia tak ada yang prominent dah. Mungkin ada lagi yang kurang publisiti kot. Dan memang orang kaya gile banyak kat negara kita cuma budaya philantropism tak serancak mana. Tak dilihat berbaloi agaknya. Jaga tembolok masing-masing ke macam mana. Atau dilihat suatu pelaburan yang rendah ROI nya. Malang sekali. Jadi kesudahannya, terperangkap dalam viscious cycle of hating the govt but have to be dependent on them..yang memendekkan umur sebab stress.

Jadi on the bright side ni satu sebab untuk jadi kaya. Walau ada banyak masalah yang akan follow bila banyak harta ni, tapi ia bagi kita kemampuan untuk menggerakkan perkara melalui philantropism. Tak perlu bergantung kat politician & kerajaan yang flip flop dalam mengutamakan kebajikan rakyat. Budaya philantropist ni boleh jadi effective force dalam check & balance sistem sosial sebenarnya.

Apapun, sektor pendidikan tinggi (university etc) ni satu prioriti utama untuk menjaga kualiti & kompetensi negara (melalui literasi rakyatnya). Keputusan dalam budget 2016 ni boleh menjejaskan aktiviti penyelidikan & pembelajaran kat Uni. Kalau iye pun nak ajar Uni untuk boleh survive secara stand alone, kena la lebih realistik. Keadaan ekonomi yang lembap dengan output/produk Uni yang masih volutile certainly needs all the support it can get. Jangan duit banyak diperuntuk kat tempat lain yang poorly-justified tapi kat Uni yang kutub khanah ni diketepikan pulak. Memang yilleekk la. Bagi aku keputusan untuk cut budget ni okay, tapi sekarang sekarang adalah untimely.

Screw politicians & government.
Dan harap ini keadaan ni jadi titik mula menyuburkan budaya philantropism dalam negara.
Supaya hidup sejahtera tanpa kerajaan korup. Eh dah macam punk pulak bunyinya ni dengan konsep self-governance.

Jangan pula keadaan ni membebankan Uni dan seterusnya membebankan pelajar. Pendidikan tak sepatutnya jadi medan profit-making. Kalau jadi gitu ia akan menyukarkan akses ramai orang kepada pendidikan tinggi. German (sekadar satu contoh) adalah antara negara yang mengamalkan polisi pendidikan free kat rakyatnya ditambah dengan philantropism yang subur. Dan kita boleh nampak betapa 'sihat' nya masyarakat & majunya mereka in the long run.

Ciao

Pesanan kepada sang penguasa

Thursday, October 29, 2015

Panjang

Tempohari agak gempar bila berita melaporkan seorang rakyat Malaysia mengamuk kat restoran Lil Ipoh kat Melbourne Australia. Walaupun takde hostages atau korban nyawa, tapi still kecoh..ada la drama standoff antara si pengamuk dengan skuad polis Aussie.

Detail2 insiden tu mula timbul lepas kejadian. Brader yang mengamuk tu dikenali sebagai 'Panjang'. Tak banyak info yang diketahui..tapi aku follow lead yang circulate kat media sosial dan eventually aku jumpa fb si Panjang ni..atau nama dia Ismail.

Hmmm...boleh nampak dari video2 & status Panjang dalam waktu sebelum mengamuk tu..ada something yang kacau pikiran dia. Aku pun tak clear hal sebenar, yang pasti banyak benda tangled & chaotic dalam kepala dia. Aku ada kawan yang study Aussie kata dia kenal Panjang, dan sementara aku dapat story lagi dari dia..

Ni teori aku:

Pada suatu hari curiosity panjang tentang sesuatu menyebabkan dia terbrainwash diri sniri lalu bila berperangai pelik org sekeliling isolate dia. So dlm social isolation tu dia terjebak makin dalam dgn whatever kepercayaan dia tu..sampai delusional. Pastu kekecewaan demi kekecewaan yg dialami sorang diperantauan buat dia last2 snapp! Lalu dia bawa kejalanan 😔

Atauuu...

Panjang is not a troubled soul afterall. Semua vlog kt fb leading up to kekecohan kt melb tu semua dia buat sengaja. Utk tarik perhatian. Dia dh habis duit takleh balik mlesia,so bila buat hal mcm gila, jadi la kes & akan deported free balik mlesia. Memang ekstrim sikit blakon sampai darah2, tp whatever works man. Mcm tourist girl bogel kt bangkok smalam sbb habis duit, kena deport balik free2. So..genius la panjang.

Apapun, kejadian ni terasa kuat bagi aku sebab Panjang mungkin mengalami masalah kesihatan mental. Mungkin dia lalui some serious cocktail of deep shits, mungkin juga ada substance abuse, mungkin juga depressed & emotional breakdown. Entahlah. Apapun poor dude needs help.

Bagi mereka yang acah-acah traveller komen "Ala mamat ni buat taik kat sana susah la pasni orang Malaysia nakasuk Aussie!' - korang semua sila melingkup you cold-hearted poser. Simpatilah kepada mereka yang bermasalah. Have compassion.

Friday, October 23, 2015

Filler

Jerebu yang kembali ibarat satu sequel movie fevret yang teruk. Ibarat ex-gelpren datang menziarah, ibarat tergigit bawang putih berulang kali time makan nasik goreng. Sungguh meruntun jiwa. Maka  training lari tergendala, akibatnya mood offset jadi agak cranky. Callus di kaki pun mula hilang sebab lama tak spend time lari. Cuba lessen damage dengan strength training. Contemplating to sign up untuk gym membership sebab sana filter udara & boleh guna treadmill. Jadi hamster.

Diperkembangan yang lain, suasana di rumah ada perubahan. Aku mixed feeling pasal ni. Dah lebih sebulan kena hadapi nak tak nak. Apapun aku cuba positifkan diri & anggap ni medan untuk aku bersihkan jiwa, assignment dari Tuhan untuk uji keikhlasan. Semoga aku steady & kuat bersabar. Jangan cepat melatah dengan provokasi halus syaitan.

Tempoh hari, aku hampir melanggar seorang kanak-kanak perempuan yang tetiba melintas jalan. Sikittt lagi. Nasib baik cengkaman tayar Pirelli Tubeless yang aku baru tukar tu memberhentikan motor tepat pada masanya. Kalau budak tu cedera..tak sanggup aku maafkan diri sendiri. Bila tengok semua orang terutama kanak2 ni, aku excited dengan possibility mereka jadi macam2 dimasa depan. Apapun, budak tu rileks je lepas insiden tu. Aku pula lemah semangat, macam roh terkeluar..lalu stop kat kedai kopi tepi jalan pekena kopi bertenang2.

Mutakhir kini (wow) aku dah tak tengok TV, kalau aku seorang kat rumah memang TV tak on langsung. In my mind I've ditched TV as primary source of substance..even entertainment. Sama la juga macam pesbuk. Sekali sekala je ada jenguk2. Alternatifnya, radio BFM 89.9 & talk shows. Merosot IQ kalau layan mainstream media.

Aku terbeli oven baru-baru ni. Pelik betul apa yang website online shopping boleh pengaruhi kita bila tengok dia..klik klik klik sedar-sedar dah beli benda. Masa tu rasa it's a good idea. Besar pulak tu saiz 42l. Apapun it's indeed a god idea. Jadi aku kena lah belajar guna sekarang & bake sesuatu.

Setiap petang, lepas balik kerja aku singgah kedai buku MPH untuk baca buku free. Macam checkpoint dalam laluan la untuk buat rutin lagi menarik (dah petang2 takleh lari). Sekarang aku baca buku A Walk In The Woods tulisan Bill Bryson yang mengisahkan epic trekking merentasi Appalachian Trail. Terkekek2 sorang aku gelak dipenjuru MPH tu baca buku, orang lalu lalang pandang slack je. Lantak ler.

Misi road to Kyoto 2016 sedang berjalan, dan untuk memastikan ianya trip backpacking solo yang epic aku dah start research2 sikit untuk buat itinerary. Lagipun tak lama mana dah oi. Semoga smooth semua tazabarr.

Jerebu atau tak jerebu, sebenarnya kita semua memang memakai topeng.

Wednesday, October 7, 2015

Japanizii going going goingg

That's just the title of a somewhat strange Japanese gameshow airing in my country right now. Idk every aspects of the show seems weird. The eccentric & expressive Japanese host dude surely left some impression (more like force-imprint left). Japanizii going going goinggg!

I'm not actually going to talk about that show, but to cut story short- I'm going going going to Japaniziii! In 2016 actually..for the Kyoto Marathon to be precise.

Today the ballot result for Kyoto M came out & I got lucky. Finally a refreshing news in the midst of cancelled races due to haze blanketing Malaysia & also my recent unsuccessful bid to run the incoming Tokyo Marathon 2016 (which I had the privellege to run in 2015). Well Kyoto is fine for me!

This news just lifts everything. I see marathon as a self-challenge, an avenue of enjoyment with depth & purpose, a pursuit for continuous betterment...the thought of that makes me see life in a more meaningful way. I do feel life more meaningful when training for a marathon. I feel closer to myself, and my surrounding.

The travel part is a bonus. Runcation (travel because races) is my way to go plus doing it solo. This might be my 3rd visit to Japan in 3 consecutive years but I never been to Kyoto plus I don't think I'll ever get enough of such amazing place so it's justified liddat (lol) I'm gonna seize this opportunity with both hands, and make this trip happen. It's all about life experiences, stories of my time. Surely they'll be some difficulties in the process (I can already foresee some) but I'm adamant, againts all odds. 

Anticipate a high spirited, nailbitingly anxious, diligently hardworking months ahead..for the training (and saving) starts naooo in road to kyoto M.

 Kawaguchiko & Fujisan
(Jp 2015)

Sunday, October 4, 2015

Shit happens but haze is worse

Langit tak selalu cerah.
Like literally- macam langit berasap sekarang.

Oleh sebab tu jugak scklm yang ditunggu2 & prepare sejak 5 bulan lepas akhirnya terpaksa dibatalkan last minute oleh penganjur. Gile kome nak berlari FM dalam kualiti udara hazardous kan.
Tapi sebenarnya aku serius ada consider nak lari jugak (marathoners are crazy bunch) tapi berbelah bagi jugak sebab mesti tak dapat perform all out which defeats the purpose of peaking up like this. Hm I was devastated sampai race entitlements yang organizer nak bagi pun aku tak lalu nak ambik. Medal & finisher tee dah takde makna.

Aku (masih) cuba positifkan diri supaya redha walaupun frust. Dramatik tak dramatik pun..ya lah, dah 5 bulan aku aim event ni & training gigih..plan nak improve timing FM. Bukan sikit duit, tenaga & semangat yang dicurahkan kearah ni..I was very diligent following the training plan, nutritionally & all..so much so this almost feels like my very first race all again. 2 minggu sebelum event baru finally aku dapat secure bib thru transfer module (kes lambat register) , beli tee baru lagi nak pakai utk race,  siap seminggu sebelum tarikh event aku dah termimpi2 lari dalam scklm lol. Mana taknye dah duk tekun analisis route elevation & study route video bagai. Memang aku psyched up & motivated betul. Last2 event cancel. Emotional rollecoaster betul.

Nampaknya aku kena suck it up & aim race lain untuk channel semua energy yang terkumpul ni. Kepada Indonesia yang jadi punca jerebu tahunan ni engkau memang gampang betul la. Brengsek bajingann goblok hampess. Menyusahkan orang je. Marah ni marah.

Disclaimer

All content provided on this blog is for leisure & informational purposes only. The owner of this blog makes no representations to any party he may be a part of, or guarentee the accuracy or completeness of any information on this site or found by following any link on this site. The owner will not be liable for any errors or omissions in this information nor for the availability of this information. The owner will not be liable for any losses, injuries, or damages from the display or use of this information. Contents are generally individual reflections of thought & stories of the blog.
Thanks for stopping by! you are alright.