Saturday, June 21, 2014

pasal boikot

#1
  1. Baru-baru ni Sultan Brunei mengisytiharkan yang negara tersebut akan menguatkuasakan hukum syariah dalam perlembagaan dan pentadbiran negara.
  2. Sultan Brunei tidak berada pada kedudukan sama seperti Sultan-sultan negeri Melayu yang kini mempunyai kuasa dan peranan yang *practically* terhad. Sultan Brunei bukan sekadar 'aksesori', baginda terlibat dengan terus aktif dan dalam urus tadbir negara.
  3. Jadi bila Sultan Brunei membuat pengumuman tersebut, ianya sangat Legit.
  4. Media-media seluruh dunia menunjukkan minat mendalam terhadap hal ehwal dalam negara Brunei susulan pengistiharan Baginda Sultan.
  5. Kebanyakan media cetak & online antarabangsa mengeluarkan respon yang senada- mereka mengecam tindakan Sultan Brunei.
  6. Premis utama kecaman tersebut adalah "melanggar hak asasi manusia", "hukuman merejam sampai mati untuk kesalahan zina" dan "melarang penjualan arak dan lain-lain". Serta bermacam-macam lagi tajuk yang mengetengahkan hukuman-hukuman brutal bagi membentuk pandangan pembaca massa.
  7. Sultan Brunei kemudian mengeluarkan kenyataan rasmi yang menjelaskan keteguhan pendirian kerajaan dalam isu ini, disamping menyindir pihak-pihak yang cuba memberikan gambaran salah tentang situasi itu.
  8. Berikutan itu, beberapa selebriti antarabangsa menyertai kecaman terhadap Sultan Brunei dengan memboikot rangkaian perniagaan diluar negara yang dimiliki kerajaan Brunei, untuk memberi tekanan ekonomi kepada Brunei.






 



















 #2
  1. Insiden kehilangan pesawat MAS MH370 yang dijadual melakukan penerbangan dari Kuala Lumpur ke Beijing sememangnya satu tragedi yang menggemparkan seluruh dunia.
  2. Sehingga kini masih belum ada penyelesaian bagi kes ini dan usaha-usaha mengesan keberadaan pesawat dan penumpang+krew masih diteruskan. 
  3. Walau apapun kesudahannya, keluarga mangsa, dan seluruh dunia perlu mengetahui kebenaran yang telah berlaku.
  4. Baru-baru ini juga Malaysia dikejutkan dengan insiden penculikan pelancong warga China di Semporna, Sabah oleh penculik Filipina yang mengarahkan wang tebusan diberikan untuk keselamatan mangsa. Insiden tersebut turut mendapat liputan meluas media antarabangsa.
  5. Walaubagaimanapun melalui rundingan dengan pihak penculik, tebusan tersebut berjaya diselamatkan sebulan kemudian.
  6. Dua insiden yang membabitkan negara China ini telah membuatkan hubungan dua hala  Malaysia-China teruji. Walaupun Beijing dan Putrajaya memberikan jaminan yang hubungan diplomatik antara kerajaan masih utuh, lain pula diperingkat rakyatnya.
  7. Sejak insiden MH370, beberapa sentimen yang menyeru rakyat China memboikot Malaysia telah kedengaran dari selebriti-selebriti negara tersebut.
  8. Kejadian penculikan pelancong warga China pula telah memburukkan lagi keadaan yang sedang bergolak.
  9. Warga China yang tidak berpuas hati dengan cara bagaimana kes MH370 dikendalikan telah melancarkan boikot untuk memberikan tekanan ekonomi kepada Malaysia.
















#3

  1. Di Malaysia, dimana Islam termaktub sebagai agama persekutuan dalam perlembagaan, rakyatnya telah diseru untuk memboikot beberapa produk dan barangan keluaran perusahaan yang membiayai pendudukan zionis di Palestin.
  2. Tindakan boikot ini menunjukkan solidariti rakyat Malaysia yang majoriti beragama Islam terhadap penindasan dan kekejaman U.S-Israel Zionis terhadap orang Islam di beberapa negara yang tertindas.
  3. Walaubagaimanapun, serta merta selepas kempen boikot dilancarkan oleh NGO-NGO Islam, ramai orang Islam di Malaysia terus menyuarakan skeptisisme dan keraguan mereka sama ada tindakan boikot ni praktikal dalam membantu saudara-saudara Islam yang teraniaya.
  4.  Ramai yang berpendapat bahawa tak perlu boikot2, kerana kesan tak seberapa pun dan tak kemana pun.Lebih berkesan terus derma je kalau betul nak tolong.  Atas pandangan begini mereka membuat keputusan untuk tidak turut serta.
  5. Sebahagian lagi berhujah bahawa memboikot perusahaan seperti McDonalds sebaliknya akan menjejaskan kehidupan rakyat Malaysia sendiri yang berkerja di francais tersebut. Nilai kemanusiaan ditekankan disini apabila tindakan boikot dilihat mengancam ribuan pekerja yang majoritinya juga beragama Islam.Perokok2 juga buat tak endah kerana rokok tu dah sebati dengan darah daging *katanya.
  6. Rokok import pula dikatakan mendatangkan pendapatan cukai tertinggi kepada kerajaan, jadi kalau boikot jadi satu tindakan yang mendatangkan kerugian besar kepada ekonomi negara.
  7. Kempen boikot di Malaysia walaupun telah bertahun dilancarkan, tak mencapai kesan seperti yang diharapkan sebab mentaliti-mentaliti macam ni la.
  8. Kerana inilah Islam di Malaysia lemah. Kerana inilah juga saudara Islam kita terus dianaiya.
  9. Kempen boikot ni memerlukan pelaksanaan peribadi dahulu. Aku masih cuba memboikot barangan yang mempunyai kaitan dengan jenama yang membiayai Zionis Israel.
  10. Orang lain seluruh dunia serius boikot untuk memberi tekanan supaya hasrat mereka tercapai, kita di Malaysia ni? Lemah. banyak makan mekdi.



No comments:

Disclaimer

All content provided on this blog is for leisure & informational purposes only. The owner of this blog makes no representations to any party he may be a part of, or guarentee the accuracy or completeness of any information on this site or found by following any link on this site. The owner will not be liable for any errors or omissions in this information nor for the availability of this information. The owner will not be liable for any losses, injuries, or damages from the display or use of this information. Contents are generally individual reflections of thought & stories of the blog.
Thanks for stopping by! you are alright.