Saturday, October 22, 2011

is tidraj..







salam & selamat sejahtera semua.

apekaba sume2?sehat x? *cricket sound~*

lame betul xupdate blog ni..bukan dah setakat bersawang dah ni, ni dah tahap behabuk berkerak lapis2 dah ni..huhu..aduuhaii nye pun adoi..

sebenarnya bukan xde mende nak tulis dlm blog bermakne takde ape2 terjadi dlm hidup kat luar ni.it's not like that..it's more than meets the eye..tp nak buat lagumane..writer's block tahap ape ntah yang melanda.

so kita start penceritaan semula ni dengan update sikit pasal aku sekarang.(wah ko ingat ko artis?) alah..sikit je.
to be frank-
sekarang aku out of schedule dalam study, means sepatutnya aku graduate tahun ni.
tapi aku extend 1 semester (semester ni) untuk baiki 1 paper yang aku rase sgt xpuas hati. so aku retake subjek tu.
ape2pun, ramai kawan2 1 batch/sesi dgn aku dah berjaya grad tahun ni,baru2 ni je..tahniah2..aku tumpang hepy..aku?sat lg aku follow..hehe..
dalam pada kegembiraan2 yg aku nampak disekeliling (merujuk kpd convocation), aku nampak drama..
drama kehidupan yg semua kawan2 aku alami..transisi dari student life -> real (brutal) life tu.

setelah kita berjaya tamatkan study 3 4 tahun, what next?
utk masuk dalam alam pekerjaan..memang banyak cabarannya,lagi2 freshgrad ni..dilema buat keputusan..mencabar tu..it's a whole new phase..fasa baru hidup..
setelah sekian lame,sejak dari tadika kite 'pakai' label student tu, tiba masa kita bukan lagi dlm sistem pembelajaran..kita dah dilepas keluar ke industri..

poning..aku pon rase poning..
so aku merase agak belum ready jgk utk menghadapi drama ni..rasa semuanya datang mengejut sangat..i was like- "rilek lu".
so masa 1 sem yang extend ni pun aku ambil untuk aku prepare sambil2..untuk menghadapi transition tu. Ape yang nak kena prepare?
banyak lah, pertamanya, mindset tu..lepas tu semua mental preparations untuk jobhunting, plus skills2,sijil2 dan dokumentasi2 lain yang berkaitan..
i'm gonna prepare for that, dalam 1 sem ni. xde la tkezut sangat nanti..aku ni dah la mudah tkezut *motip?.

tapi..apa yg berlaku..
IRONI.
aku jangkakan aku dapat jadi student lagi untuk sem last ni, supaya dapat berdepan dgn alam pekerjaan lepas ni.
tapi apa yg aku dapat kedua2nya dalam 1 masa..
tempat aku praktikal haritu offer untuk aku terus attach dengan mereka..
masuk terus sambung keje kat situ..dengan skim penjawatan yang ade gaji selayaknya.
jadi, dalam masa aku cuba utk settlekan 1 subjek dalam semester ni, aku juge bekeje di MGI..

ALhamdlulillah aku bersyukur kpd Allah..semua kurniaan ni terlalu besar utk hambaMu yg mcm aku ni..
sebenarnya banyak menda2 baik yang UNTIMELY berlaku kat aku skrg..
aku rasa agak kurang senang hati..
sebab aku rasa aku bukanlah hambaNYA yang baik..
banyak dosa aku..banyak khilaf aku..banyak kejahilan aku..
sungguh aku rasa tak layak sangat untuk semua ni..
aku bukanlah yg kuat berusaha utk terima mcm ni..huhu


mungkin inilah Istidraj..
utk uji aku..
supaya aku jadi hambaNya yg lebih baik..wallahualam..
alhamdulillah~






It hurts me so bad to realize this by will..TT^TT


[copy paste dari internet]
Apakah maksud istidraj?
JAWAPAN
Istidraj ialah suatu kelebihan atau keunggulan yang diberikan Allah kepada para hamba-Nya yang bukan dari golongan orang-orang yang bertakwa dan soleh, termasuk juga sebahagian hamba-Nya yang kafir dan membangkang terhadap Islam.


Kelebihan itu sengaja diberikan oleh Allah kepada mereka agar mereka bertambah jauh dari Allah dan bertambah maksiat kepada-Nya, sampai pada waktu dan batas yang ditentukan. Pada umumnya diakhiri dengan akibat buruk bagi orang itu.


Contohnya, kekuasaan dan keunggulan yang diberikan kepada Firaun. Yang mana dengan kekuasaan itu, Firaun tidak bertambah taat kepada Allah. Bahkan makin bertambah derhaka kepada Allah s.w.t, malah mendakwa dirinya sebagai Tuhan.

Di dalam al-Quran sendiri banyak diterangkan tentang istidraj yang diberikan oleh Allah kepada orang-orang yang menderhaka kepada Allah s.w.t agar mereka semakin bertambah derhaka kepada-Nya.


Firman Allah s.w.t dalam surah al-A’raf, ayat 182-183 yang bermaksud:
“Dan orang-orang yang mendustakan ayat-ayat kami, nanti kami akan menarik mereka dengan beransur-ansur (ke arah kebinasaan), dengan cara yang tidak mereka ketahui. Dan Aku memberi tangguh kepada mereka. Sesungguhnya rencana-Ku amat teguh.”


1 comment:

mizzbutterfly said...

la...tak grad lagi...makanya...ade rezeki..dgn izin NYA kiter akan grad sesama lah..... :)
tuhan sayang kau...macam2 rezeki dia bg dekat ko....mudahkan urusan kau.. mgkin balasan atas ape yg ko buat...ko kan suka tolong orang :)

Disclaimer

All content provided on this blog is for leisure & informational purposes only. The owner of this blog makes no representations to any party he may be a part of, or guarentee the accuracy or completeness of any information on this site or found by following any link on this site. The owner will not be liable for any errors or omissions in this information nor for the availability of this information. The owner will not be liable for any losses, injuries, or damages from the display or use of this information. Contents are generally individual reflections of thought & stories of the blog.
Thanks for stopping by! you are alright.