Monday, February 15, 2010

menyembuhkan jiwa yang sakit

salam n selamat sejahtera.
slamat taun baru cina kpd sume org cina.hoyye2 :)

tajuk entry ni xde kaitan ngan karya penulisan Amien Rais; Menyembuhkan Bangsa Yang Sakit tu okeh.
Baru balik dari berprogram di Perak ni, baru sampai. sorg2 dulu. tapi sekarang rase berat; bukan berat sebab belum puas berprogram tapi memang kondisi hati sebenarnya kurang sihat akhir2 ni. dan di Perak pon hati memang...oh oh.

Hati yang sakit ni semenangnya perlu dirawat, perlu disembuhkan, sebab hati yang sakit akan menganggu jiwa dan meresahkan suasana..jadi gundah gulana setiap masa tak dapat nak lek2 dah macam biasa. Dan dalam tempoh yang singkat di Perak dengan izin Allah, aku diperlihatkan oleh Allah sedikit penglihatan akan ubat untuk
menyembuhkan jiwa yang sakit ini..

Jiwa aku agak kurang sihat kebelakangan ini, dan hanya menunggu masa untuk jatuh sakit teruk. Sabar dan Tenang tak cukup untuk menampung retak2 susulan dari kejadian2 yang aku sendiri biarkan.

Begini,
Sebagai individu yang bertanggungjawab atas hal ehwal pengangkutan dan keselamatan dalam program ni aku terlepas beberapa perkara. Tugas ni best, tapi backfire diri sendiri sebab tak boleh nak elak dari terasa jauh dan risau.
Kebanyakan masa duduk dalam Ford Everest sebelah Pak Jamaan, sepanjang perjalanan borak2 dan dgr radio Klasik FM dan bila dah habis topik, dua2 diam. dan mulalah aku teringat dan risau tak tentu pasal.

Perjalanan ke Medan Gopeng pada hari ke-2 telah ditakdirkan untuk aku mengetahui ubat kepada jiwa yang sakit ini. Seperti biasa aku dan Pak Jamaan , dan kali ni kami memang main taram je masuk jalan sebab tak tau Medan Gopeng tu kat celah Perak mane. sepanjang perjalanan tu, jiwa mula mengaduh tak sihat, dan tak nak berada di atas kenderaan tu.
Akhirnya selamat sampai di Medan Gopeng, tunggu kak Shiera dan Abg Hasan sampai dari tempat kerja masing2 untuk ke program ni. Sebab ade mase lagi sebelum mereka sampai, aku dan Pak Hasan keluar ke sekitar untuk makan.

Di kedai makan, aku melepaskan kempunan makan sate dgn order XX cucuk sate.Pak Jamaan terkesima je.haha..tapi die blasah skali jugak.Sambil makan, tengok TV, tapi jiwa ni tak pernah tengok ke lain. oh oh..

tengah2 duk makan sambil tunggu tu, datang sorg kanak2 lelaki berpakaian uniform sekolah agama..dgn beg silang dengan songkok lusuh atas kepala, die memperkenalkan diri dari rumah anak2 yatim kat Kedah, datang nak mintak sumbangan dan derma sambil2 jual satu ubat ni.
Aku tengok2 sekeliling, nampak 3 org kanak2 yang sedang mendekati pelanggan2 kedai makan tu.

Muka kanak2 tu sangatla mencerminkan kepenatan yang tak mampu ditunjukkan. Dia cakap je. aku pun tanya dia dari mana dan umur berapa dan lain2 lg. Dia masih muda, yatim, baru 10 tahun..dan ketika kanak2 seusianya sedang bercuti sempena Tahun Baru Cina di rumah, dia berada di luar dgn kawan2 berusaha meminta sumbangan demi kebajikan mereka.

Malangnya aku tak mempunyai wang ringgit untuk dibelanjakan lagi. untuk disumbangkan.
Tak kisahlah ini satu lagi sindiket penipuan atau tidak. yang penting mereka masih kanak2.
Aku bertanya " Adik ni dah makan?"
adik tu tengok je aku. dia diam. dia jawab "ah?" dan diam lagi tengah barfikir nak jawab apa,mungkin dia hanya diajar untuk memperkenalkan diri dan meminta sumbangan.

"ambik lah ni, abg tak dapat nak bagi sumbangan duit dik.adik ambik ni pegi makan dulu ok?"
lalu aku pon hulurkan XX cucuk sate kat adik tu. adik tu diam je hulur tangan sambut, dia cakap "terima kasih" sepatah,
lalu dia melangkah pegi dari meja aku dan Pak Jamaan.

Adik tu hanya melangkah ke meja sebelah, lalu dia terus duduk atas kerusi dan terus menyuapkan sate ke mulut sambil matanya merenung kehadapan tv..pandangan yang kosong yang tak dapat aku teka. tak tertahan kelaparannya...tak hiraukan aku yang disebelahnya,dia terus makan.aku tak dapat nak tahu jika tak alaminya.



Lepas tu aku sedar, sejak kanak2 td datang jiwa aku tak lagi sakit. aku terlupa akan ke'sakit'an dan kecederaan hati tadi .timbul rasa bersyukur dan sedih menggantikan semua tu. aku bersyukur. dan nampak perkara yang lebih penting dari kekacauan jiwa ni.

Alhamdulillah aku dah merasa penawar jiwa yang sakit..kita haruslah bersyukur dengan apa yang ada. jangan lebih2 melayan jiwa yang sakit nanti akan bertambah sakit. Pandanglah ke luar dan tengok mereka2 yang jiwanya lebih besar daripada kita, walhal mereka kekurangan jika nak dibandingkan dengan kita.

Besyukurlah dengan nikmat yang Allah berikan. Banyak lagi perkara yang lebih penting untuk kamu fikirkan dan usahakan..dan mensyukurinya..

bersyukur..inilah ubat untuk menyembuhkan jiwa yang sakit.

wallahualam.

p/s: bile la nak betul2 bace buku 'Nota Hati Seorang Lelaki' yang abg. rabe' rekemenkan tu..hmm

5 comments:

aini said...

alhamdulillah~

=)

Lucy S. said...

sweet, smoge Allah berkati usaha penat lelah kanak2 tu ye, kite doa same2 (:

senyum said...

thanx.
entry ko sembuhkan jiwa aku jugak.
really2 motivated.
jgn layan kegelisahan nnti membawa kelalaian.hoyeah!

maya said...

sangat mengisnspirasi, sebuah cerita penuh semangat

mizzbutterfly said...

sgt menarik..ALLAH tu maha adil kan..ade care lain die nk bg jiwa ko tenang... maka aku turut bermotivasi...tq lokman..

Disclaimer

All content provided on this blog is for leisure & informational purposes only. The owner of this blog makes no representations to any party he may be a part of, or guarentee the accuracy or completeness of any information on this site or found by following any link on this site. The owner will not be liable for any errors or omissions in this information nor for the availability of this information. The owner will not be liable for any losses, injuries, or damages from the display or use of this information. Contents are generally individual reflections of thought & stories of the blog.
Thanks for stopping by! you are alright.