Wednesday, December 30, 2009

termo-emo dinamik

situasi nye:
kita jalan punya jalan ni, nak masuk kelas ni. langkah naik tangga lalu koridor.. nampak orang jalan lambat kite potong lalu kita mendahului dan mara terus melangkah jalan lagi dan lagi.sampai2 kelas kita pun masuk n duduk .kelas air-cond baek je.

tetapi..kita peluh2 pulak?

rase tubuh panas x selesa pulak. org lain yg dalam kelas tu xde berpeluh2 pon, tenang n nyaman aje.
kawan2 yg sama sampai kelas yg jalan dengan kita pun, ade yg rase panas sikit2 je, peluh2 sikit je bahkan ade gak yang mcm dah lame sampai- tak rase panas langsung terus cool je.
sedangkan bilik kelas ini aircond beberape bijik dan sumenye ON, n suasanenye sejuk , tapi kita sekarang ni rase mcm panas rimas berpeluh.

selang seketika kemudian, lepas settle down menahan x selesa rima berpeluh panas kejap, kite pon mula rasa sejuk gak dan tak lame lepas tu kita dah selesa rasa sejuk same2 dengan kawan2 lain dalam bilik kelas.


itulah konsep keseimbangan terma namenye. haba yg ditransfer antara sesuatu dengan persekitaran. kita rasa panas sebab haba dalam badan kita pada waktu mula2 masuk tu x sama dengan persekitaran sistem bilik kelas tu. badan kita lebih banyak haba, dan kadar haba masuk dan keluar antara badan dengan sistem x sama.


begitulah jugak kehidupan ni,
dalam kita meneroka sesuatu yang baru, mula2 tu mmg rase x ngam.ibarat rase rimas gitu.
rasa serba x kena.sebab kita bawak 'haba' yang lain , lebih daripada persekitaran yg kita masuk tu..rasa serba serbi lain macam..tak masuk.'panas berpeluh2'
tapi keadaan stature sistem itu dah semulajadi elok sebenarnya, macam positif nyaman ibarat aircond.dan orang2 yang terdahulu berada dlm keadaan tu on je..orait je sejuk je..dan settle dengan elok, so x bermakne kite yang rase panas ni tak boleh rase mcm tu jugak :)
mule2 mmg la rase x ngam.tapi kalau kite lame2 sikit bagi peluang kat diri ..lame2 'haba' kita tu akan dapat ditransfer ke dalam sistem tu..sama2 ngan 'haba' sistem tu pun ditransfer kpd kite. so bile heat transfer tu yang masuk sama kadarnye dengan yang keluar dari sesuatu tu dengan persekitarannya, so keseimbangan terma pun dicapai la. bila dah seimbang, semua rasa keselesaan yang sama. sejuk sama2 nyaman sama2.

tapi harus diingat 1 lagi hukum termodinamik iaitu, haba tak berpindah daripada satu objek yang sejuk (kurang haba) kepada objek yang lebih panas (lebih banyak haba), haba tu sifatnya berpindah darp yg lebih panas slow2 ke yg sejuk.

so dalam konsep emodinamik kita ni, sistem yang neutral x dapat nak grab 'haba' dari kita ni sebab entiti yang masuk tu yang memiliki 'haba lebih'. so berilah peluang yang lebih 'panas' ini untuk mengalirkan habanya kedalam sistem dan haba sistem kemudian masuk ke dalam entiti. kadar masuk dan keluar haba yang sama baru la keseimbangan bleh dicapai.



kalau dalam fizik, termo (haba) pun sifatnya dinamik dan ada caranya untuk mencapai keseimbangan. semua untuk mengatasi perbezaan yang kalau dalam kes haba ni, boleh jadi macam2 masalah.

maka kite pun haruslah mempunyai pemberat seperti termo (haba) iaitu emo (emosi/perasaan) yang kalau x diseimbangkan dengan peresekitaran, boleh jugak jadi macam2 masalah.


sesungguhnya segala2 allah ciptakan dan sediakan untuk kita lihat dan dalami. dan segala ilmu dan pengetahuan itu membantu kita dalam kehidupan dan menyedari hakikat bahawa Allah Yang Maha Mengetahui.

sekian

di dalam setiap perkara, there's always a catch.

3 comments:

Anonymous said...

harus......berubah

Judiene said...

erkk, aku dah lama tinggalkan mende2 neh sume
terase spt kembali ke sekolah menengah
hahahaha!

~roslinda~ said...

bet0l3!~

Disclaimer

All content provided on this blog is for leisure & informational purposes only. The owner of this blog makes no representations to any party he may be a part of, or guarentee the accuracy or completeness of any information on this site or found by following any link on this site. The owner will not be liable for any errors or omissions in this information nor for the availability of this information. The owner will not be liable for any losses, injuries, or damages from the display or use of this information. Contents are generally individual reflections of thought & stories of the blog.
Thanks for stopping by! you are alright.