Bayi hancur dimakan biawak
shahrulanoor.ishak@kosmo.com.my
KUANTAN - Beberapa orang pekerja sebuah kilang pemprosesan makanan, Ocean Fresh Sdn. Bhd. pada mulanya ternampak sebungkus beg plastik sampah di tepi Sungai Kuantan dekat Kampung Peramu, di sini petang kelmarin tetapi mereka tidak mengendahkannya.
Sangkaan mereka ialah bungkusan yang sudah mula mengeluarkan bau busuk itu mungkin ada bangkai ayam atau itik.
Namun, ia memerlukan 'kerja' seekor biawak untuk membuktikan mereka salah.
Pada kira-kira pukul 11 pagi semalam, beberapa pekerja termasuk Pengurus Pemasaran Produk kilang itu, Teresa Tng tidak akan dapat melupakan peristiwa melihat sendiri biawak itu membaham isi bungkusan tersebut yang rupa-rupanya mayat bayi.
"Kami pada mulanya menyangka dalam bungkusan itu ada bangkai itik atau ayam.
"Pagi tadi (semalam), kami lihat seekor biawak sebesar betis sedang selongkar beg plastik itu dan terperanjat apabila lihat benda yang dimakannya adalah mayat bayi,'' jelas Teresa ketika ditemui di tempat kejadian semalam.
Perbuatan keji pihak yang membuang bayi tidak berdosa itu menyebabkan mayat tersebut cuma tinggal kepala dan tangan kanan manakala bahagian tubuh yang lain sudah diratah biawak tersebut.
sumber-Kosmo! Online 5ogos09/artikel Negara
.................
Astagfirullah..perghh mengucap panjangggg aku
Ye.memang..ni bukanlah kali pertama kes2 mcm ni berlaku. tp yang ni...buatkan aku sangat2 terganggu.tergerak hati...the man who can't be moved sekalipon akan tergerak jugak..astaghfirullah..
ape la nak jadi ni...ya rabbi ya karimm.sampai macam ni skali
bayi yg tak berdose tu , ditamatkan riwayat hidupnya yang amat singkat dengan begitu kejam dan mengaibkan oleh mereka yg sepatutnya menjadi pelindungnya penjaganya - ibu bapa.
biawak memang peratah bangkai...
macam mane..bayi tu tak berdosa , lahir ke dunia ni...suci ibarat kain putih..satu amanah ALLAH kpd suatu pasangan...diletakkan dlm keadaan sebegitu menyedihkan, sehingga dilihat umpama BANGKAI?????
DIMANA IBU UNTUK MELINDUNGNYA!!?? DI MANA BAPA UNTUK MEMPERTAHANKANNYA!!!!???
MARAH . SEDIH . PILU . HIBA . SEBAK . GELISAH . MALU . AIB . KEJAM . HAMPA . RISAU . DOSA . KEJI . BANGSAT .
aku terkamjat.aku terkebe'
timbul persoalan
3 comments:
Astafirullah'alazim...
aku da xtau nk ckp ape manusia skang nih....
SGT kejam!!!
sdey siott aku bace~
adehhhh~
*moga ibu bapa bayi t'sebut terima balasan d akhirat kelak*
ngeri tgk......
wow..
i can't think what's next.
oh god and its happening here in our country malaysia!
mutasi sudahkah kemanusiaan
Post a Comment