Masa kecik aku
pernah ada cita-cita nak jadi arkitek. Mungkin sebab time tu minat
melukis dan somehow ada impression yang kerja arkitek cool, dari idea
dalam kepala translate jadi drawing atas plan, lepastu materialize
jadi struktur binaan real punya. Imagination is the limit walaowei. Tapi
biasalah cita-cita berubah walaupun aku tak pursue jalan tu sekarang
aku masih ada fondness & appreciation kat profesion arkitek.
Bahan bacaan masa lapang pon cover subjek berkaitan arkitek selain
segala maknenek lagi yang aku deem 'general knowledge'. Antara
figure yang aku follow, arkitek Denmark Bjarke Ingels
Bjarke Ingels kata
bila design sesuatu ruang enterior & interior (english=space),
benda yang kena sentiasa ingat (selain hukum fizik of course) ialah
macam mana kita nak manusia-manusia yang occupy space tu function di
dalam area tu, then design accordingly. Bukan fikir design nak
bombastik futuristik aestetik je lepas settle tu expect manusia
terima operate, compensate & tolerate said space. Sebab menurut Bjarke,
physical space ni mempengaruhi cara kita function sebagai individu &
sesama sendiri. Ye lah, it's a no brainer yang persekitaran main
peranan besar untuk kesesuaian sesuatu aktiviti. Contoh umum, macam
ruang yang luas antara siling dengan lantai, natural lighting dan
tingkap besar lebih menggalakkan interaksi dua hala sebab mewujudkan
rasa selesa. Tapi contratry untuk aktiviti intimate, tingkap besar &
lighting banyak jadi inhibitor pulak. Depends case-base. Untuk
interaksi sosial ke untuk kerja ke, untuk perbincangan ke etc.
Memang physical
space ada bahagian dia dalam pola perkembangan manusia
lebih-lebih lagi bila semuanya unsuspecting & open minded, tapi
still ianya (physical space) interplay dengan satu faktor lagi iaitu social space/personal
boundaries yang setiap individu setup. Even kalau suasana sekeliling dah paling kondusif
untuk social interaction pun, kalau individu tu dah draw social space
dia (pakai earphone or mask penutup mulut) dia akan jadi statement
“I'm not interested in conversation right now”.
Tapi secara generik,
physical space menyediakan acuan untuk perkembangan social space,
more or less. Up to a certain extent, kita ada power untuk
influence/trigger manusia-manusia punya kelakuan & perkembangan
dalam sesuatu ruang, dengan mewujudkan elemen tertentu dalam ruang
tu. Contoh macam dalam wilderness, bila ada satu je watering hole
semua penghuni rimba akan turun situ minum & open up
possibilities untuk macam-macam interaksi. Kalau ada banyak sumber
air bersepah, semua haiwan takkan terserempak each other as much.
Knowing this, aku occasionally bereksperimen dengan manusia-manusia
yang ada disekeliling la.. Tinker around dengan susunan interior, setup
pantry, trigger particular event etc..walaupun tak jadi arkitek
bangunan, tapi boleh je jadi arkitek sosial. Harmlessly & non invasive of course.
Aku cuma seronok nak perhati respon & sebarang interaksi yang tercetus. Kadang-kadang kalau untung, dapat la experience sesuatu yang special lain dari biasa.
Aku cuma seronok nak perhati respon & sebarang interaksi yang tercetus. Kadang-kadang kalau untung, dapat la experience sesuatu yang special lain dari biasa.
Sebab sebenarnya semua ada peranan jadi arkitek sosial so kena berilmu takleh ikut naluri sentiasa. Macam bila main peranan pemerintah, ketua, dan parents.