Monday, April 24, 2017

Screw

Baru ni kecoh kes sorang penumpang United Airlines literally kena seret keluar dari cabin. Kisahnya- walaupun tiket dia tu legit, flight dah overbooked (tiket jual > jumlah seat), airlines offered compensation supaya seat dia dibagi kat passenger lain, dia refuse, lalu polis airport datang kutip, jadilah drama sebabak. Sadis sungguh nengok videonya tu. Viral satu dunia & banyak la ulasan netizen.

Dari kes ni aku dapat tau airlines ada sistem 'calculated misery' & sebenarnya semua airlines pun overbook flight diorang all the time. 'Calculated misery' ni salah satunya algorithm untuk forecast chances penumpang no-show, supaya tau nak allow overbooking banyak mana. Calculation ni ambik kira events setempat & cuaca kat departing airport , history of no-show cases & model human behavior. Airlines buat overbooking sebab expect akan ada penumpang no-show & diorang nak semua seat berisi baru fly tak rugi. Actually nak max kan profit, sebab penumpang no-show pun bukan bagi refund pon...capitalist. Selalunya okay, sampai la tetibe takde passanger yang no-show & semua pun taknak forfeit seat legit mereka..jadilah drama United Airlines.

Actually aku rasa benda ni bijak (at least dari bussiness pov). Dan very likely something macam 'calculated misery' ni kita dh buat & kena all the time pon. Generally 'calculated misery' ni strategi melayan orang/sesuatu..sejenis pendekatan untuk membokehkan kita screw around dengan sesuatu pihak supaya kita untung, tapi doing it just enough jangan sampai buat dia lari. Check and balance. Boleh nampak benda ni berlaku dalam relationship, dalam dinamika majikan-pekerja, supervisor-student, macam-macam lagi lah.

On one level, sama macam cara kita jaga badan ni jugak la. Tubuh manusia ni vessel yang maha majestic & bijak gila sebab macam adaptability dia dengan stimulus. Kita boleh je makan benda2 merepek, abuse diri dengan unhealthy habits tapi still badan boleh carry on & kita tak right away turn into a vegetable pun. Sampailah masa kita tak beragak push benda2 tu melepasi 'misery threshold' body, irreversibly screwed up, melingkup.



Saturday, April 22, 2017

Realitah

Baru-baru ni Elon Musk renew balik interest dunia kat satu long-standing question pasal realiti bila dia suggest very likely realiti as we know it ni adalah satu simulasi yang sangat immersive oleh satu pihak yang ada teknologi power melampaui imaginasi. Agak gila pasal aku sendiri pun pernah terfikir benda sama. Hmm menarik untuk follow Elon Musk & team punya effort untuk pursue teori ni..regardless apapun yang akan jumpa. In a way macam konsep ketuhanan-higher being, no? 

Dalam movie Marvel's Dr. Strange, The Ancient One (Tilda Swinton) ada cakap "What if I told you that the reality you know is one of many?." Walaupun storyline movie ni agak letdown, quote ni (selain dari eye candy astral visual trippy) adalah memorable catch untuk aku. 

Sebab bukan ke begitu? Konsep realiti ni begitu fluid & abstrak, banyak angle boleh tengok= maka ada banyaklah realiti walaupun tak semua kita tahu. Paling dekat, angle individual realiti. Lain orang, lain sense of perception dunia bagi dia so cara berfungsi dalam hidup ni pun lain- ekslusif untuk address realiti hidup sendiri. Mungkin kat satu level group besar boleh kongsi satu general common reality tapi at the end of the day, masing-masing ada unique set of personal circumstances yang kena hadap.

Bila try belajar pasal orang lain sebagai insan, kita terdedah kat realiti hidup dia jugak. Realiti2 ni lah yg pry open outlook kita untuk acknowledge kepelbagaian realiti ni. Pasal ni lah keje offer nasihat kat problem orang ni tricky bagi aku, macam defuse bomb. Kalau tak cukup arif, senang salah move, hancuss. Tapi kisah2 realiti orang lain ni boleh jugak jadi reference untuk kita apply dalam realiti sendiri.

Tapi main contention aku sekarang ni pasal realiti ialah- jawapan untuk persoalan2 besar yang limiting progress kita dalam sesuatu bidang, mungkin ada kat realiti untuk bidang lain. Realiti bidang kat sini maksudnya kefahaman semasa (current understanding) kita dalam bidang tu. Pendek kata, setiap bidang ada 'cara' masing2, kadang2 ianya tak cukup nak kembangkan bidang tu, kenalah cari inspirasi dari 'cara' bidang yang lain. Macam bila bidang senibina moden gunapakai design dari alam semulajadi untuk solve isu kelestarian etc. Macam bila fizik moden guna ilham dari bidang seni lukis untuk fahami teori rumit.Sebab ada banyak bidang ilmu & unfortunately masih kurang integrasi antara semuanya jadi progress pun asing2 je. Tak harmoni. 

Contoh aku alami sekarang- ada big data yang appear chaotic yang current understanding dalam bidang ni struggle untuk make sense, hence hitting a wall. Aku rasa benda jadi camni sebab segala cara carik solution untuk prob ni still revolve & limited kat realiti yang kita (fikir kita) tahu pasal bidang ni. Mungkin solution yg dicari2 sebenarnya satu thought process dari satu bidang jauh yang completely unrelated? anjakan paradigma (shift) tak cukup, kena lompat (leap) style katak karate split terus.

Nak stretch thinking sampai capai ke sana tu mencabar. Tapi tetap kena buat. Satu quote fav aku dari Abraham Lincoln yang aku rephrase sebab versi asal panjang sangat "The dogmas of past are inadequate for present. We must disenthrall ourselves from some of them, think & act anew". Dogma kat sini samalah erti dengan realiti, figuratively.

To disenthrall from ze dogmas. Cheers




Tuesday, April 18, 2017

Artis

Arwah Picasso ada cakap "Masa lahir semua orang adalah artis, cabarannya ialah untuk kekal artis bila membesar". Sir Ken Robinson pulak berpendapat sistem pendidikan-pekerjaan konvensional la yang mengasuh seseorang tu tinggalkan 'artis' dalam diri mereka. 

Aku personally setuju dengan dua2 orang ni & dan identify dengan idea ni. Dari kecik aku ada affinity untuk seni tampak (lukis & warna) dan rasanya ada talent sikit. Along the way membesar, kecenderungan seni ni tenggelam timbul ikut faktor persekitaran yang kadangkala suppress dia. Campur dengan proses panjang self discovery, discover kebolehan (dan ketidakbolehan) diri sendiri lagi...tapi sekarang aku happy ada kat fasa yang ngam untuk try sekali lagi.

Zaman sekarang aku rasa penggunaan istilah artis agak loose & messed up..main pukul rata asal selebriti je artis. Kalau true to its form artis adalah seniman, yang hasilkan karya seni, artikulasi idea2 original & bebas eskpresikannya melalui kapasiti kreatif. 
Selebriti pulak golongan popular yang diraikan (celebrated) massa for whatever reasons, sesimple tu hakikatnya. Tak semua selebriti ada substance seni untuk layak dipanggil artis, dan ramai real artis tak diraikan pun sebab karya seni mereka sukar diterima & dimengerti massa.

Kadang2 member berseloroh panggil aku artis (retis). Kalau sebabnya ialah ekspresi kreatif yang ada aku hasilkan rasa flattered lah, tapi more likely gurauan tu sebab diorang ada impression yang aku ni kira 'popular' sebab tahap attention (eg: comments, likes & share) di media sosial. Atau lain-lain surface values pada zahirnya yang ditengok tu. Kalaulah mereka tahu betapa sillynya benda superficial attention ni.

Sebab lain yang orang pernah kata aku artis ialah 'susah betul nak jumpa kau, artis betul'. Tu sebab aku memang malas nak jumpa kau lah pandai kahkah. Well nak tau ape lagi yang susah nak jumpa selain artis? -spesis hidupan terancam. Harimau & unikorn.


Berbalik kepada quote arwah Picasso- kita semua artis sebenarnya. Paling true sekali, bila kita sedar bentuk seni masing-masing & layan kehidupan ni sebagai satu 'performing arts', kanvas/pentasnya ialah segala aktiviti. Semua yang dilakukan buat yang terbaik ikut cara kita (seni kita). 

Saturday, April 15, 2017

14 days of craziness

im just a simple, peace-loving human. While I do love adventures & challenges, I seek them only from the outdoors. Maybe from responsibilities at work as well. But veery rarely from other human being.  So much so that I try my best to avoid high-emotion situations involving other humans, more so when i have no control in the whole ordeal (like when i don't wish for it). Because getting involved emotionally wear my soul out & and its confusing me so bad. i dread the aftertastes in withdrawal phase too.

But past 14 days has been a shitstorm of that. A barrage of high-emotion situations happened, attacking my self-concept. i cant figure them out and understand them, which made me deeply confused..

There were 3 surprise birthday celebrations from 3 different groups of people whom all i think im not very close with. Also I discovered this one friend that constantly messes up with my brain as i cant dictate what he really meant when he speaks about anything. In a recent outing with a small group of barely-close ex-colleagues they disclosed a tonne of very personal stories that happened in broad daylight at the workplace when i was actually there- but i was totally clueless,as oblivious as a doorknob.



All these high emotion situations stick out (in my otherwise free from human dramas life) as unexplainable anomalies. I kinda get it that I need to show appreciation to the kind gestures, engage back with the attention given to me, and cooperate/contribute in the activities. It's not like I hate these people, not at all- I appreciate these experiences, but I have limited capacity to receive/give attention. Throughout these confusing events which felt like time suddenly passed by very slowly, i struggle to function normally, mind just went to a halt & at the back of my head just asking on repeat: "What is all this?", "What does this actually mean?" "What am i for them? Why me?", "How do i deserve all this?", "Wait so they liked me they really really liked me?", "How should I react? What face expression should I make? What to say?" 
Followed by a good, long, echoing, mental, "What the hellllllllllllllllllllllllllll~~~~~"


Tuesday, April 11, 2017

Macam mana

"Macam mana rasanya kalau berada kat dalam tempat/posisi orang lain?"

Out of pure curiosity, and the desire to learn & experience different views/insights aku selalu membayangkan perasaan or rather- rasa jadi pihak lain. Well, ni bukan sekadar cuba untuk try memahami disebalik tingkahlaku orang (empati), tapi jugak nak cuba 'tap' kat part pengalaman. Nak dapat fix yang buat jiwa raga rasa hidup.

How does it really really feel like:
  • Jadi chinese/indian kat Malaysia. Mesti perceived world terasa berbeza, lain dari apa yang aku alami. Dengan cabaran2 & nak navigate thru. Walaupun negara ni relatively tak racist, tapi perpaduan masih tak cukup kuat, semua kaum saling subjected to an invisible (sometimes not so invisible) abstract concept of favoritism. No?
  • Jadi perempuan. Macam mana rasanya jadi orang perempuan yang bound kepada beberapa elemen physiological & biological dalam kehidupan. Dalam dunia moden ni macan mana perempuan/wanita deal dengan cabaran2 dan unnecessary hindrance imposed by the general society. Macam mana orang perempuan rasa bila tengok kucing? Baby? Tengok pelakon wanita cantik yang diadmire? Tengok attractive men? Tengok kejadian emotional? Mesti tak sama dengan lelaki kot?
  • Jadi haiwan. Apa agaknya yang kucing fikir bila kita datang kat dia. Time kucing termenung jauh layan blues petang2 kat pintu, apa yang bermain kat fikiran dia? Apa yang dirasai oleh haiwan liar yang ade dekat zoo dengan keadaan dikurung sebegitu dan manusia datang tengok? Macam Madagascar ke? Bila ada eye contact (ataupun tak) dengan haiwan- aku fikir apa lah yang haiwan ni tengah fikir- haiwan pun mesti dia ada konsep mengalami & memproses kejadian. Bila nampak anjing liar, macam mana lah rasa jadi dia..cabaran hidup, makan tak terjaga, constant fear dengan manusia, kemana halatuju hidup n apa perspektif hari esok bagi anjing liar? Hmm
Dan lain-lain lagi. Ada banyak jenis manusia & jadi lagi banyak jenis bila diperincikan dari sudut position dalam kehidupan dari segi dikotomi biologi & konstruk sosial. Tak termasuk haiwan mamalia lagi. Bila sesuatu hidupan tu berotak, mesti ada suatu konsep memproses alam sekeliling yang dia buat. Dipanggil 'Akal' pada manusia, tapi tak bermakna haiwan setiap masa zoned out & retard mode brain dead je setiap masa. Oh well.

Longing for the next big hit

Monday, April 10, 2017

Datang Balik

aku ada colleague & rakan yang sekolah mckk. Siapa tak kenal mckk? Kolej melayu kuala kangsar yang bersejarah & high profile. Ada pride & tradisi tersendiri, macam lain-lain pride & tradisi sekolah berasrama penuh & mrsm yang wujud.

hari tu aku terdengar dua kawan sesama alumnus mckk (Old Boys) bersembang. Pasal 'balik'
"Kau balik tak weekend ni?" tanya sorang. "Balik kejap je kot. Minggu satu lagi baru aku balik".
Hairan aku sebab dua2 ni bukan sekampung. Rupanya sembang pasal nak ziarah sekolah lama..istilah 'balik' ni semulajadi akan diguna old boys bila cakap pasal nak datang balik sekolah. Nampak kat situ sense of belonging kuat.

Sebab pada aku istilah balik ni kita guna untuk rumah. Balik rumah. Rumah- satu tempat dimana kita berasal & sentiasa dialukan.

Jadi notable sebab aku pernah ada kejadian pasal ni yang aku takkan lupa- masa zaman sekolah mrsm. Aku jenis time cuti pendek ke panjang ke memang aktif dengan aktiviti luar mrsm. Kalau takde aktiviti pun aku selalu tak balik rumah, berhuhahuha je kat maktab dengan kekawan yang sama jadi penunggu. Sampai satu tahap tu aku tak sedar, bila dalam telefon aku bagitau dgn parents aku "tak datang rumah cuti ni sebab ada program" dan "nanti abang datang rumah cuti hujung bulan" etc etc. Benda-benda camtu.

Parents aku perati je dia tak bagitau terus. Aku pun tak perasan dok guna ayat 'datang' untuk rumah. Eventually diorang tegur dan terasa hati lah. Aku pun insaf la kahhh

Sunday, April 9, 2017

Salad bowl

Salad bowl experiment:

Each vegies is different & has its own set of properties unique to its type-  flavor profile, physical attributes, reactivity, resilience etc. All vegies are mixed together in the salad bowl, with the dressing as a constant to normalize the assortment. 

How each vegies react to each other and/or to the dressing is the thing of interest to observe. Presumably, 'stronger' and 'dominant' vegies will influence 'milder' vegies- asserting its properties onto them. Altering the taste, consistency, overall character while the 'weak' ones can be repressed altogether and fade to the background. 

On a larger scale, interactions between each component in the salad bowl should have a net changing effect to their original set of properties. Over time, the dynamics & degree of effect in this salad bowl is arbitrary. Which one that is overpowering, neutral, or weak?. How effective the dressing can bind them as a common value? How will this salad tastes?

And if later on, new vegies are added, or some vegies are removed out from the salad- how will the rest carry on? do they regain their properties or will the somewhat end up changed?
 

Imagine if vegies here are just subs for human being. 

Saturday, April 8, 2017

Why we need to be true to self

One reason why we need to show our true colors & just express our honest self whenever there's a chance is to help each other out. Under the premise that we are all constantly learning about life using the feed and experiences from each other, being pretentious and untruthful send wrong signals, yield bad data. These so-to-speak fabricated feed can compound to an errorneous interpretation of life down the road, a major shitstorm in general. So just be yourself, help people understand life correctly. 


The universe will take care of the rest.

Friday, April 7, 2017

Yeahh memasuki umur baru.
Ahh
Masih perplexed dengan konsep kehidupan kahkahh

Disclaimer

All content provided on this blog is for leisure & informational purposes only. The owner of this blog makes no representations to any party he may be a part of, or guarentee the accuracy or completeness of any information on this site or found by following any link on this site. The owner will not be liable for any errors or omissions in this information nor for the availability of this information. The owner will not be liable for any losses, injuries, or damages from the display or use of this information. Contents are generally individual reflections of thought & stories of the blog.
Thanks for stopping by! you are alright.