Sebagai seorang yang subscribe kepada pendekatan Gestalt dalam outlook kehidupan , habitually aku cuba buat self-reflection/muhasabah/reality check untuk affirmation & contemplation
Pada satu masa, aku cuba letak diri ditempat kaum hawa & bayangkan
keadaannya berbanding kehidupan aku sebagai lelaki..lalu aku berfikir,
"Susahnya jadi perempuan"🤔
Sebab
...Pakaian ada banyak lapis, cuaca luar pulak aduhai panas.
...pakai kain, struggle nak naik motor.
...Rambut panjang, rimasnya rasa serabut melayang atas dahi & muka.
...Kena fikir matching tudung dengan pakaian.
...Tak boleh dilihat selekeh sikit dalam penampilan.
...Kena hadapi pandangan masyarakat yang anggap kahwin tu indikator/benchmarking ultimate wanita.
...Beg duit besar kena pegang tak muat poket- tangan tak bebas.
...Kena watchful dengan sekeliling takut ada lelaki jahat yang nak ambik kesempatan.
...Kena jaga diri dari jadi bahan fantasi pandangan nakal lelaki jongos.
...Belanja maintainance diri tiap bulan besar, banyak benda terlibat.
...Pening kena pilih mana satu bila beli barang self-care sebab semua wujud banyak pilihan.
...Kena control sopan2 depan kaum adam demi menjaga keterampilan.
...Berdepan gender equality: double standard beberapa isu berkaitan kompetensi-meritokrasi dalam kerja.
...Berhadapan gender stereotype: Bila buat perkara out of box sikit cepat kena judge unfairly disebabkan mereka perempuan.
...Kena melalui menstruasi tiap bulan.
...Nak travel solo most often orang tersayang tak lepas sebab risau.
...terpaksa mengharungi dark stigma yang objectify wanita sebagai tool atau alat semata.
...biologically badan diorang lebih senang simpan kalori jadi lemak dibawah kulit & organ a.k.a senang gemuk.
...kena make up. Struggle membayangkan ada debu2 kat muka, dan takde tertelan ke sikit gincu kat bibir 😧
...tbu
Damn, it's damning bila sesetengah masalah ni datangnya & berpunca dari golongan lelaki. Jadi extra inconvenience kepada perempuan.
Ni sikit je yang aku terfikir, aku tak sure dapat handle tak kalau aku yang betul2 ada di tempat mereka sebagai orang perempuan. Will power tinggi diperlukan untuk soldier on & istiqamah. Susah nampaknya jadi perempuan bagi aku yang hidup selama ni dalam simplicity lelaki ni..dan oleh sebab tu aku bertambah respect & salute semua perempuan dalam dunia ni yang steady dengan segala benda susah ni. Steadyyy🤘🏻
Tak perlu pakai label feminist untuk pertahankan perempuan. Aku akan cuba buat perkara jadi lebih mudah untuk mereka bila yang mana berkait dengan aku sebagai lelaki.