Wednesday, January 21, 2015

Rad

atau perkataan panjangnya, Radikal.

Disepanjang perjalanan hidup setakat ni, terutamanya semenjak dua ni, aku betul-betul rasa lebih terbuka dari segi pandangan kepada persekitaran. Rasa seolah dapat mata baru. Iaitu keterbukaan dalam berhadapan segala benda. Kawan, peristiwa, suasana, dan lain-lain.

Aku lebih terbuka kepada berkawan dengan sesiapa saja. Dan bagi aku tak ada salah dan betul dalam menilai perangai, semuanya ada cerita masing-masing disebaliknya.

Aku juga lebih terbuka dalam menghadapi tindakan orang sekeliling. Tidak ada tindakan yang salah dan betul. Semuanya berdasarkan justifikasi masing-masing.

Tak ada perangai dan tindakan yang betul untuk semua pada setiap masa. Jadi perhatikan semuanya dan rasainya. Serius, sebenarnya dalam dunia ni, kita kena merasai semuanya supaya tahu dan faham. Semua tu ada untuk mengajar kita yang serba kurang ini.

Dan tahun 2015 ini, teruslah menjadi si radikal dalam kelompok yang telah berada. Radikal bukan mengancam orang lain, radikal bukan semestinya tak baik.

Pegang kuat-kuat nilai dirimu, ekspresikan watakmu, jalani hidupmu dengan apa yang dirasakan selayaknya betul.

"Aku tak mahukan apa yang kau mahu,aku tak rasa apa yang kau rasa." -Julian Casablancas


Disclaimer

All content provided on this blog is for leisure & informational purposes only. The owner of this blog makes no representations to any party he may be a part of, or guarentee the accuracy or completeness of any information on this site or found by following any link on this site. The owner will not be liable for any errors or omissions in this information nor for the availability of this information. The owner will not be liable for any losses, injuries, or damages from the display or use of this information. Contents are generally individual reflections of thought & stories of the blog.
Thanks for stopping by! you are alright.