Wednesday, March 31, 2010




Well I saw your face then I heard that song
It was so inviting it hurt my bones
Well it looks like you but your eyes are teary
And your voice is gone but your mind's okay
Yes I like your smile but your forehead's cold
I don't want you to be afraid and go

Saturday, March 27, 2010



motivation
tell me about it

amazing what it could be.and how it drives the will.
it can be anything!
in any way! :)

memang kagum2,
pasal ape yang boleh mendorong seseorang utk buat sesuatu.

ape2 pon, macam2 pon boleh jadi.dalam ape2 cara fikir.

^______________________________________________^


oh man, entry ni nampak gaya lama kat sini nih.

Monday, March 22, 2010

l♥ve

salam n selamat sejahtera,

people always use (and fuse), "i'm in lve".
"i'm in love with u!"

if oneself is in love, what happen(?)
and how about if love is in oneself.what happen(?)
surely,there are differences.

the love, is in me.
not me, in love.

now read between the lines.
that should explains all ;)

thanks for stopping by! are alright.

*another heavy entry

***********************

UPDATE ON THIS on 24th

the love IS IN ME and i AM IN LOVE shows the difference from the most fundamental basis.
which is the control.

the first thing that people say reflects the insight of the dominant part within,
the innermost feeling; and if it is something like ...

...Love IS IN ME, ME is the dominant part, and in ME there's love inside.it means that the love feeling IS IN oneself control.as how every human is blessed with Love by The Creator. ME is oneself, and whatever Love is within the person, it is under watch and deliberate because Love is a power, and just like anything 'powerful', it can be destructive without control.

...'I AM IN LOVE', often first-mouthed by the person IN love. IN LOVE here carries the meaning that oneself is IN LOVE..and LOVE is dominant over him/her. overpowered by LOVE as the LOVE is the one that having him/her within.when oneself is OVERpowered by Love, anything..yes, anything can happen.

sama seperti kenderaan.kenderaan merupakan satu kuasa diatas jalanraya, yang akan membawa kita dalam perjalanan menuju ke destinasi. Tetapi, perjalanan kenderaan banyak peraturan2 dan undang2 jalanraya ditetapkan yang perlu dipatuhi..Kerana apa? supaya perjalanan kita sampai dengan selamat.

begitu juga dengan Cinta.Cinta merupakan satu kuasa dalam kehidupan, yang bila ianya Benar, akan membawa kita menuju kebahagiaan dalam kehidupan.Tetapi, banyak benar pula peraturan2 dan batas2 ditetapkan yg perlu dipatuhi. Kerana apa? supaya 'perjalanan' kita sampai dengan selamat :)

just as simple as that.
because everything is a catch.
thanks for stopping by ! you're alright.

Sunday, March 21, 2010

it is

salam n selamat sejahtera

no matter what_____________,
no matter how _____________,
a girl
is a girl






oh,no ill will meant here.
masing-masing.

jangan main-main

bismillahirrahmanirrahim
salam, salam sejahtera.

apabila kita dah semakin terlepas aturan dalam hidup kita,
apabila kita dah semakin kurang terurus dan semakin lemah jasmani dan rohani,
apabila kita dah perlahan-lahan semakin menjauh dari Yang Maha Esa,
benda lain akan datang mendampingi kita.




Saturday, March 20, 2010

kali ni gam bar

salam dan selamat sejahtera:)

mari2 tengok gambar heheh
kali ni gambar sket.. :)











gambar2 ni sekitar2 ukm bangi nie je.
jalan jalan snap
jalan jalan lagi snap
on the way nak ke kuliah.
perjalanan 10 menet jadi 40 minit.ngahaha


kalau Tuan bijak bestari,
tekalah dimana lokasi gambar ini?
*mode pantun*
heheh xD

























terima kasih :)
sila tunjuk ajar

lain kali share lagi

Wednesday, March 17, 2010


behold the power of decision.keputusan.
keputusan yang kite buat ni memang sangat le power.

tiap2 hari kite berdepan dengan decision making.
maka kite dah familiar dengan decision making.
cumanya mungkin kita tak familiar dengan makin a good decision.
tapi,
memang kite dah biase memutuskan benda2 (mean membuat keputusan la)

kite selalu buat keputusan keatas perkara-perkara.

tapi nanti keputusan akan dibuat jugak keatas kita nanti.

kite bercakaplah pasal keputusan exam.
keputusan yang diputuskan atas kita lepas kita buat keputusan2 sebelum tu.

masa tu raselah bagaimane rasanya jadi subjek kepada keputusan.

oleh itu, jom la kita prepare semua nak exam dah ni. jangan le malas2.
usaha tangga kejayaan. cliche tapi benar.

all the best untuk semua.
"Kita tolong diri kita dulu, prepare je semua siap2, lepas tu biar Dia tolong pulak" (KakSu et.al)

semoga usaha beroleh ganjaran, semua kawan2 yang exam.
ISTIQAMAH dalam jihad menuntut ilmu.
sebab kita semua ni tengah membina masa depan kita sendiri di persada kehidupan.







menarik sungguh kebelakangan ni.
segala-gala nya memang menarik.
interesting..
hari-hari menarik sungguh...best2.
tak boleh nak cakap banyak..
menarik2.. ;3

perkara2 yang berlaku tu yang buat menarik2 ni :)


entry dengan rasa monotonous?


Monday, March 8, 2010

bicara cinta

salam dan selamat sejahtera,moga kita semua berada dalam perlidunganNya sentiasa.

hoho lama jugak entry ni nak jadi ditulis, sehinggakan entry2 lain sempat naik dulu..tapi kini, aku mulakan jugak apa yang aku nak share sekian lama,

kalau kita yang berada di UKM ni perasan, wujud satu fenomena baru-baru ini yang mempersoalkan dan membangkitkan hal kerohanian dan perhubungan. Di mana satu trend telah melanda dan aku nampak pattern nya.iaitu kebanyakan forum2 agama dan islamik semuanya berkisarkan hal-hal perasaan, perhubungan, dan CINTA.
err..motif asal CINTA je PINK terus tulisan??Ok2 la fine ;p

lihatlah kolej2 kediaman dan karnival2 dengan tajuk forum seperti 'Aku Sayang Padamu','Aku Terima Nikahnya..' dan 'Siapakah Yang Bertakhta DiHatimu?' dan lain-lain lagi lah.

ada yang berpandangan trend ini tak patut sebegini, dengan menggunakan modal CINTA sebagai tarikan untuk warga2 kampus hadir. seolah-olah tiada topik lain yang menarik minat orang-orang muda sekarang untuk pergi ke forum perdana..macam tiada benda lain yang mampu menarik minat remaja melainkan CINTA...seperti terdesak untuk membawa orang muda memenuhkan saf2 dalam forum2 perdana hal ehwal islam.

ye lah..tapi belum cuba belum tau.
aku pon try la pegi nak test tengok ape sebenarnye keadaannye ni.

Sebenarnya forum-forum ini semuanya kena pada tempatnya, bilamana nampak sekarang apa masalah utama yang dialami oleh remaja adelah berkenaan CINTA. sekarang adelah musim2 orang-orang muda tetiba rasa itu dan ini berkenaan dengan CINTA, mencari-cari makna dalam diri sendiri.

not to mention, gejala sosial yang menyedihkan macam kes2 buang anak ngan kes2 pergaulan bebas ni semuanya berakar umbi dari pemahaman yang salah terhadap CINTA.

ni serba sikit berkenaan apa yang dikatakan dalam forum yg aku pegi tu.

1) kamu semua dekat Universiti ni memang biaselah, semua kamu semua ni dalam pencarian. Sedang mancari erti CINTA, kamu sedang reaserch mende tu..kamu ni seorang RESEARCHER la sebenarnya. (erk!?)

2)manusia memang akan tunduk kepada nafsu jika diberi pilihan berbanding dengan kebaikan..memang itulah yang akan manusia lakukan..kerana inilah ISLAM diturunkan, sebagai panduan kpd manusia!

3) bukan potong, tp REPAIR (yg ni..heh)

4)kisah Jabir yang memilih pasangan janda berbanding anak dara sebagai isterinya..lihat disebalik itu..(ni 1 hadis)



banyak lagi yang diperkatakan dalam forum-forum sebegini..
memang melihatkan dalam blog2 teman dan rakan sendiri, yang mana kebanyakannye semua mengenai isu2 CINTA..dan dalam facebook pon melambak duk main pasal ni je.maka terbukti la topik2 sebegini harus dengan keadaan remaja sekarang, yang perlukan bimbingan dalam ertikata CINTA yang seharusnya dan selayaknya sebagai seorang hamba Allah.

kebanyakan menggunakan dan menerima definisi yang pelbagai..dan menusia sendiri jugak yang menafsirkan hal2 CINTA ni..habis tu bimbingan oleh islam siape nak pakai??


remaja memang dalam proses rasa inginkan seseorang untuk menyayangi mereka secara 'special' sikit. sebab persekitaran mendidik sebegitu. namun sepatutnya begitukah?

ianya terpulang pada apa pendapat masing-masing mengenai apa maksud sebuah perhubungan itu.

Jatuh cinta dengan seikhlasnya bukanlah mengenai diri kita, dengan kita memperoleh apa yang kita idamkan semata-mata. Cinta seikhlasnya bukanlah sekadar rasa ingin bersama. Rasa secure dengan pasangan ,dengan berbahagia bila mendapat perhatian daripada si dia bilamana kita belum berhak kerana seorang wanita itu adalah satu kehormatan..

Apa yang mampu kita berikan sekarang hanyalah kebahagiaan yang sementara, bila kita rasa secure dan ada orang ambik berat,itulah perkara2 yang buat kita rasa 'bahagia' so to speak. melihatkan ada yang mesej setiap masa tanda caring, dan menemani kita pergi ke mana-mana, itulah rasa bahagia.

Namun perasaan sahaja tidak mungkin mampu menjaga seorang wanita, jatuh cinta dengan seikhlasnya akan membawa rasa sayang sehingga inginkan yang terbaik untuknya. dan kamu akan berusaha untuk bersedia untuk pasangan kamu tanpa menaruh harapan menggunung akan sesebuah hubungan yang masih belum halal.

dan kamu akan ada perancangan untuk masa depan bersama pasangan kamu, tanpa mengetahui siapapun dia yang telah ditakdirkan itu. Siapapun dia yang ditakdirkan untuk kamu, kamu akan bersama-sama dengannya sebagai pasnagan yang halal dan memberikan kehidupan yang terbaik untuknya, yang senang dan selesa, yang bahagia dan terjaga, kerana kamu SAYANG dan CINTA sehingga kamu inginkan yang terbaik untuknya.

bukan rasa bahagia kini yang tak membawa kemana-mana.

bagaimana dengan kecintaan kamu pada ibu-bapa? pada keilmuan (yang amat kamu perlukan?) pada ahli keluarga dan pada agama? pada Allah?

namun kita masih lagi mencari kecintaan lain dan mengharapka pula kecintaan yang lain.

sedarilah bahawa apa yang kita cuba senangkan adalah perasaan kita sendiri bila mencari cinta kini.bila rasa frust dan dilema dengan pasangan. kehendak kita semata-mata. namun keperluan kita??

Andai kamu benar2 CINTA dan sayang, janganlah menjatuhkan kehormatannya dengan merebut CINTAnya sebelum tiba masanya..dan bersedialah untuk sediakan yang terbaik untuk kamu pada masa depan jika dia yang Allah takdirkan untukmu..dan jangan berharap tak kena pada tempatnya..halalkanlah hubungan kamu jika kamu betul-betul bersedia bila tiba suatu masa..kerana seorang wanita itu layak dihormati sebegitu.

Buat masa ini, sediakanlah 'template' kehidupan yang berjaya dan senang untuk kamu bersama-sama dalam hubungan yang halal dengan siapapun yang akan menjadi jodoh kamu.Kerana kamu tidak ingin mensia-siakan dan ingin membahagiakan pasangan kamu dengan memberikan yang terbaik untuk kehidupannya.

dan kekasih halalmu akan mengisi 'template' itu dan melengkapi kamu..dan bersama-sama hidup dengan bahagia dan senang sehingga bukan ke anak cucu, tapi ke akhirat insyaallah.

pendek kata, Memang pandangan orang mengenai sesebuah perhubungan tu lain-lain.that explains all.

wallahualam..



















trip to sg. tekala, 7hb Mac 2010

Sunday, March 7, 2010

code & decode

finish your words

finish what you were saying. like u really mean it.
make it crystal clear.
dont't say it and stop en route, or you might left people having the different (read:wrong) impression.

because you can't expect people to be able to read between the lines all the time,

once the damage has been done, it's mutual..
and you are left to suffer from knowing that people got you wrong..

because it's all about how you code and how people decode.


being thought-full and thoughtful at the same time is the biggest challenge for the time being

thanks for stopping by! you're alright.

Saturday, March 6, 2010

mencari konklusi (bukan lagu Hujan)

salam dan selamat sejahtera.

jadi challenge jugak, bila kita ni ada banyak interest.
kita memang ada banyak minat dan perkara yang menjadi tarikan bagi kita.
bila menarik minat, sangat la senang untuk jadi satu addiction.

Crisis Of Interest

bila ada banyak addiction, disebalik enthuasiasm keatas semua tu,
kita akan di challenge secara fizikal dan fizik.
sebab minat-minat ni bukanlah semuanya sifatnya selari.

sebab fizikal kita boleh jadi limit. bukan semua addiction boleh berada dalam kemampuan kita.
sebab fizik, ruang keterbatasan masa boleh jadi limit. bukan semua addiction boleh berada dalam continuum masa.

semua orang ada interest dan challenge sendiri.
dan juga limitasi.

tapi jangan lupa semua ada balance masing-masing.

where does this all intercept?

cari konklusi,cari solusi


perhaps bukan semua interest2 tu kena pada haknya?

Friday, March 5, 2010

read by yourself please

dalam sistem sosial (sepatutnya) terdiri daripada komponen2 yang lain-lain .
jadi kepelbagaian yang sihat lah hasilnya. interaksi antara komponen2 ni.
ada yang tidur.ada yang sedar.ada yang kompleks.ada yang simple.
ada yang emo, ada yang rasional.
ada yang sabar, ada yang kurang sabar, ada yang hot temper short fused.
ada yang mature, ada yang childish..ada yang serius ,ada yang main-main.
ada yang malas, ada yang rajin. ada yang ada, ada yang tak ada.

macam-macam ada.
selalunya yang komponen dengan karekter yang senang-senang lebih well-accepted.

kalau semua faham akan logik wujudnya komponen2 ini kan senang.
tapi secara semulajadinya tak la,
sebab ada yang faham, ada yang tak faham.
ada yang menerima, ada yang tak boleh menerima, ada yang menolak

daripada komponen ini kepada komponen ini.

Disclaimer

All content provided on this blog is for leisure & informational purposes only. The owner of this blog makes no representations to any party he may be a part of, or guarentee the accuracy or completeness of any information on this site or found by following any link on this site. The owner will not be liable for any errors or omissions in this information nor for the availability of this information. The owner will not be liable for any losses, injuries, or damages from the display or use of this information. Contents are generally individual reflections of thought & stories of the blog.
Thanks for stopping by! you are alright.