Friday, August 26, 2016

terpelanting

everytime i see it a weird current of wind blows straight into my soul
& disarm me of all guards- Awestruck I am gasping for air as my breath stuck- In admiration I am weak and powerless.

Need a minute to snap out & recover


Monday, August 22, 2016

doge

Kadang-kadang termenung sendiri mengenangkan nasib anjing-anjing liar yang aku nampak di Malaysia ni. Dulu-dulu aku tak terasa apa-apa pun nampak banyak anjing liar dalam kehidupan kanak-kanak, tapi sekarang..

Anjing ni haiwan canine yang wonderful. Dia bijak, setia & boleh diharap oleh tuannya.
Tapi anjing liar tak bertuan ni, terbiar tanpa penjaga & pelindung.
Terkengsot hati tengok mereka ni sampai kena selongkar sampah, tak tahulah apa yang masuk perut untuk teruskan hidup.
Bila didekati, depa cepat je alert & lari.
Oh trauma apa yang dah dialami depa..sampai begitu takut dengan manusia..
Hidup depa merayau-rayau, tapi diselubungi waspada ancaman manusia..
Tak tenteram & risau..Sedihnya.


Anjing pun hidupan. Makhluk Tuhan.
Hukumnya cuma HARAM disentuh orang Islam tanpa keperluan mendesak.
Bukannya haiwan tu sentiasa haram by default sampai nak lihat pun tak boleh.
Sampai boleh berlaku zalim, mendera dia..
Hukum2 ni langsung tak mengizinkan manusia berbuat suka hati.
Dia bukan haiwan yang haram kewujudannya..ada tujuan diciptakan bersama kita.
Bahkan ada dikisahkan,
Imam al-Bukhari dengan sanadnya meriwayatkan: diceritakan kepada kami oleh Sa`id bin Talid, diceritakan kepada kami oleh Ibnu Wahab, beliau berkata: diberitakan kepadaku oleh Jarir bin Hazim, daripada Ayyub, daripada Muhammad bin Sirin, daripada Abu Hurairah radhiyallahuanhu, beliau berkata: Rasulullah SAW bercerita:
«بَيْنَمَا كَلْبٌ يُطِيفُ بِرَكِيَّةٍ، كَادَ يَقْتُلُهُ العَطَشُ، إِذْ رَأَتْهُ بَغِيٌّ مِنْ بَغَايَا بَنِي إِسْرَائِيلَ، فَنَزَعَتْ مُوقَهَا فَسَقَتْهُ فَغُفِرَ لَهَا بِهِ»
Ketika seekor anjing mengelilingi sebuah perigi, hampir-hampir ia mati kerana dahaga. Tiba-tiba ia dilihat oleh salah seorang wanita pelacur daripada para pelacur Bani Israil. Lalu wanita itu menanggalkan sandalnya lantas memberi minum anjing berkenaan. Allah mengampunkan wanita itu kerana perlakuannya.
(HR al-Bukhari di dalam Sahih al-Bukhari, bilangan: 3467)





Tuesday, August 16, 2016

fb memories

Facebook memories ni nostalgik bagi aku. Dia remind balik facebook trail yang kita tinggalkan ikut style 'hari ini dalam sejarah'. Pengalaman setiap orang dari apps ni berbeza-beza, tengok lah pesen post/share dia masa tu ape benda.

Aku, seolah dibawa melawat kembali diri lama. Tengok balik cetakan pemikiran yang rajin jugak aku post kat wall dulu. Ah, diriku yang dulu...lebih ekspresif dalam menzahirkan apa je yang difikirkan. Benda-benda random hal seharian je tapi dari sudut pandang yang berbeza; yang sampai sekarang bagi aku, ada nilai kualiti. Ada isi & pemberat. Sebab hasil fikiran luar kotak. Serius banyak antara post tu yang aku sendiri dah lupa.
Macam terkejut sikit tengok apa yang pernah dicoret. Rediscovery.
Facebook memories, satu arkib, vault yang timeless tentang sedikit cebisan watak diri pada waktu silam.

Atas sebab sama jugaklah blog ni masih dimaintain sampai kini. Untuk terus merekodkan pemikiran & cerita. Sekarang semuanya akan dititip disini, sebab facebook dah kurang sesuai.
Bukan sebab takde respon atau apa, tapi semuanya respon tersasar dari inti subjek yang cuba diketengahkan. Dan itu lebih menghampakan sedikit sebanyak.
Di blog, tak kisah orang boleh mengerti atau tak apa yang cuba dinyatakan, sebab bukan untuk dibaca sesiapa.

Kalau terima banyak perhatian, tapi tak satupun yang tulus memahami isi & inti sebenar dalam jiwa- sunyi tetap akan dirasai juga. Bahkan lebih sunyi dari keseorangan dari mula.

Kevin Barnes Of Montreal dalam Triumph of Disintegration:
It’s only natural to feel a little imbalanced, it’s a symptom of your hysterical need to be understood

design

Kat tv DAO ada sebut pasal design kehidupan. Dia cakap, kena jelas apa yang kita nak daripada kehidupan ni, nak capai apa. Matlamat duniawi dan ukhrawi, lepas dah outline benda -benda ni then buatlah pelan tindakan & usaha accordingly. Manusia gigih design ruang office, rumah etc. samalah konsepnya dengan design hidup. Scale up.

Well, bab2 design ni kalau ikutkan memang aku suka. Kalau dapat misc task design kat opis, pucuk dicita ulam mendatang. Aku  akan pulun buat untuk cipta satu masterpiece (by my standard le), akan bagi attention to the littlest detail. Sebab seni ni satu part dalam diri yang aku raikan, i took pride in this quality. Aku percaya ada bakat sikit.

Tapi bab design life ni berkerut jugak dibuatnya.

Monday, August 15, 2016

upin ipin

Upin Ipin (terbitan Les' Copaque) memang break the grounds dalam scene animasi Malaysia. Seantero famous sampai jadi seolah duta untuk Malaysia- aku ingat time solo backpack ke Indonesia & Thailand- bila locals sana nak start perbualan idea2 dia salah satunya Upin Ipin lah.
"Oh dari Malaysia, I know..Upin Ipin.betul3"

November nanti Upin Ipin mengorak langkah baru dengan release live featured film 'Upin Ipin Jeng Jeng Jeng'. Produk membanggakan hasil cetusan idea bakat-bakat tempatan. Sebagai orang yang sedikit sebanyak berada dalam industri yang sama (in general: creative-IT fusion)  aku note & appreciate la milestone ni.
Apapun siri kartun Upin Ipin petang-petang main kat TV9 tu aku tengok jugak..layan jugak.

Cuma persoalan besar bagi aku ni - Apa nama betul Upin Ipin ni?
Kalau ikut standard nicknaming convention  nama tu (sepatutnya) berasal dari Ufin, dan Ifin lah kan.
So kalau macam tu nama betul Ifin- mungkin Arifin, Zarifin pun boleh. Syarifin, Mukrifin bunyi unik tapi probable still..dan lain-lain lagi.

Tapi Ufin ni...payah sikit.

.....


Takda nama Ufin yang boleh hypothesize...

Thursday, August 11, 2016

RPG parenting

Tahun 2010 aku ada menulis entry opinion, mengatakan bahawa gene expression adalah salah satu sebab yang mempengaruh & mengaruh (induce) seseorang pilih pasangan hidup dia. Allegedly, seseorang tu subconsciously pilih pasangan yang ada fenotip (ciri-ciri fizikal) yang dia ingin ada jugak pada anak dia nanti. Pendek kata, pilih pasangan sebab berkenan sekian2 trait, dan nak grab trait tu perturunkan ke zuriat. Later on aku expand thoughts ni untuk include jugak behavioral trait/perangai yang non-genetic..macam sifat2 yang dia berkenan pada pasangan- nak anak dia ada sifat macamtu jugak.

**************************lelz

Tahun 2016, satu thoughts lain pasal subjek kekeluargaan ni. Iaitu:
"Parenting & mempunyai anak ni didorong oleh excitement dalam diri yang suka main game quest RPG"
Terfikir macam ni tu.. bila perati young parents dengan anak kecil mereka. Dalam real life mahupun videos gelagat2 kanak-kanak vibrant yang dipost oleh proud parents. I'm moved with what I see.
-Tempohari masa dalam bookstore aku nampak seorang ayah dengan daughter kecil dia menyanyi2 tajuk buku random kat shelf.
-Haritu jugak aku perasan kat kedai makan seorang bapak ni layan anak lelaki dia berceloteh itu ini pasal sekeliling sambil makan.
-Baru2 ni tengok tv, dalam Qari Jr final Erwan Muhibbain surprise anak dia Sofea dengan nyanyikan lagu dari backstage.

Bila tengok keletah kanak2 innocent yang sungguh optimist & well- eccentric dalam ekspresikan diri mereka, macam menyanyi depan cermin, cakap benda2 yang cutely inspirational, atau eloquent dalam argue sesuatu..dalam hati rasa...pehh.
rasa...woww.
Parenting ni memang lah mencabar- tapi ianya satu peluang mencorak/membina satu karekter from scratch yang kalau difikirkan,- samalah macam main game RPG (Role Playing)!.
Bina watak  dengan kebolehan2 & ciri sekian2 untuk lalui satu perjalanan dengan steady.
The liberty at (parent's) hand is..very exciting! To shape & build the outlook & ability of a human..is very very very out of the world.
Macam apa yang buat gamers addicted bila main RPG. 

Kalau ada anak nanti,
nak asuh dia jadi seorang yang athletic, berfikiran luas, bilingual, dan berani untuk ekspresikan kreativiti dan diri nya sendiri tak kisah penerimaan orang macam mana. Dan macam-macam lagi lah.

Kuat berangan

Saturday, August 6, 2016

secekelem

Aahhhhhh
dah lama tak rasa nervous dupdap macam ni
berdebar-debar setiap masa, tak sabar, excited, cuak, gerun, malu ehhhh
Besok lari fm scklm. kembali setelah last 2013 buat half marathon disitu.
Route dah berubah, dengarnya terjal dengan combo akleh-mrr2-duke-bukit tunku.
Adehhh rasa nak terkenchinggg

good luck to me

UPDATE 10aug

So 3 hari dah lepas scklm. Nak report sikit lah pengalaman.
Welp, turned out it was a good outing.  Berdasarkan beberapa point berikut
  1. Cuaca nice, transition gelap ke cerah sangat selesa. Mendung redup, angin bertiup sepoi-sepoi. Takde jerebu. Dekat tengahari barulah matahari betul keluar.
  2. Moral high. Takde mentally hit the wall mentally pun sepanjang distance. Semangat & motivasi full all the way..takde grumpy ke rebel ke kerenah apa2 atas jalan tu.
  3. Tak rasa unmanagable. maknanya steady je la tak overly penat burnt out atau hit the wall physically. Memang larat lari dengan enjoy all the way. Tenaga ok, perut pun ok takde masalah nak terverak terkencing ke apa time lari.
Tapi performance-wise, memang tak berapa steady la. Memang lah berjaya habiskan distance 42km lari dengan strong finish, tapi not the strongest. Not my best run. Kekurangan training dah dijangka akan dirasai sedari awal mula lagi, pasal tu tak set target apa-apa pun. Seawal km27, calves tunjukkan tanda protes so all the way dah tak lari sangat. Just alternate antara jogging & jalan bila terasa muscle pull balik. Too bad. Tapi itulah, training lacklustre sangat. Masa puasa & raya tak disiplin training.
I finished 2 hours away from my best time (4:10- Jakarta 2014).

Anyway, post marathon- everything is fine. Enjoy the soreness, and excited nak training better untuk perform next full marathon (yang tak tahu hujung pangkal bila)

Wednesday, August 3, 2016

manusia bukan haiwan

perkembangan biologi manusia adalah selari dengan masa, sebab definisi am tumbesaran (growth) ialah pertambahan berat, tinggi, fungsi & ciri badan.

Ya, perubahan berlaku bila membesar. Perubahan dari sudut fisiologi disebabkan paras hormon yang turun naik. Dan perubahan dari aspek psikologi...wiring otak berubah. Ada benda2 baru dirasai, difikir, sudut pandang sekeliling menjadi berbeza. Semua ini sebab aruhan chemicals dalam badan. Kita akan terfikir perkara-perkara, dan merasai perkara-perkara, yang di'dictate' oleh paras elemen biologi ni.

Tapi manusia punya akal fikiran, untuk imbangi naluri kehaiwanan. Haiwan akan menurut naluri dan nafsu semata, yang takde kapasiti untuk pertimbangan rasional dan kawalan diri. (atau ada sesuatu seumpanya yang kita belum fahami).

Jadi, jangan jadi hamba nafsu. Jika tak sama seperti haiwan.
*Not that i'm degradingly imply that haiwan is less of a wonderful creature.
 Haiwan is kewl. U know what i mean.

Tuesday, August 2, 2016

lebih

"it's more important to be nice other than just being wise"

aku suka quote kata-kata ni, sebab aku rasa ia betul dalam banyak level.
Dalam hidup bermasyarakat dengan manusia-manusia sekeliling, selalu aku reflect ingatkan diri pasal ni. Iyalah, supaya damai hati untuk beralah kan. Daripada sentiasa tunjuk pandai & nak tambah komen semua dalam semua perkara, belajar untuk stop & terima.

Benarkan sejumlah flaw masuk kepada diri. Biarlah timbul kelemahan atau vulnerability. Buat apalah nak in control semuanya.

Begini jadi lebih manusia.

Monday, August 1, 2016

cyclic

Dalam sebuah buku Buya Hamka ada menitipkan yang- Rezeki yang kita peroleh bukan semuanya milik kita. Ada bahagian & hak orang lain juga, kita hanya perantara. Hak mereka perlu kita sampaikan. Itu rezeki mereka, didalam rezeki kita.
Jadi kenalah beri. Melalui sumbangan, belanja, sedekah jariah. Kepada ibubapa, jiran tetangga, sahabat handai, dan mereka yang memerlukan. Kadangkala tak perlu ada sebab khusus untuk ditunggu baru nak berbelanja untuk orang lain pun. Kikis sikap individualistik, sebab at many points in life kita terus menerima sikap kemurahan hati orang sekeliling jadi just return that favor kembali kedalam ekosistem masyarakat.
Misalnya bos belanja kita makan dan save duit lunch haritu, jadi duit lunch tu gunakanlah untuk belanja kawan lain pulak makan. Harapnya dia pula akan terus membelanja kawan dia, dan begitulah seterusnya. Ingat budi baik yang kita terima dari orang lain, dan bagaimana ia menguntungkan kita. Seterusnya, repeat berbudi kepada insan.

Disclaimer

All content provided on this blog is for leisure & informational purposes only. The owner of this blog makes no representations to any party he may be a part of, or guarentee the accuracy or completeness of any information on this site or found by following any link on this site. The owner will not be liable for any errors or omissions in this information nor for the availability of this information. The owner will not be liable for any losses, injuries, or damages from the display or use of this information. Contents are generally individual reflections of thought & stories of the blog.
Thanks for stopping by! you are alright.